PRE ORDER MATA KE HATI

1K 66 2
                                    

Penantian Adam dan Aqash akan terjawab dalam special edition yang lengkap dalam buku MATA KE HATI

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Penantian Adam dan Aqash akan terjawab dalam special edition yang lengkap dalam buku MATA KE HATI. Semuanya akan terjawab di dalam buku.

Open pre order second batch sehingga 5 feb 2019

Rm40 termasuk pos
Whatsapp 0163769582

****

Random Teaser!

AQASH berlari apabila melihat ayahnya di depan pintu. Selepas meminta izin untuk pulang mereka pun terus pulang ke rumah di mana Ain sedang menunggu kepulangan mereka. Aqash kini sudah berusia 9tahun.sudah 9tahu Aqash tak merasa sentuhan ibunya. Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya perasaan seseorangyang ingin menyentuh tapi tak mampu berbuat apa-apa.
Ain mendengar keriuhan dari ruangtamu. Dalam diam dia mengukir senyuman apalagi saat dia merasa kucupan dari suami dan anak tercinta. Ingin saja dia membalas dengan pelukan mesra. Apakan daya, Ainhanya mampu berdiam.
“Sayang, hari ni macam mana? Ada perubahan tak?”
‘Aku baik-baik saja,Adam.’
“Umi, Aqash dapat anugerah hari ni. Sayangnya umi tak dapat tengok. Tapi Aqash dengan nenek ada tangkap gambar. Umi cepatlah bangun. Aqash rindukan umi. Semua kawan-kawan Aqash ada mama diaorang peluk. Aqash pun nak juga macam diaorang…”
Tanpa sedar Ain menitiskan airmata. Adam menarik tangan Aqash lalu mengesat airmata Ain menggunakan tangan Aqash.
“Aqash,umi tak dapat peluk. Tapi Aqash kan boleh peluk umi? Peluk umi tiap hari supaya umi cepat bangun. Aqash sayang umi, kan?”
“Sayang sangat,ayah.” Balas Aqash mengucup pipi Ain lalu memeluknya erat
‘Umi sayang anak , Umi. Maafkan umi, sayang. Adam, maafkan aku. Aku tak mampu membahagiakan kamu. Saat-saat aku sepatutnya ada dengan kamu, tapi aku hanya menjadi beban pada kamu. Lepaskan aku, adam. Cari kebahagiaan mu bersama wanita lain.’
Ya Allah! Sakitnya perasaan Ain saat itu. Hidup tapi terasa mati. Itulah yang Ain rasakan. Entah sampai bila dia akan terus seperti itu? Mungkin sampai bila-bila pun dia akan kekal seperti itu.
Seperti biasa rutin Adam setiap hari kerja dan balik ke rumah menghabiskan masanya bersama anak isterinya. Tak ada sehari berlalu tanpa dia memikirkan Ain. Sembilan tahun Adam tak pernah bosan melayan Ain. Tak pernah berkurang rasa cintanya malah semakin cinta setiap kali dia melihat kesan parut di perut Ain.
“Takkan pernah ada wanita yang akan menggantikan awak dalam hidup saya, Ain. Apa yang saya korbankan, takkan sebanding dengan pengorbanan yang awak buat untuk saya dan anak kita.”
Kata-kata keramat yang Adam akan bisik ke telinga Ain setiap malam sebelum tidur. Kata-kata yang Ain akan tunggu setiap malam. Betapa dia bertuah memiliki Adam sebagai suami.
‘Aku mahu katakan yang aku sangat mencintai kau, Adam. Tapi aku tak mampu ungkapkan dengan kata-kata. Aku hanya berharap kau tahu.’
Adam menggenggam jemari Ain lalu di letakkan ke dadanya. Ain dapat merasakan degupan jantung Adam saat itu. Degupan yang sama seperti 9tahun yang lalu.
Dup.. Dap.. Dup.. Dap..
“Degupan  jantung aku masih sama seperti dulu, sayang. Jangan pernah takut kehilangan aku. Tak perlu ungkapkan cinta, kerana cinta berbicara dari hati, sayang.”

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 12, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MATA KE HATIWhere stories live. Discover now