Bab 19
Aku terkejut bila tiba-tiba pintu pejabat aku dirempuh kasar. Aku melihat Tamara sedang masuk dengan muka menyinga. Aku tahu dia pasti ingin cakap pasal Adam. Aku dah bersedia berdepan dengan dia. Lagipun, apa yang aku nak takutkan? Aku tak buat salah. Dia yang sepatutnya sedar diri.
"Adam mana? Mana kau sorokkan suami aku?"
"Apa? Suami kau? Tamara, let me tell you something. Aku isteri pertama Adam tau. Aku kahwin cara sah! Kau tak ada hak!"Tamara maju ke hadapan dan membuang semua fail yang ada di atas meja aku. Semua berjatuhan ke lantai. Aku dapat lihat betapa tegangnya dia saat itu. Sepatutnya dari awal lagi dia sudah fikir akibatnya merampas suami orang.
"Kau takkan dapat Adam, Ain! Kau takkan dapat pisahkan aku dengan dia! Adam milik aku seorang. Perkahwinan kau dengan Adam tak direstui oleh mama Adam. Ingat tu!"
"Aku kahwin dengan Adam kerana Adam pilih aku. Aku tak kahwin dengan mama Adam. Kau buatlah apa yang kau mahu buat. Tapi aku yakin, Adam takkan pilih kau." balaskuTamara berjalan ke arah pintu dengan nafas yang sesak menahan amarah. Aku puas dapat balas sakit hati aku. Suka-suka hati dia perangkap Adam kahwin dengan dia. Sekarang dia nak berlagak seolah-olah dia jadi mangsa.
"Oh, by the way! Adam sekarang tinggal dengan aku. Dia akan failkan perceraian kamu di mahkamah tak lama lagi."
"Aku takkan biarkan! Kau tengok je nanti."Tamara keluar dan meninggalkan ruangan pejabat aku. Puas! Dia ingat aku tunggul? Nak biarkan saja dia tindas aku dan aku hanya berdiam. Kau silap orang Tamara. Au bukan orang bodoh!
***
"Argggh!!"
Serabut kepala aku saat ni. Datin Mona pun dah tak kisah pasal aku. Dia dah berani reject panggilan aku. Satu keluarga menyusahkan aku!
"Ara, kenapa ni? Kenapa menjerit-jerit macam orang kematian laki saja." tanya mama
"Tak mati, tapi Ara bakal jadi janda, mama. Adam akan failkan perceraian kami berdua."
"Tapi kenapa? Elok je mama tengok kamu berdua. Kenapa sampai bercerai pula?"
"Adam dah ingat semuanya. Ara tak sempat buat apa-apa rancangan, Adam dah ingat pula. Ara bingung sekarang ni, mama. Adam dah balik dengan perempuan tu. Ara tak sanggup bermadu!"
"Tak nak bermadu?" tiba-tiba papa bersuara dari belakang kami
"Papa..."
"Ara tak nak bermadu? Kenapa kahwin dengan Adam? Ara tahu dari awal, Adam tu dah ada isteri. Kenapa nekad nak kahwin dengan Adam?" kata papa
"Papa nak cakap Ara yang salah? Kalau perempuan tu tak tergedik nak kahwin dengan Adam dulu, Adam tu dah jadi suami Ara papa."Papa mendengus kasar. Kalau Ain tak cantas jalan aku, mungkin sekarang aku dengan Adam dah bahagia. Dari awal aku memang dah dijodohkan dengan Adam.
"Kamu tu tak bodoh. Tapi sebab cinta kamu jadi bodoh. Sedarlah diri tu Ara. Adam tu tak pernah cintakan kamu. Yang beria-ia sangat nak jodohkan kamu berduakan cuma Datin Mona." kata papa lagi
"Papa ni kenapa? Nak sebelahkan perempuan tu pula? Ara ni anak papa tau! Papa patut jumpa Adam dan pujuk dia untuk balik, bukan nak burukkan lagi keadaan."
"Papa tak nak masuk campur. Masa kamu nak kahwin dengan Adam, ada kamu minta restu papa? Sekarang kamu settlekan sendiri urusan kamu. Papa tak nak ikut campur sakitkan kepala papa."Aku berjalan masuk ke dalam bilik. Perlahan mama pun menyusul aku dari belakang. Masa aku perlukan sokongan masa tu juga semua orang tak pedulikan aku.
"Ara, apa cara sekali pun, kamu kena bawa Adam balik ke rumah. Kalau tak, kamu takkan dapat pujuk dia." kata mama
"Macam mana Ara nak bawa Adam balik? Perempuan tu dah rantai kaki Adam agaknya."
"Ara cuba minta tolong mama Adam untuk pujuk Adam. Kalau tak dapat balik rumah Ara, pujuk agar Adam balik rumah Datin Mona. Apa pun, status Ara sekarang di hujung tanduk tau. Selagi Ara masih lagi isteri Adam, Ara kena buat sesuatu." kata mama lagi
"Betul juga. Kenapa Ara tak terfikir dari tadi? Mama, you the best!"
"Tengoklah mama siapa? Hehehe."Aku tak tunggu lama, terus saja aku menghubungi Datin Mona. Apa pun, aku akan pastikan rancangan aku kali ni akan berjalan lancar. Adam harus jadi milik aku seorang!
***
Makanan sudah terhidang di atas meja. Hanya menunggu tuan puteri balik dari kerja sahaja. Aku mandi kemudian tunggu Ain di ruang tamu. Tak lama kemudian terdengar suara enjin kereta Ain di depan rumah. Aku bernafas di tangan lalu aku hidu.
