Bab 10
Tidur tanpa Ain sama rasanya makan nasi tanpa lauk. Aku punya tahap bosan dekat rumah tak tahu dah level berapa. Ain pula sejak semalam tak ada mesej aku. Sibuk sangatkah dekat sana sampai tak ingat laki dia ni. Pusing kiri pusing kanan tetap tak dapat tidur. Akhirnya aku dapat idea!
“Selfielah! Mana tahu Ain tergoda dengan aku.”
Sengaja aku buat rambut aku sedikit berhambur dan aku tahu Ain suka tengok rambut aku macam tu. Dah terbukti dia suka mainkan rambut aku.
“1,2,3 say cheese!! Haha mesti Ain suka. Sendlah!”
Aku buka aplikasi whatsapp dan cari nama Ain. Dengan caption menggoda aku taip ‘mohon tergoda dengan keseksianku, wife!’ dan aku tekan butang hantar tanpa fikir dua kali. Buat apa nak fikir dah memang aku kacak bergaya dan bergetah.
Lama aku tunggu tapi tak ada balasan dari Ain. Okay, aku dah bosan sangat. Aku pun tarik selimut dan cuba lelapkan mata.
Ting!
Dengan pantas tangan aku tangkap telefon aku dan terus buka. Bila nampak nama Ain hati aku terus berbunga-bunga.
“Gila! Kau fikir aku tak rindukah gaya meluat kau ni! Miss you too!”
Okay! Selimut dah terbang! Cukup dengan khalimah rindu Ain dah buat aku terlena. Jauh-jauh baru nak jiwanglah bini aku ni. Aih, geram! Hujung selimut aku gigit menahan geram.
“Baliklah cepat. Rindu nak bergaduh”
“Kau mengaku je kau rindu nak ambil kesempatan peluk aku kan?”
“Buat-buat tak tahu je lah! Tak baik aibkan suami. Berdosa, masuk api neraka.”
“BY the way, aku jumpa cinta hati kau dekat sini. Dan dia buat aku naik darah tiap hari. Can I kill her”
“Don’t kill, baby. Bunuh je!”
“Apa bezanya, Adam? Tak lucu!”
“Cemburu ke? Mengaku je lah kau cemburukan?”
Dan mesej aku tak dibalas sampai ke siang. Rasanya aku dah gila bayang sebab aku tak dapat tidur lena tanpa Ain. Aku dah tak boleh nafikan lagi, dan aku tak mahu berpura-pura lagi.
“Isteri aku kut, nak pura-pura apa lagi? Bolos saja dinding Ain! Cepatlah pulang, Ain!”
SUDAH hampir habis kerja aku dekat sini, tapi masih belum dapat pulang sebab aku kena habiskan seminar hujung minggu ni. Nasib baik Sabrina ada dekat sini, kalau tak memang aku gila.
“Ain, kau dengan Adam sekarang macam mana?”
“Sekarang baru kau nak tanya, Ina?”
“Aku sibuklah, Ain. Lagipun kau tahulah bonda aku tu, payah sangat nak bagi aku keluar. Ini pun nasib baik ayah kau minta aku pergi sekali dengan kau.”
“Kami macam tu je lah. Macam tom and jerry. Sehari tak bergaduh memang tak sah! But, you know what? I miss him.”
“Yaii! Pipi blushing ni tandanya apa eh? You love him?”
“I don’t know. Aku Cuma takut aku bertepuk sebelah tangan, Ina.”
“Ain! Tengok tu!”
Aku terkejut bila tiba-tiba Ina suruh aku tengok sesuatu. Bila aku menoleh, aku nampak Nizam sedang berjalan ke arah kami berdua.
“Ina, jom!”
Aku tarik tangan Ina dan pergi dari sana. Tapi Nizam lebih pantas memanggil nama ku.
“Ain! Kejaplah, saya ada hal nak cakap sikit.”
“Nizam, sudahlah. Saya tak nak dengar apa-apa lagi. It’s over!”
“Ina, kau tolong pujuk kawan kau ni. Degil sangat!”
“Buat apa nak pujuk dia? Baik kau pujuk laki dia je. Atau kau lupa kau dah tinggalkan Ain? Kau sihat tak ni?” balas Ina buat aku nak terketawa
Nizam tak outus asa dan terus kejar aku sampai ke hotel. Aku pun hairan, macam mana dia boleh tahu aku menginap dekat bilik ini. Entah-entah dia selalu ekori aku selama ni. Baru padan muka kau!
Loceng pintu ditekan berkali-kali hingga aku naik rimas dengan kelakuan Nizam. Aku berdiri kemudian mencapai gelas di atas meja. Aku buka pibtu dan terus sahaja simbah Nizam dengan air yang ada dalam gelas di tangan aku.
“Ain!”
“Adam? Kau buat apa kat sini? Basah?”
