# Bab1
# MATAKEHATI
Hari ini adalah hari kebahagiaan buat aku. Setelah beberapa kali pernikahanku gagal, akhirnya hari ini aku bakal disatukan dengan lelaki pilihan hatiku, Nizam. Aku memandang wajahku di cermin lalu aku senyum.
"Aku akan berkahwin? Macam tak percaya je!"
Sedang aku berkhayal, tiba-tiba pintu bilik di rempuh oleh Sabrina. Aku terkejut, apalagi dengan wajah tegangnya menimbulkan tanda tanya.
"Kau kenapa?"
"Ain, surat untuk kau!" Katanya cemas
"Untuk aku?"Sabrina angguk kepala dan aku pun membuka lipatan surat yang diberikan padaku. Takkan surat cinta pula? Atau surat berantai? Eh! Apa yang aku melalut ni?
Aku pun mulai membaca isi kandungan surat tersebut. Perlahan-lahan aku membaca surat yang datang dari Nizam. Aku terduduk! Dugaan apakah ini? Kalau sebelum ini aku hanya diputuskan, tapi kali ini, aku ditinggalkan saat berlangsungnya majlis nikah.
"Ain! Surat dari siapa?" Tanya Sabrina
Aku tak mampu berkata apa lagi. Aku menyerahkan surat tersebut kepada Sabrina kemudian aku berjalan perlahan keluar dari bilikku. Semua tetamu memandangku. Cahaya kamera menerpa wajahku saat itu. Namun apa yang aku fikirkan adalah, apa yang aku harus lakukan?
"Ain..."
"Aku malu, Ina. Kenapa saat macam ni Nizam tinggalkan aku?"
"Masih sempat kalau kau nak batalkan. Bagitahu je dengan parent's kau hal yang sebenar." Cadang Ina
"Tak boleh. Majlis ni tak boleh dihentikan. Malu keluarga aku nanti."
"Habis, kau nak buat apa? Mana kau nak cari Nizam? Entah-entah dia dah ke luar negara."Aku tak pedulikan kata-kata Sabrina. Aku dah tak ada masa lagi. Aku kena buat sesuatu atau keluarga aku akan mendapat malu. Aku pejamkan mata sejenak kemudian aku buka mata. Dan orang pertama yang aku lihat adalah seorang jurugambar yang sedang menangkap setiap gerak geriku.
Entah kenapa dia sangat menarik perhatianku saat itu. Aku berjalan menghampirinya lalu berdiri tepat dihadapannya. Lelaki itu tegak melihatku. Tanpa berkata apa-apa, aku menarik tangannya agak jauh dari situ
"What? Kenapa ni?"
"Kahwin dengan saya! I'll give you everything you want!"Lelaki itu melopong! Aku sendiri tak sedar aku mengatakan itu. Tapi terlanjur basah, mandilah sekali. Aku menanti jawapan dari dia dan bila aku berpaling tiba-tiba tanganku ditahan. Aku memandangnya dan kemudian dia angguk
"Aku setuju!"
"Good!"
"Tapi aku tak mahu sekadar kahwin atas kertas."
"Huh??"
"Kahwin is kahwin. Aku suami, kau isteri right?"
"Ya, tapi..."
"Kalau kau setuju, aku akan nikahi kau sekarang. So, what say you?"Tanpa berfikir panjang, aku pun setuju dengan syarat yang dia berikan. Ketika semua orang mencari pengantin lelaki yng belum tiba, aku memimpin tangan lelaki yang baru ku kenal beberapa minit yang lalu, berdiri di hadapan kadi dan juga ahli keluargaku.
"Ayah, Ain akan nikah dengan dia."
"Dia siapa? Nizam mana? Ain jangan bergurau boleh tak? Kahwin bukan hal main-main tau"
"Ain serius, ayah. Ain akan kahwin dengan dia."Aku memandang lelaki itu lalu berbisik perlahan. Takkan aku nak panggil dia kau kau pulakan?
"Nama kau siapa?"
"Adam. Kau?"
"Ain Anasha binti Syarif. Kau hafal nama aku sekarang!"
"Ain Anasha binti Syarif?"
"Ya."
"Kita kahwin?"
"Ah, yalah!"Sedang kami berdua berbisik-bisik, tiba-tiba ayah berdiri dan menarik tanganku. Aku mengikut ayah masuk ke bilik rias. Wajah ayah ku lihat sedikit tegang. Tapi aku dah nekad, akan teruskan perkahwinan ini.
"Nizam ke mana? Kenapa tiba-tiba tukar pengantin?"
"Dah mati agaknya. Dahlah Ayah! Setuju je Ain nikah dengan lelaki tu."
"Ain kenal pun tak lelaki tu. Nak kahwin macam mana? Nak hancurkan hidup Ain sebab kecewa dengan Nizam?"
