Part 3

1.4K 111 8
                                    

Bab 3
     Aku seperti mendengar suara Anna memanggilku. Tapi sukar untuk aku bersuara. Aku tersedar saat Anna melepaskan tangannya dari pelukanku.

     “Anna… Anna…”
     “Anna tak ada kat sinilah!” kata Ain dan melastik dahiku agak kuat
     “Auch! Sakitlah, Ain!”

     Aku dah agak! Aku mengigau rupanya tadi. Apa aku nak buat ni? Bini dah merajuk, kalau nak pujuk memang takkan jalan punya. Ligat otak aku berfikir. Akhirnya aku terpaksa menggunakan helah.

     "Arggh!" Aku mengerang kesakitan

     Ain cepat-cepat mendekati aku dan mengusap perutku perlahan. Memang pedih! Seharian tak makan. Macam mana nak makan kalau tak ada duit? Takkan nak minta dengan Ain? Malu!

    "Masih sakit tak?" Tanya Ain tetap mengusap perutku naik dan turun

     Terasa seperti dimanja pula. Rasa sakit hilang, rasa nak menyakat pula yang datang. Aku sandarkan kepalaku di bahu Ain. Punya wangi bini aku ni. Geram ada berdebar pun ada.

     "Sakit..." rengekku

     Aku rasa nak termuntah dengan gaya aku sendiri. Aku dah macam buang tabiat!

     “Duduk elok sikit. Aku suap kau makan.”
     Perut aku pun dah pedih sangat memang nak minta kena sumbat makanan. Aku betulkan duduk aku dan tunggu disuapkan bubur.

     “Arrkk!” kata Ain sambil membuka mulutnya

    Gayanya betul-betul mencuit hatiku. Berbeza dengan Tamara yang gedik dan buat aku meluat dan sesak nafas. Aku senyum kemudian membuka lebar mulutku. Kalau diberi peluang, aku tak mahu masa ni berhenti. Aku betul-betul rasa Ain pilihan aku yang terbaik. Sudah masanya aku lupakan Anna.

     “Malam ni, ikut aku balik rumah ibu dan ayah aku tau.” Kata Ain

     Malam ni? Bermakna sebentar lagi kami akan checkout? Tanpa malam pertama? Oh! Sedihnya kau kawan. Kataku sambil memandang pantulan wajahku di cermin
  
     "Okay."
     "Tak payah cakap apa-apa. Biar je dorang nak kata apa"
     "Yalah. Kau okay tak ni?"
     "Aku okay. Keluarga kau macam mana? Dah tahu?"

     Aku terdiam bila Ain tanya soal keluarga aku. Takkan aku nak cakap aku kena halau? Tapi aku bukan penipu. Kan dosa tu?

     "Dorang pun bantah jugakah?"
     "Eh! Mana ada. Dorang okay. Mula-mula je tu. Kau jangan risau, esok ku mengandung, huh! Dorang restulah."
     "Otak kau ni bubuh kunyitkah? Asyik fikir tu je!"
     "Normal kut lelaki. Kalau aku tak fikir macam tu, aku ni bukan lelaki. Kau nak, laki kau bukan lelaki? Nak?"
     "Tadi sakit, dah sihatlah ni? Makan sendiri!"

     Ain letakkan mangkuk di tangan aku dan berdiri tapi laju aku tarik tanganya. Jangan ditempah rajuk di hati Ain, oi!

     "Suapkanlah. Aku kena kumpul tenaga nak berdepan family kau malam ni"

     Ain stuck! Akhirnya dia duduk dan suap aku hingga suapan terakhir. Lepas tu aku mandi dan aku perasan baju yang aku pakai bukan baju aku. Sebab aku tak nak bertanya, aku diamkan je. Anggap je hadiah perkahwinan. Dalam dompet aku satu sen haram tak ada! Kad kredit semua aku tinggalkan.

     "Baju kau aku dah letak atas katil, pakai je." Kata Ain
     "Kau belikah?"
     "Tak. Aku rompak! Aku belilah."

     Aku senyum. Ain tak seperti perwatakkan luarnya. Aku suka cara dia. Gaduh-gaduh pun, dia layan aku juga. Lepas kami checkout, Ain terus memandu ke rumahnya. Rumah keluarga Ain jauh lebih besar dari rumah keluarga aku. Dah macam istana aku tengok. Keturunan di rajalah katakan.

     "Jom, masuk!"

     Ain genggam erat tanganku sampai masuk ke dalam rumah. Kami tak ada plan apa-apa untuk berlakon atau seangkatan denganya. Perkahwinan kami tiada kontrak. Apa yang kami buat, semuanya real bukan gimmick.

     "Dah balik, pengantin baru?"

     Suara ibu Ain sangat garang dan menyeramkan. Nasib wajah dia manis macam Ain. Aku tahulah kemanisan Ain dapat dari mertua aku, hihihi!