“Tak, aku baru je servis dekat dobi dan kering serta merta! Basahlah!”
Entahlah kenapa aku terketawa. Mungkin sebab aku rindu nak bergaduh dengan Adam. Aku teruis tarik tangan Adam masuk dalam bilik dan tolak dia atas katil
“Wow! Ganasnya. Nak sekarangkah?”
“Gila! Nah lap badan kau tu. Kenapa tiba-tiba ada dekat sini ni?”
“Tanya lagi, rindulah! Aku tak boleh tidur tiap malam. Tak ada aku nak kacau. Kau ni dah tak ingat balikkah?”
“Kau datang sini, semata-mata nak bergaduh dengan akukah? Banyak duit kau datang sini.”
Adam bermain dengan jarinya. Mesti ada sesuatu dia sembunyikan dari aku.
“Kau ambik duit tabungkah?”
“Hm. Nanti aku gantilah. Ambik semua gaji aku bulan ni.”
“Janji?”
“Ya, janji. Kau duduk sini kejap!”
Eh! Suka hati je dia arahkan aku ye? Aku duduk sebelah Adam dan dia sandarkan kepalanya dekat bahu aku. Manja semacam je laki aku ni. Betulkah dia rindu aku? Rambut yang tersisir rapi aku sapu-sapu.
“Kenapa ni?”
“Aku lapar…”
“Ingatkan rindu..”
“Rindu nombor dua.”
Aku dah agak! Aku je yang rindu dia tapi dia tak tak rindu aku pun. Aku berdiri dan buat panggilan untu pesan makanan untuk Adam.
“Kau tunggu makanan kau sampai. Aku nak ke bilik air. Dekat dalam kabinet tu ada baju aku, kau pakailah.”
Hilang mood aku nak layan Adam. Tak lama lepas tu loceng berbunyi, aku berdiri tapi Adam suruh aku duduk.
“Biar aku yang buka. Lapar sangat ni, kalau boleh aku makan dekat pintu tu je!” kata Adam
Adam buka pintu kemudian dia masuk semula dengan wajah yang tegang. Mungkin makanan dia belum sampai.
“Jadi sebab dia kau datang sini”
Aku terus berdiri bila aku nampak Nizam dekat depan pintu. Aku tak dapat gambarkan perasaan aku masa tu. Aku rasa macam nak pijak-pijak saja muka Nizam sekarang
“Kau buat apa dekat sini? Tak faham bahasakah aku cakap aku tak nak dengar apa-apa lagi dari kau?”
“Kau tak payah nak berpura-puralah, Ain!”
“Adam! Aku tak tahu pun dia ada di sini. Dan aku datang sini atas urusan kerja!”
“Apa dia buat dekat sini? Macam mana dia tahu bilik kau? Kau nak nafikan apa lagi, Ain? Entah-entah, sejak seminggu yang lalu kau dah bersama dengan dia!”
“Adam!”
“Cukup, Ain!”
Adam keluar dari bilik dan aku mengejarnya dari belakang cuba menjelaskan apa yang terjadi. Tapi sia-sia, Adam langsung tak nak dengar. Bila aku balik ke bilik, Nizam masih ada di sana. Tanpa kata apa-apa, aku terus menampar Nizam berkali-kali hingga aku rasa penat.
“Saya minta maaf, Ain. Pukul saya sampai awak puas. Asalkan awak maafkan saya.”
“Dah terlambat! Aku dah tak cintakan kau lagi, Nizam. Aku cintakan Adam!”
“Tak mungkin! Awak tak mungkin lupakan saya secepat ini.”
“Kau dengar sini, aku dah buang kau dalam hidup aku sejak aku jadi isteri Adam. Dan aku takkan balik dengan kau walaupun nanti aku bukan lagi isteri Adam. Faham! Get lost!”“ARGGHH!!”
Aku lepaskan segala sakit dalam hati aku malam tu. Aku dah tinggalkan segala kemewahan bahkan segalanya aku korbankan demi Ain tapi kenapa mesti dia kembali dengan lelaki tu!
Apa yang berlaku tadi, mengingatkan aku pada Anna. Aku tak sangka ini semua akan terulang kembali. Mungkin aku tak harus percayabkan perempuan. Betul kata mama, aku akan menyesal!
“Kenapa sekarang, Ain? Kenapa saat aku sudah sayangkan kau? Kenapa!”
![](https://img.wattpad.com/cover/161751730-288-k957463.jpg)
YOU ARE READING
MATA KE HATI
RandomSinopsis Ditinggalkan kekasih dihari pernikahannya lari bersama perempuan lain membuatkan Ain Anasha malu. Apalagi saat itu semua tetamu sudah hadir untuk menyaksikan pernikahan mereka. Tanpa berfikir, Ain menghampiri seorang photographer yang sed...