"8tahun Ain kenal Nizam, akhirnya dia tinggalkan Ain juga. Paling teruk, dia tinggalkan Ain masa majlis nikah. Lebih baik kahwin dengan lelaki yang Ain tak kenal."
"Ain! Ayah tak setuju!"
"Setuju atau tidak, Ain sudah bulat dengan keputusan Ain, ayah."Akhirnya ayah mahu juga jadi wali aku dan Adam. Majlis itu di buat gilang gemilang seperti yang sudah aku dan Nizam rencanakan. Tapi itulah, mungkin bukan jodoh. Dan Nizam adalah lelaki paling bangsat yang pernah aku kenal.
Aku tengok Adam asyik tersenyum sejak tadi. Takkanlah aku kahwin dengan orang tak waras. Oh, no! Tapi manis juga senyumanya. Aku berjalan mendekati Adam. Sedar dengan kehadiran aku, Adam terus mematikan senyumanya
"Kenapa?" Tanya ku
"Kenapa? Kenapa apa?"
"Kau tu dah kenapa? Senyum sorang-sorang dah macam sakit jiwa aku tengok." Kataku lalu duduk di sebelahnya
"Tak, aku tak sangkalah aku dah jadi suami orang sekarang. Esok lusa kau buncit, aku jadi ayah pula. Kan?"Eh! Sampai ke situ khayalan dia? Ni betul-betul khayalan tingkat tinggi. Nak saja aku siku mulut dia sekarang. Nasib baik masih ada tetamu. Aku menjelingnya tajam, dan dia tersengih.
"Kau nak duduk berkhayal kat sini atau nak naik masuk bilik? Aku dah penat ni."
"Sayang.."Eh! Apa sayang-sayang pula ni? Bahu dan kepala ku bergoyang sambil tanganku menolak tubuh Adam sedikit jauh.
"Eh, kenapa?"
"Gelilah! Kau aku kau aku cukuplah."
"Suami isterikan? Mana salahnya?"Aku mendengus bila Adam tersengih-sengih. Suka sangat dia kahwin ek? Siap panggil aku sayang lagi. Macam tak boleh pakai je otak dia. Isk!
"Kau nak cakap apa?"
"Malam ni aku balik rumah aku. Mak aku dari tadi asyik call terus. Agaknya berita kita kahwin dah tersebar."Macam manalah aku boleh tak terfikir keluarga dia tadi? Ain! Kau akan pupus lepas ni. Mahu tak mahu aku kena terima juga apa yang aku dah putuskan.
"Yalah. Maaf sebab libatkan kau."
"Aku yang pilih kau. Tak payah nak salahkan diri. Aku balik dulu."Setelah semua tetamu pulang barulah aku naik. Keluarga aku lepas akad nikah saja dah balik. Ibu betul-betul tak setuju dengan keputusan yang aku buat. Tapi demi menjaga nama baik keluarga, akhirnya mereka terpasa akur.
Aku perhatikan sekeliling bilik yang telah dihias untuk malam pertama aku dan Nizam. Wangian ros terhidu tapi hatiku hancur.
"Apa salah aku? Sampai perempuan lain yang jadi pilihan kau, Nizam. Apa kurang aku?"
Aku rasa begitu terluka ditinggalkan pada hari pernikahan. Tanpa bicara apa-apa, Nizam pergi begitu je? Why? Aku sumpah! Kau takkan bahagia Nizam. Kau akan rasa, apa yang aku rasa sekarang!
Awal pagi aku bangun, aku nampak Adam sudah ada di sebelah aku. Selimut tebal yang menutupi badan, aku angkat dan ku lihat aku masih lengkap berpakaian.
"Syukur tak kena rogol." Kataku perlahan
"Nak ke?"
"Eh! Bangunkah?"
"Subuh-subuh macam ni memang bangun pun"
"Ish! Gatal!"Bahu Adam ku cubit-cubit sampai dia terduduk cuba mengelak. Huh! Tahu sakit, menggatallah lagi.
"Apa ni, Ain? Kau nak jadi penghisap darahkah bagi badan aku lebam-lebam kena cubit?"
"Dah kau tu gatal sangat!"
"Eh, apa pula gatal? Takkan bangun solat subuh pun ku nak cop aku gatal?"
"Huh? Heeeeee...."Dia cakap pasal solat rupanya. Otak aku tak berapa berfungsi dan hanya mampu membuat muka comel depannya
"Kenapa buat muka comel? Nak minta rogol ke?"
Apa??? Kenapa lelaki ni menyakitkan hati betul? Bantal yang ku pegang menjadi habuan muka tampan Adam. Terkekeh-kekeh dia ketawakan aku.
YOU ARE READING
MATA KE HATI
RandomSinopsis Ditinggalkan kekasih dihari pernikahannya lari bersama perempuan lain membuatkan Ain Anasha malu. Apalagi saat itu semua tetamu sudah hadir untuk menyaksikan pernikahan mereka. Tanpa berfikir, Ain menghampiri seorang photographer yang sed...