     Ain terus salam dan cium tangan ibu dan ayahnya. Semua mata tertuju pada aku saat aku menghulur tangan untuk bersalam. Nasib baik tak kena cantas dengan samurai tangan aku. Tak sanggup aku nak jadi kudung. Oh, tuhan! Selamatkan aku!

     Sepanjang berada di sana, aku rasa seperti duduk atas bara api. Terbakar dah macam sate kena panggang. Nasib tak kena halau. Bertambah lagi bila Ain cakap, kami akn tidur dekat rumah tu malam ni.

     "Ain! Adam!"

     Suara garau Tengku Syarif membuat lutut aku bergegar. Rasa seperti dh tak ada tulang pun ada.

     "Ya, ayah."
     "Duduk sekejap. Ayah nak cakap sesuatu."

     Kami berdua pun duduk di ruang tamu bersama keluarga Ain yang lain.

     "Ada apa, ayah?" Tanya Ain
     "Adam, kamu kerja apa?"
     "Photographer, Tengku"
     "Saya nak kamu kerja di syarikat mulai esok."
     "Esok? Tapi kami belum pergi honeymoon pun lagi, Tengku."

     Jawapan aku membuat Ain dan ahli keluarganya melopong. Apa salah dengan kata-kataku? Dengan jelingan tajam Tengku Syarif bersandar dan menarik nafas.

     "Okay, lepas honeymoon, awak kena kerja dengan saya" balas Tengku Syarif
     "Saya nak tangkap gambar apa nanti?"
     "Apa bengap laki kamu ni, Ain?" Sampuk ibu Ain
     "Dah kerja dia photographer. Gambar je lah yang dia tahu." Balas Ain selamba
     "Ayah nak Adam kerja dengan ayah. Kerja apa tu nanti ayah bagitahu. Esok ayah tak nk tengok muka kamu berdua dekat rumah ni selama seminggu. Pergilah honeymoon mana-mana pun." Kata Tengku Syarif

     Ain berdiri terus tarik tangan saya sekali. Ala.. tak sempat nak hirup kopi panas tu. Tinggal saya tengok sendu je kopi atas meja sambil mengekori langkah Ain. Sejk sampai tadi, Ain tak pernah senyum. Tapi lain jadinya bila dah masuk bilik.

     "Yeaaah! Honeymoon!" Jerit Ain sambil menggoncang bahu aku

     Bini aku dah tersampuk jin ifrit agaknya. Aku menggelengkan kepala lalu mengangkat kedua tanganku dan menepuk tangan sambil bernyanyi

     "Ding digiding digidingding"

     Serta merta mati ketawa Ain yang begitu gembira. Aku pula yang gelak sakan sebab lihat muka Ain jadi merah. Marah le tu!

     "Kau ingat aku anak jin? Ingat ni filem Ahmad Albab? Kau tidur kat lantai!"
     "Aku sakit.." balasku dengan muka kesian
     "Habis tu? Kau nak suruh aku tidur di lantai?  Bilik aku, katil aku ni!"
     "Katil king size kut. Badan kau size XS janganlah tamak."
     "Arggh! Kau jangan ikut aku honeymoon!"
     "Habis tu kau nak pergi dengan siapa?"
     "Ahmad Albab!" Balas Ain terus menyusup masuk dalam selimut tebal
     "Ding digiding digidingding!"

     Ain tutup telinganya dengan bantal. Aku terus masuk dalam selimut dan baring sebelah Ain. Selimut tebal Ain tetap tak dapat membuat tubuh ku hangat. Penghawa dingin membuat aku beku dan keras. Aku intai Ain di sebelah aku. Dia tengah main game my talking Tom. Sebab telinga aku jelas dengar bunyi dush dush dush. Habis si Tom kena belasah oleh Ain. Pengsan-pengsan je aku tengok kucing tu kena belasah.

     Aku dah tak tahan sejuk sangat. Aku rapatkan badan aku dengan Ain yang sedang membelakangkan aku dan  tangan aku memeluk kemas tubuh Ain. Ain cuba berpaling dan menolak tapi aku dah sedia tahan tangannya

     "Apa?"
     "Kau peluk aku!"
     "Tengah peluklah ni."
     "Lepas!"
     "Tak nak!"
     "Lepas atau aku jerit?"
     "Jerit atau aku cucuk? Nak?"

     Ain mengecilkan matanya. Aku dapat bayangkan dia tengah tengok aku kecik besar kecik besar je.

     "Aku patahkan tu!" Kata Ain dengan gaya mematahkan di depan muka aku
     "Apa?"
     "Em em" balasnya sambil matanya tengok aku dan tengok bawah

     Aku telan air liur. Seram aku dengar bila dia nak patahkan satu-satunya pewaris tunggal papa aku. Perlahan aku lepaskan pelukan aku pada tubuh Ain dan sisipkan kedua tanganku di celah paha supaya tak terasa terlalu sejuk.

     'Kau tunggu! Esok-esok aku balas!' Kataku dalam hati. Nasib baik hati tak beku, masih boleh berkata-kata hahaha

MATA KE HATIWhere stories live. Discover now