Bab 8
Aku masih memikirkan tentang Adam. Sikap dia pada aku siang tadi buat aku rasa pelik. Dia boleh layan aku dengan baik, dalam masa yang sama dia layan aku dengan dingin. Sebab apa? Takkan dia dah jatuh cinta dengan perempuan tu?
“Baru je kut kahwin, takkan dah jatuh sayang? Dengan aku yang dah bertahun ni, tak pula dia bagi peluang!’
Mungkin aku harus lebih tegas dengan Datin Mona selepas ni. Janji tetap janji dan aku paling tak suka bila orang tak menepati janji. Aku mendengus sebelum aku gerak ke rumah Datin Mona.
“Kau jangan nak main janji dengan aku. Gelaran kau sekarang takkan seperti ini kalau bukan sebab aku tu!”
Sampai sahaja di rumah Datin Mona aku terus sahaja masuk. Kerana aku deah terbiasa di sana, jadi bukan satu masalah untuk aku bebas keluar masuk rumah tu.
“Auntie, Ara nak cakap sikit.”
“Ara, bila sampai? Tak cakap pun nak datang.”
“Ara baru je sampai ni. Auntie boleh tak Ara nak auntie percepatkan perkahwinan saya dengan Adam.”
“Ara bagi auntie masa lebih sikit. Adamkan baru je kahwin. Masih manis lagi takkan dia nak lepaskan perempuan tu pula.”
“You know what, auntie? Ara tak kisah langsung! Maniskah atau pahit sekalipun, Ara nak jadi isteri sah Adam!”
Datin Mona hanya mampu angguk kepala sahaja. Aku pula senyum bila melihat Datin Mona mulai gentar. Apa taknya, taruhannya adalah status Dato’ suaminya. Kalau lucut, maka serta merta status Datinnya pun akan lucut.
“MANA pula fail tu? Takkan aku salah letak pula? Rasanya semalam aku letak atas meja je”
Fail yang sepatutnya aku hantar hari ini lesap dari atas meja aku. Aku sendiri lupa sama ada aku letak atas meja atau sudah aku letakkan dalam bilik fail.
“Matilah aku! Ayah mesti marah besar dan akan sangka aku tak buat kerja.”
Kepala yang tak gatal ku garu perlahan sambil berfikir di mana letaknya fail tu. Selepas memerah otak akhirnya aku ingat juga yang aku dah susun dengan fail lain semalam.
“Rasanya kat sini mesti ada. Ya, Allah, jangan sampai kat sini pun tak ada. Aku perlukan fail tu.”
Sempat aku berdoa kemudian aku melihat satu persatu fail-fail yang tersusun di atas rak tersebut. Lenguh rasa leherku melihat setiap tajuk fail. Akhirnya, mataku melihat fail yang aku cari terletak canti di atas rak yang paling atas.
Mataku meliar mencari tangga atau sekurang-kurangnya sebuah bangku untuk aku gunakan memanjat untuk mengambil fail tersebut.
“Aduh! Masa ni jugalah tak ada tangga. Dahlah sekarang waktu rehat, tak ada sesiapa dapat tolong aku rasanya.” Bebelku seorang diri
Aku cuba panjat satu rak bahagian bawah untuk mencapai fail bahagian atas. Tapi rasanya aku masih tak cukup tinggi. Tanganku cuba sedaya mungkin untuk mencapai ketinggian tu tapi, masih gagal.
“Ya, Allah! Hantarkan seseorang untuk tolong aku.”
Masa tu aku betul-betul terdesak sangat sebab aku perlukan fail tu sebelum pukul 2 nanti. Aku tiba-tiba terasa seperti tubuhku di angkat sesorang. Bila aku lihat, ternyata Ada sedang mengangkat tubuhku sambil melihat aku.
“Adam…”
“Ambillah..”
Aku terus sahaja mencapai fail tersebut dan meminta Adam menurunkan aku. Perlahan Adam turunkan aku tapi tangannya masih di pinggang aku. Pandangan matanya menusuk ke dalam mataku. Betul-betul buat aku tak mampu alihkan pandanganku.
Kami sama-sama terdiam tak berbuat apa-apa dan kaku. Aku tak tahu bagaimana nak gambarkan jantung aku saat ini. Tiba-tiba aku tersedar, dan menolak tubuh Adam sedikit menjauh.
“Ain…”
Cupp!
Sedar bibir Adam sedang menyentuh lembut bibirku membuat aku bertambah bergetar. Kedua tanganku menggenggam kuat hujung baju kurung yang ku pakai. Tiba-tiba Adam menjauh dan terus keluar dari bilik fail.
