part 23

1.2K 152 27
                                    

part 23

Kenapa aku tak dapat berkata apa-apa? Silap aku, kenapa aku tak cerita hal sebenar sebelum ni. Aku terlalu yakin yang semuanya baik-baik saja. Sekrang barulah aku tahu berahsia akan memerangkap diri sendiri.  Aku, Adam dan Nizam ini saling berpandangan. Aku tak tahu sebab apa Nizam bagitahu Adam semua ni dan aku tak tahu apa yang dia beritahu dengan Adam. Yang pasti ini tak baik untuk hubungan aku dengan Adam.

"Kenapa diam? Kau tak ada jawapankan?" kata Adam
"Yang, i can explain semuanya. Tapi bukan dekat sini." balasku lembut
"Kenapa tak cakap dekat sini je. Ain. Saya pun nak dengar jawapan awak." sampuk Nizam yang betul-betul seperti menyimbah minyak ke api yang tengah marak
"Cakap dekat sini. Cakap depan Nizam"

Aku memandang Nizam penuh kebencian. Aku tak tahu apa niat dia. Kenapa dia buat aku macam ni. Malam tu dia okay saja bila aku cakap yang aku dah tak boleh terima dia lagi. Kenapa hari ni????

"Ain, kami sedang tunggu ni." kata Nizam tersenyum sinis
"Yang..."

Aku cuba membuat Adam faham tapi malah dia menepis tangan ku hingga aku terasa sedikit sakit. Langsung dia tak pandang aku.

"Saya cuma nak awak tahu, saya tak buat apa-apa pun dekat belakang awak. Nizam, awak nak apa sebenarnya? Saya dah cakap saya tak nak dekat awak lagi. Kenapa awak buat saya macam ni? Apa awalk cakap dengan Adam?"
"Tak cakap apa. Saya cakap apa yang berlaku malam tu je."
"Apa? Apa yang berlaku malam tu? Apa Nizam?"
"Dah! Aku tak nak dengar lagi. Korang nak salah menyalahkan baik korang berambus! Keluar!!"
"Yang... Saya tak buat apa-apa pun. Dengarlah cakap saya ni."

Nizam angkat tangan dan keluar bila Adam arahkan kami untuk keluar

"Keluar. Saya tak nak dengar dan tak nak tahu. Keluar!"

Aku terkejut bila Adam bentak aku dengan agak kuat. Hancur hati aku bila Adam langsung tak mahu dengar penjelasan aku.  Aku berlari keluar dengan airmata aku yang berlumba-lumba untuk keluar dari kelopak mataku. Sampai di lobi aku terlihat Nizam  sedang berdiri sambil memandang aku. Aku berjalan ke arahnya dan dengan sekali hayun tanganku sampai di mukanya.

Pap!!

"Kau nak apa sebenarnya? Kau tak fahamkah yang aku tak cintakan kau lagi? Berapa kali aku nak bagitahu!"
"Aku cuma nak uji Adam. Nampaknya dia tak percayakan kau pun Ain. Cinta kamu tak cukup kuat. Dia tak layak untuk kau. Langsung dia tak bagi kau peluang, lelaki macam tu kau nak bertahan hidup?"
"Aku tahu apa yang aku buat dan aku tak kisah apa pun kekurangan Adam. Apa yang kau cakap dengan Adam? Sampai dia jadi emosi macam tu?"
"Aku cuma minta maaf sebab  sentuh kau malam tu. Itu je, aku tak cakap benda lain pun."

Aku rasa macam nak pitam. Perut aku pun terasa seperti menusuk sakitnya.

"Kenapa kau nak cakap benda tu? Kau cakap kau tolong aku ikhlas.  Kenapa sekarang kau Cerita dengan Adam?"
"Aku ceritakan apa yang berlaku aku tak buat cerita pun."
"What? Mana otak kau? Kalau kau sendiri pun kau pasti marahlah. Kau cerita dengan Adam  supaya Adam tinggalkan aku, kan? In your dream! Dah nama kau tolong aku, mestilah kau kena sentuh aku kan?"
"Ya! Memang aku nak Adam ceraikan kau. Aku nak dia tinggalkan kau! Alang-alang aku tak dapat kau, biar dua-dua tak dapat."

Masa ni aku rasa sakit yang teramat sangat. Aku terduduk dan memegang perutku yang terasa sakit dan menyucuk seperti ada ada sesuatu yang mencengkam. Nizam duduk dan cuba membantu aku tapi aku tepis tangannya.

"Jangan sentuh aku! Pergi! Arrghh!"
"Ain!"

Aku semakin lemah saat Nizam cuba untuk mencempung tubuh aku dan tiba-tiba aku nampak tubuh Nizam terjelepuk ke lantai. Aku melihat ke arah Adam yang sedang mendekati aku dan terus mencempung tubuh aku keluar dari sana.

MATA KE HATIWhere stories live. Discover now