Bab 14
Aku baru sahaja keluar dari kafe yang ada di dalam hotel tempat aku menginap. Kaki aku melangkah menuju lobi kerana aku bosan terus berkurung di bilik. Entah kenapa, mata aku menangkap sosok seseorang sangat menyerupai Adam. Pada awalnya aku mengira itu hanya halusinasi, tapi semakin lama semakin jelas dan aku yakin aku tak salah orang. Aku berlari menuju ke lobi.
"Adam! Adam!"
Adam menoleh dan membuka pintu kereta tapi seseorang menghalangnya dan aku tak dapat melihatnya dengan jelas. Pintu di tutup semula dan teksi tersebut memecut laju keluar dari kawasan hotel.
"Adam, tunggu!"
Aku berlari sepantas mungkin, tapi tetap gagal untuk mengejar teksi tersebut.
"Adam...."
Aku segera masuk ke bilik dan masukkn pakaian aku ke dalam beg. Selepas itu aku menghubungi Sabrina dan beritahu aku akan pulang dan memintanya untuk menjemputku di lapangan terbang. Tapi nasib aku malang kerana sampai sahaja di lapangan terbang, penerbangan terakhir ke Malaysia sudah pun berlepas dan aku terpaksa menunggu penerbangan seterusnya awal pagi esok. Kemudian aku menghubungi Sabrina semula.
"Ina, aku tak jadi balik malam ni. Esok pagi penerbangan aku balik Malaysia" kataku dengan nada lemah
"It's okay. Kau rehatlah dulu." balas Sabrina
"Aku jumpa Adam, Ina." kataku
"What? Jadi dia kat Amsterdam? Selama ni dia sembunyi dekat sana?" tanya Sabrina ingin tahu
"I don't know. Aku tak tahu apa yang jadi sebenarnya pada Adam. Aku yakin dia dah balik Malaysia. Aku kena jumpa keluarga Adam." balasku kerana memang aku tak tahu apa yang berlaku
"Don't think too much. Sampai sini baru fikir, okay?" kata Sabrina sebelum aku memutuskan panggilanAku sudah nekad, sampai Malaysia nanti aku akan jumpa keluarga Adam. Tak kisahlah kena caci maki sekalipun, aku nak suami aku balik!
***
SEJAK kejadian di lobi hotel semalam, Ara asyik mengelamun. Dan peliknya dia tak mahu berenggang walau sesaat dengn aku. Naik rimas aku bila dia asyik berkepit. Kenapa aku rasa, Ara kenal perempuan penunggu taman tu?"Huby nak ke bilik air." kataku pada Ara yang memaut erat lenganku sambil melentokkan kepalanya di bahuku
"Jangan lama sangat. Jangan kunci pintu tau!" pesan Tamara
"Iya sayang. Sekejap je"Aku menggelengkan kepala melihat tingkah Tamara. Keluar dari bilik air, aku lihat Tamara sudah tak ada di sofa. Aku lihat pintu balkoni terbuka. Aku melangkah menuju balkoni. Terdengar suara Tamara sedang bercakap. Mungkin dia sedang bercakap dengan mamanya.
"Macam mana kalau Adam ingat pasal perempuan tu?"
Langkah aku serta merta terhenti bila dengar bait kata Tamara. Apa maksudnya berkata seperti itu? Siapa perempuan yang Tamara maksudkan?
"Ara stress, ma. Kenapa perempuan tu boleh muncul depan kami? You better do something, mama. I love him so much!"
Aku semakin ykin, ada sesuatu yang mereka sembunyikan dari aku. Dan aku akan cari tahu!
***
"SIAPA yang call?" tanya suamikuAku mengeluh panjang. Tamara yang baru sahaja menamatkan panggilan sebentar tadi betul-betul buat aku tertekan. Dia nak kahwin dengan Adam, aku dah tunaikan. Sekarang semua nak aku atur untuk dia!
"Abang tanya ni, siapa yang call?" tanya suamiku lagi
"Siapa lagi? Menantu kitalah!" balasku
"Menantu pilihan awak, sayang." perli suamiku membuat hatiku bertambah panas
"Jangan nak perli saya! Kalau bukan sebab kedudukan abang tu yang saya pertahankan, takkan saya stress melayan menantu awak ni!" kataku
"Dari awal saya tak setuju awak nak si Tamara tu kahwin dengan Adam. Sekarang awak hadaplah seorang." balas suamiku lagi
"Habis tu, abang nak anak kita jadi kuli Tengku Syarif?" kataku
"Memanglah abang tak nak. Tapi dah pilihan Adam. Lagipun saya tengok, Adam tu bahagia je dengan budak Ain tu."
"Adam tak bahagia. Tengok dengan Tamara sekarang. Ini baru dikatakan bahagia." balas ku
"Yalah, macamlah awak tu Adam. Tahu-tahu je awak dia bahagia tak bahagia. Berdebat dengan awak ni takkan menang punya! Baik saya tidur."
YOU ARE READING
MATA KE HATI
RandomSinopsis Ditinggalkan kekasih dihari pernikahannya lari bersama perempuan lain membuatkan Ain Anasha malu. Apalagi saat itu semua tetamu sudah hadir untuk menyaksikan pernikahan mereka. Tanpa berfikir, Ain menghampiri seorang photographer yang sed...