Part 20
Aku dah puas berfikir, kenapa aku bodoh sangat tinggalkan Ain dulu. Sekarang baru aku tahu rasa sakitnya bila di tolak berkali-kali. Aku dah macm gila talak terkejar-kejar Ain. Sekarang baru nak menghargai saat aku tahu dia takkan mungkin menerima aku.
"Nizam, tolonglah! Awak nak apa lagi ni? Sampai ke sini awak ikut saya. Saya rimaslah!" kata Ain kemudian duduk di bangku
Tak sedar aku ikut Ain sampai masuk ke dalam cafe. Aku kemudian duduk depan Ain dan merayu terus menerus.
"Ain, sayang... Tolonglah terima saya sekali lagi. Beri saya sekali lagi peluang."
"Nizam, saya dah lama lupakan apa yang awak buat pada saya. Saya dah maafkan awak. Tapi untuk kembali dengan awak, tak mungkin. Saya ni isteri orang." balas Ain
"Tapi..."Ain berdiri kemudian memandang aku tajam.
"It's over! Kalau awak ikut saya lagi, saya tak teragak-agak buat laporan polis kerana mengganggu ketenteraman saya."
Ain terus keluar dari cafe dan aku hanya terkaku diam di sana. Ain dah betul-betul bencikan aku. Aku meraup muka ku. Sakit hati masih mampu aku tahan tapi sakit perasaan di tolak memang pedih! Aku pulang ke rumah dan melihat mama sedang membaca majalah di ruang tamu.
"Dah balik, Zam?" tegur mama
"Ya, mama."Aku duduk bersama mama di ruang tamu. Berkali-kali aku mengeluh buat mama meletakkan majalah di atas meja kemudian memandang aku.
"Nizam ni kenapa? Masih fikirkan Ain lagi, kah?"
"Siapa lagi yang selalu ada dalam fikiran Zam ni mama."
"Sudah-sudahlah, Zam. Ain tu dah tak nak dengan Zam. Lagipun, suami Ain dah balik. Zam memang tak ada jodoh dengan dia."
"Macam mana mahu lupakan, mama? Macam mana nak lupakan Ain? Zam dah tak tahu macam mana nak buat lagi."Aku betul-betul dah terperangkap dengan diri sendiri. Inilah akibatnya kalau melukai hati orang lain. Akhirnya aku sendiri yang terperangkap.
"Zam, cinta tak harus memiliki. Melepaskan Ain untuk bahagia bersama orang yang dia cinta juga satu cara melepaskan cinta. Lupakan Ain. Mama yakin, Allah dah atur hidup anak mama. Rencana Allah tu yang terbaik buat kita."
Betul kata mama. Aku patut lepaskan Ain. Dia lebih bahagia sekarang dan aku tak sepatutnya menjadi perosak. Tapi hati aku??
***
Adam sedang duduk sambil membelek-belek kameranya yang sudah lama dia tidak sentuh. Aku duduk sebelahnya kemudian berbaring di riba Adam. Dia meletakkan kameranya di tepi lalu membelai rambutku yang terurai.
"Penat?" tanya Adam
Aku angguk tanpa bercakap
"Nak sayang picit tak?"
"Boleh juga."Adam kemudian memicit lembut bahuku sambil aku memejam mata.
"Lusa sayang kena hadir ke mahkamah."
"Yang! Yayang hampir lupa." kataku bingkas bangun dan menghadap Adam
"Tak apa. Sayang tahu, Yayang sibuk dengan kerja."
"Yayang tak ambil cuti lagi..." rengekkuMemang tak akan dapat cuti punya. Masa tu nanti aku kena hadir mesyuarat wakil ayah sebab abang Arash tak ada . Aduh! Apa aku nak buat ni?
"Tak dapat cutikah? Masih sempat kut nak bagitahu ayah kalau Yayang nak cuti." kata Adam
"Tak dapat, Yang. Yayang kena wakil ayah hadiri mesyuarat. Dan mesyuarat tu penting sangat. Kena pergi juga. I'm sorry, Yang..."
"Tak apalah kalau macam tu. Kerja, kan lebih penting." balas AdamAku jadi serba salah jadinya. Macam manalah aku terlupa hal yang penting macam ni. Nampak sangat aku tak pentingkan Adam. Adam dah tarik muka kelat. Aku pula dalam dilema tak tahu nak buat apa. Adam kemudian berdiri sementara aku terpinga-pinga melihat Adam.
![](https://img.wattpad.com/cover/161751730-288-k957463.jpg)
YOU ARE READING
MATA KE HATI
RandomSinopsis Ditinggalkan kekasih dihari pernikahannya lari bersama perempuan lain membuatkan Ain Anasha malu. Apalagi saat itu semua tetamu sudah hadir untuk menyaksikan pernikahan mereka. Tanpa berfikir, Ain menghampiri seorang photographer yang sed...