Dengan nafas yang masih memburu aku menyentuh bibirku.
“Aku dah tak dara lagikah?”
AKU tak tahu perasaan apa yang mendorongku untuk mengucup bibir Ain. Bila aku tersedar aku terus tinggalkan Ain. Bukan sebab aku tak ingin lakukannya dengan Ain, tapi jantung aku macam nak pecah rasanya.
Aku membasuh mukaku dan memandang wajahku di cermin. Aku lihat tepat ke arah bibirku lalu aku tersenyum. Adegan romantis sebentar tadi menjadi tetamu tak diundang dalam fikiran ku saat ini.
“Stupid! Aku tak pernah rasa berdebar macam ni. Perempuan tu sangat bahaya untuk didekati. Silap-silap, dia hidup, aku yang mati. Don’t ever try to play this game,Adam. Cinta itu menyakitkan.”
Lepas aku dah sedikit tenang, aku terus keluar dan tak mahu lagi ku lalu depan bilik fail tu. Aku takut terperangkap sekali lagi.
Setiap kali akui terserempak dengan Ain, aku akan bersembunyi atau aku mengelak dari dia. Mungkin dia hairan, tapi aku betul-betul takut untuk jatuh cinta saat ini. Sakit ditinggalkan itu masih terasa sampai saat ini.
“Adam, tunggu!”
Aku tengok Ain berlari anak mengejar aku. Aku tetap berjalan tapi sedikit perlahan. Tak lama tu, Ain dah berjalan di sebelah aku.
“Adam, aku ada buat salahkah? Kau masih marah dengan aku pasal baju kau tu? Aku minta maaflah. Aku bergurau je.” Kata Ain
“Tak ada apalah, Ain. Cepat sikitlah, nak hujan ni. Nanti tak sempat sam….pai”Belum habis pun aku bercakap, air hujan sudah pun jatuh membasahi kami berdua. Aku melihat orang lain berpusu-pusu berlari mencari tempat berteduh, tapi Ain langsung tak berganjak.
"Ain, hujan ni, jom ke pondok!” kataku sambil menarik tangan Ain
Tapi Ain malah tarik semula tangan aku dan membuatkan tubuh kami lencun dek simbahan air hujan. Semua yang ada sedang melihat kami berdua.
“Ain, kalau nak ber ‘cak dum dum cak’ pun, janganlah kat tempat orang ramai ni. Malu wei!” kataku
“Kenapa kau mengelak dengan aku? Because of the kiss, is it?” tanya Ain
Aku tak ada jawapan untuk diberi pada Ain. Yang aku tahu, aku takut untuk mengakuinya. Aku takut akan kehilangan wanita yang aku sayang sekali lagi. Cukup aku kehilangan Anna, aku tak mahu kehilangan Ain pula.
“It’s just a mistake, Ain.”
“Mistake? Huh?”
Ain hanya beri aku senyuman sinis sahaja kemudian dia berjalan meninggalkan aku meredah hujan. Aku jadi serba salah. Sebenarnya mahu ke mana kami bawa hubungan ini?
AKU menghempaskan tubuhku di lantai. Kata-kata Adam bermain di ruang kepalaku saat ini. ‘just a mistake?’ apa dia fikir, selepas dia ambil ‘dara’ aku, dia boleh lepas tangan macam tu je? Silap besar!
“Ain! Makanlah aku dah siap masak!”
Malas nak layan dia! Tapi perut aku pula menjerit minta diisi, apalagi bila aku menghidu bau wangi masakan Adam.
“Kau makanlah seorang! Aku tak selera nak makan!”
Ego! Ya aku memang sedikit ego bila apa yang aku inginkan tak diberikan. Apalagi jawapan yang Adam beri aku tadi tak sesuai seperti yang aku harapkan. Sebenarnya aku harapkan apa?
“Ain!”
“Tak nak! Tak fahamkah?”
“Okay, jangan cari kalau habis tau. Ayam masak kicap ni sedap! Rugi tak makan.”
Eh! Tak cakap pun masak ayam masak kicap tadi? Lelaki ni menyakitkan hati betullah! Ah! Perut please, jangan malukan tuan kau!
Sebab menegakkan ego, maka dengan ini, aku akan kelaparan sepanjang malam. Aku usap perut aku dan cuba untuk lelapkan mata.