"Okay, wangi. Bini aku ni tak guna, kalau mulut busuk tak nak dia nak kiss laki dia." bebel aku sendiri
"Assalamualaikum, Sayang!" sapa Ain ketika masuk ke dalam
"Waalaikumsalam, Yayang!"Hah! Sejak dah rasmi suami isteri ni, aku dengan Ain semakin sweet. Tapi tetap juga bergaduh. Mungkin dah lumrah hidup kami berdua tak sah kalau tak bergaduh.
"Wanginya... Sayang masak apa ni?" tanya Ain sambil melepaskan tudungnya
"Sayang masak special for you, Yang. Tapi Yayang mandi dulu, bau ketiak." kataku lalu menutup hidungku
"Alah! Busuk pun, kalau Yayang goda, Sayang kaki empat juga merangkak dekat Yayang, kan?" balas Ain tersengih-sengih sambil jari telunjuknya di gerakkan seperti sedang menggodaku untuk mendekatinya
"Betul, godalah sekarang. Godalah, godalah!" kataku lalu berjalan mendekati AinDengan pantas Ain berlari masuk ke dalam bilik bila aku mula mengejarnya. Aku ketawa melihat gelagat Ain. Tiba-tiba telefon aku berdering. Aku berjalan ke ruang tamu dan mencapai telefonku yang terletak di atas meja. Aku melihat nama Tamara. Aku mengeluh, aku tak tahu nak cakap apa lagi dengan dia. Dia pergunakan aku masa aku tak ingat apa-apa. Dia tak berhak halang pilihan aku.
"Kau nak apa lagi, Tamara? Tak cukup jelaskah surat yng peguam aku hantar?" kataku tanpa menyapa apa lagi bertanya khabar.
"Huby, tolonglah. Fikir semula. Kita dah cukup bahagia sebelum ni. Takkan huby nak lupakan macam tu je! Tak adil pada saya." balas TamaraMasa aku sedang bercakap dengan Tamara,tiba-tiba tngan Ain merangkul pinggangku. Aku tersenyum lalu mencium pipinya.
"Aku tetap dengan keputusan aku, Ara. Aku minta maaf, aku tak mahu lukakan hati Ain." balasku
"Ain! Ain! Ain! Perempuan tu dah bagi kau makan apa? Sikit pun kau tak kesian dekat aku?" bentak Tamara
"Sama macam kau tak kesiankan dia masa kau pisahkan dia dengan aku. What you give, you get back! Clear?"Aku terus menamatkan panggilan. Tak mahu aku berlama-lama bercakap dengan Tamara. Ain menyapu lembut belakangku dan aku tersenyum memaut bahunya. Tangannya ku genggam erat lalu ku bawa ke dadaku.
"Saya takkan buat kesalahan kali kedua, sayang."
"I know. Kalau pun nak buat lagi, saya akan rampas sekali lagi. Saya takkan pernah lepaskan awak, Yang..." balas Aijn
"Lapar tak? Nka makan?" tanya ku
"Nak! Lupakan hal Tamara. Biar peguam urus semuanya." balas AinAku memimpin tangan Ain masuk ke dapur. Aku tak berkerja sekarang. Semua kad kredit yang Tan Sri beri pada aku, telah aku pulangkan. Aku pun sudah bincangkan tentang aku dan Tamara dengannya. Syukur, dia serahkan pada aku untuk membuat keputusan.
***
Beberapa hari yang lalu, aku mendapat surat dari peguam Adam yang menyatakan bahawa Adam akan menceraikan aku dengan baik dan bermaruah. Tapi aku tak kan semudah itu mengalah. Aku takkan setuju dengan tuntutan cerai yang Adam berikan.
"Mama dah bagitahu hal ni dengan Adam banyak kali, Ara. Tapi Adam tetap dengan keputusannya. Kami ni dia tak pandang langsung."kata Datin Mona
"Saya dah tak nak dengar alasan mama. Saya nak tindakan mama. Kalau mama tak bertegas dengan Adam, memang dia pijak kepala mama tu. Buatlah apa pun, asalkan Adam tarik balik tuntutan cerai tu."
"Apa lagi yang kamu nak mama buat Ara? Mama dah cuba semampu mama tau." kata nya lagi
"Mama nak saya bagitahu papa saya supaya gugurkan jawatan papa dalam syarikat? Mama kena ingat tau, semua yang mama ada sekarang ni, bukan milik mama tau!"
"Mama sebenarnya dah penat dengan perangai Ara yang suka mengugut ni. Mama dah tak nak masuk campur. Korang nak tunggang terbalik pun mama dah tak kisah. Nak tarik semua ni? Tarik je lah! Tak bawa mati pun harta ni semua."Aku tinggal melopong bila dengan lantangnya Datin Mona mengatakan bahawa dia sudah tak kisah tentang semua ni. Aku ditinggalkan sendiri di cafe tersebut. Aku meneguk habis air putih di atas meja. Hatiku kian membahang. Baru sahaja aku mahu berdiri tiba-tiba aku terpandang Ain dengan seorang lelaki. Aku tak kenal siapa lelaki tu, tapi dari cara Ain mengelak aku tahu, pasti itu ada kaitan dengan hidup Ain.
"Nampaknya, aku takkan kalah! Ain, kau dah silap langkah. Kau takkan boleh kalahkan aku. Aku akan pastikan kau masuk perangkap aku."
Aku keluar dari cafe tersebut dan tersenyum pus. Aku ada rancangan baik untuk kenakan Ain. Yang pasti aku akan dapatkan hak aku semula.
YOU ARE READING
MATA KE HATI
РазноеSinopsis Ditinggalkan kekasih dihari pernikahannya lari bersama perempuan lain membuatkan Ain Anasha malu. Apalagi saat itu semua tetamu sudah hadir untuk menyaksikan pernikahan mereka. Tanpa berfikir, Ain menghampiri seorang photographer yang sed...