Bab 15
Aku dah bnyak berkorban untuk miliki Adam. Banyak yang buat semata-mata untuk jadikan dia suami aku. Sekarang, senang-senang Adam nak ingat perempuan tu? Aku takkan biarkan semua ni berlaku. Semoga tuhan menyebelahi aku. Doa seorang isteri pasti akan terkabul.
"Sayang, buat apa dekat luar ni? Kan sejuk ni." tegur Adam
"Saja. Duduk dekat dalam, huby bukannya layan sayang pun. Nak belai? Memang taklah!" balasku
"Sayang, huby belum ready lagi. Tolonglah faham keadaan huby ni."
"Hari tu beria benar nak anak 5oranglah. Tapi sampai hari ni, huby tak sentuh sayang pun. Nak tunggu ingatan huby pulih? Kalau sampai ke sudah tak ingat macam mana?" bebelku sengaja memancing emosi Adam agar tercabar dengan kata-katakuSebaliknya Adam hanya mengeluh dan memilih untuk berdiam. Aku tak boleh terus biarkan Adam macam ni. Aku kena buat sesuatu agar Adam rasmi jadi suami aku dan aku akan mengandungkan anak Adam!
Adam melangkah masuk ke dalam dan membiarkan aku sendiri. Begitulah dia, tiap kali aku mempersoalkan hal itu, pasti dia akan memilih untuk meninggalkan aku. Apa susahnya, tinggal sentuh dan belai aku. Apa kurangnya aku?
***
RUMAH AGAM milik keluarga Adam aku pandang. Aku tahu kehadiran aku takkan diterima. Tapi aku harus mencari jawapan atas semua persoalanku. Punat loceng di depanku aku tekan dan pintu pagar terbuka. Aku melangkah menuju pintu masuk dan disambut oleh pembantu rumah.
"Ya cik, nak cari siapa?" tanyanya sopan dan lembut
"Makcik, Adam ada di rumah?" pancingku agar mendapat maklumat dari pembantu rumah tadi
"Tuan Adam tak tinggal di sini. Dia tinggal dengan isteri barunya." jawab pembntu rumah ituBagai disayat sembilu rasanya bila aku dapat tahu Adam ada isteri selain aku. Jadi ini punca kenapa dia tinggalkan aku macam tu saja?
"Siapa tu Mak Kiah?" terdengar suara Datin Mona dari dalam rumah.
"Ada orang cari Tuan Adam!" jawabnyaAku segera meminta diri dan keluar dari sana. Kereta ku pandu laju hinggalah aku tak dapat membendung airmataku lagi dan aku berhenti di bahu jalan. Aku menjerit dan lepaskan segala beban sakit hati yang aku rasakan. Semakin aku cari Adam, semakin aku terluka. Mungkin betul kata ibu, aku patut lupakan Adam.
Aku kemudian kembali ke rumah di mana hidup aku dan Adam bermula. Aku kemas pakaian dan masukkan semua ke dalam beg. Aku nekad untuk lupakan Adam. Aku ingin kembali ke rumah orang tuaku tapi bila aku buka laci dan lihat surat nikah aku dan Adam, tiba-tiba hati aku berubah.
Aku sepatutnya pertahankan perkahwinan kita. Selagi aku tak dapat jawapan kenapa kau tinggalkan aku, aku akan tetap pertahankan hak aku.
"Adam, tolonglah, jelaskan semuanya. Jangan siksa hidup aku macam ni!"
Ain melepaskan tudung dan menguraikan rambut hitamnya. Beg pakaian dipandang kemudian dia melepaskan keluhan.
"Semua ni hanya ujian Ain. Kalau kau cintakan Adam, kau harus bagi dia peluang untuk jelaskan semuanya. Ya! Aku tak boleh terlampau ego."
***
SIAPA yang cari Adam? Sampai ke rumah mencari anak aku? Setahu aku Adam bukannya banyak kawan. Takkan perempuan tu datang sini pula? Beranikah dia?
"Mak Kiah! Sini kejap, saya ada hal nak tanya ni."
Terkedek-kedek orang tua tu berjalan menghampiri aku.
"Ada apa, Datin?" tanya Mak Kiah
"Perempuan yang cari Adam tadi, orangnya macam mana?"
"Cantik, putih dan orangnya nampak lembut dan sopan. Bertudung dan...." jawab Mak Kiah panjang lebar
"Dah, aku tanya je bukan nak suruh kau review drama. Jadi dia datang memang cari Adamlah? Tak tanya pasal Tamara?"
"Heeeee... Iya dia cari Tuan Adam je." jawabnya tersengih-sengih
YOU ARE READING
MATA KE HATI
RandomSinopsis Ditinggalkan kekasih dihari pernikahannya lari bersama perempuan lain membuatkan Ain Anasha malu. Apalagi saat itu semua tetamu sudah hadir untuk menyaksikan pernikahan mereka. Tanpa berfikir, Ain menghampiri seorang photographer yang sed...