Tengah malam tu, aku terjaga dari tidur dan rasa seperti aku dah tak mampu menahan kelaparan lagi. Aku keluar dan mencari mi segera untuk aku makan. Bila aku terpandang tudung saji atas meja makan, tiba-tiba aku terbayangkan ayam masak kicap yang Adam masak tadi
“Aku tahulah, kau takkan sampai hati biar aku lapar. Hihihi!”
Aku ambil piring dan kaut nasi kemudian duduk di kerusi. Dengan gelojohnya aku buka tudung saji. Tapi apa yang ada di dalam piring hanya sebuah lukisan nasi berlaukkan ayam.
“Hahahaha! Laparkah?”
Adam tiba-tiba muncul dan ketawakan aku. Masa tu aku betul-betul rasa nak menangis saja. Bayangkanlah tahap kelaparan aku macam mana? Adam pula permainkan aku. Aku letak piring atas meja kemdian aku terus masuk ke dalam.
Tak semena-mena tanganku ditahan dan adam tarik aku semula ke meja makan. Dia dudukkan aku atas meja dan kedua tangannya menopang pada meja. Mungkin dia ada hobi baru, iaitu mengangkat aku sesuka hati dia.
Sekali lagi, perasaan bergetar seperti siang tadi berulang bila wajah Adam kelihatan sangat hampir pada wajah aku. Hanya bersisa beberapa inci sahaja.
“Lain kali jangan, jangan tolak namanya rezeki. Kan dah lapar!” kata Adam separuh berbisik
“Tak payahlah berbisik. Kat sini ada kita berdua je kut.” Balasku separuh berbisik juga
“Jangan bergerak. Duduk diam-diam!”
Adam bergerak kekiri dan ke kanan kemudian dia berdiri semula depan aku dengan segelas air dan sepinggan nasi berlaukkan ayam masak kicap.
“Buka mulut.”
“Tak nak. Aku dah tak lapar”
Aku cuba turun dari meja tapi Adam pantas menghalangku. Dia berdiri tepat di antara kedua kaki aku. Aku bergerak sedikit ke belakang tapi dia terus dan terus mendekatkan wajahnya dengan aku.
“Aku cakap aku tak lapar!”
“Buka mulut pun payahkah? Atau kau nak aku bukakan untuk kau? Macam siang tadi tu, mesti kau nak kan?”
Adam membuat muka gatalnya lagi. Dengan terpaksa aku buka mulut aku luas-luas dan Adam suapkan aku nasi.
“kan bagus macam ni. Ini barulah isteri aku.”
Lepas habis makan kami berdua pun berbaik dan tidur bersama setelah beberapa hari tak tidur sebilik. Tak seperti selalu, malam ni, Adam tidur tanpa memanggil nama Anna. Dan ini adalah malam pertama aku boleh tertidur lena selepas beberapa hari tak tidur di lengan Adam
TERKEJUT aku bila aku dapat tahu yang Adam tinggal di rumah pekerja Tengku Syarif. Paling mengejutkan Adam kerja sebagai cleaner di sana. Sebenarnya dia menantu Tengku ataupun orang gaji?
“Jadi sekarang ni, anak kita jadi cleaner? Kahwin dengan anak tengku tapi kerja sebagai cleaner di sana? Apa nak jadi dengan Adam ni?” kata Dato’ Khair
“Saya pun tak tahu apa yang ada pada perempuan tu. Saya rasa anak kita dah kena oleh perempuan tu. Tkkan Adam tolak Tamara demi perempun macam tu?”
“Mona, soal ni saya pun tak berapa setuju dengan cara awak. Adam taknak Tamara, awak tak boleh paksa dia tau. Dia mungkin belum dapat lupakan arwah isteri dia.”
“Anna tu meninggal bukan sebab Adam tau! Dia meninggal sebab dia bodoh tinggalkan Adam demi lelaki lain. Padanlah muka!”
Suami aku hanya menggelengkan kepala. Aku memang tak pernah setuju dengan pilihan Adam dari dulu lagi. Dia selalu buat pilihan yang salah.
Anna juga satu pilihan yang salah sehingga Adam kehilangan anaknya kerana Anna. Dan aku tak mahu Adam mengulangi kesalahan yang samba.
YOU ARE READING
MATA KE HATI
De TodoSinopsis Ditinggalkan kekasih dihari pernikahannya lari bersama perempuan lain membuatkan Ain Anasha malu. Apalagi saat itu semua tetamu sudah hadir untuk menyaksikan pernikahan mereka. Tanpa berfikir, Ain menghampiri seorang photographer yang sed...