Part 12

1.4K 153 33
                                    

Bab 12

PUAN SRI Aminah memandang aku agak tajam. Seperti dapat mengagak apa yang dia nak katakan, ini pasti Tamara mengadu dengan mamanya.

“Ada apa Puan Sri datang jumpa saya ni?”
“Adam mana? Tahu tak apa dia buat dekat anak saya?”
“Adam dah tak tinggal dengan kami lagi. Saya nak tengok jauh mana dia tahan tanpa duit.”
“Saya tak nak tahu tentang tu, Mona. Yang saya nak tahu, kenapa perempuan tu malukan Ara? Awak tak tahu ajar menantukah?”

Apa yang perempuan tu dah buat kali ni? Tak cukup anak aku dia rampas, sekarang nak menyusahkan aku pula!

“Apa pula dia buat kali ni, Puan Sri?”
“Dia malukan Tamara depan orang ramai. Saya tahulah menantu awak tu keturunan Tengku, tapi adab tu kena jaga.”
“Tak apa, nanti saya suruh Adam bawa dia jumpa Tamara untuk minta maaf.”
“Awak buat lawakkah? Tak naknya Adam tu nak menurut cakap awak. Saya nak awak jumpa perempuan tu dan bagi warning dekat dia. Kalau tak, awak tahukan saya boleh buat apa?”
“Baiklah, Puan Sri. Jangan risau, saya akan bawa perempuan tu jumpa Tamara.”
“Bagus!”

Selepas Puan Sri Aminah pergi, barulah saya boleh bernafas.

“Perempuan ni betul-betul menyusahkan akulah! Tak pasal-pasal aku kena jumpa dia pula. Tamara pun satu, mesti salah dia ni. Dah dia suka sangat buat hal.”

GAJI pertama dah masuk. Baru kali ni aku rasakan duit hasil kerja keras aku sendiri. Ada berkat gaji aku kali ni. Senyum lebar aku bila dapat gaji sebab aku nak beli sesuatu untuk Ain.

“Senyum kenapa? Nak joli lah tu!”
“Tak baik fitnah suami tau!”
“Dah tu, senyum-senyum macam kera kenapa?
“Aku nak keluar sekejap.”
“Tak boleh! Kau nak jumpa perempuan tu kan?”
“Cemburu sangat bini abang ni tau! Comel!”

Sengaja aku muncungkan bibir aku supaya Ain meluat.  Ain buat muka nak muntah bila aku bahasakan diri aku ‘abang’. Entah apa salahnya dengan perkataan tu?

“Aku keluar kejap je.”
“Okay. Jangan lambat sangat, aku lapar ni. Tak pasal-pasal aku bedal seorang makanan ni.”
“Perut getahkah atau perut palsu?”
“Pergilah. Kau balik lambat, tidur dekat luar!”
“Kiss!”

Ain terus menolak aku keluar bila aku menyorongkan pipiku dekat dia. Sampai aku masuk ke dalam teksi aku masih lagi ketawa ingat tingkah Ain. Dengan suami sendiri pun nak malu.

Aku tak tahu ke mana arah hubungan kami, yang pasti aku akan pertahankan selagi aku mampu. Aku terus sahaja pergi kedai emas. Sebab masa nikah hari tu, aku tak ada bagi Ain cincin. Bukanlah brand Pandora berharga 2.6juta, tapi cukuplah menjadi tanda pernikahan aku dan Ain.

Sampai di luar, sempat aku belek cincin tu. Aku gembira sangat tak sabar nak balik dan beri pada Ain. Aku lihat teksi dari jauh dan aku lambaikan tangan namun tiba-tiba ada dua orang lelaki menerjah aku dan mengacukan pisau kepada aku.

“Bagi semua duit dan barang berharga kau!”

Kawasan agak sunyi dan tak ada orang lain lalu di situ. Tak mungkin aku nak bagi mereka. Aku dah susah payah cari duit untuk beli cincin ni.

“Aku tak ada duitlah!”
“Kau ingat kami tak nampakkah, kau baru saja beli emas? Bagi sekarang!”

Aku cuba menolak salah seorang dari mereka dan pantas seorang lagi menumbuk aku dan merampas cincin serta dompet aku. Kelihatan seperti remaja yang ketagih dadah.

“Jangan ambil! Itu untuk isteri aku!!”
“Hahahaa! Ini kami punya!” balas remaja tu dan melemparkan dompetku yang sudah kosong ke atas jalan

Mereka kemudian pergi tapi aku mengejar mereka dan cuba merampas semula cincin Ain. Terjadi pergelutan antara kami bertiga dan salah seorang remaja tersebut mengeluarkan pisau dan terus menikam tepat ke pinggangku.

MATA KE HATIWhere stories live. Discover now