Bab 16
Aku tersenyum bila aku melihat gadis penunggu taman tu membebel depan aku. Entah kenapa, aku senang bila dia bebel dan terus membebel. Tapi bila dia berdiri, dan mengucup tanganku, aku rasa seperti aku dah bertahun kenal dengan dia. Jantung ku bergetar tak berirama. Aku tak pernah merasakan begini saat dekat dengan Tamara. Aku selalu ingin merasakan perasaan begini tapi aku tak dapat rasakannya. Tapi kenapa dengan dia???
"Awak... Kenal saya?"
Gadis penunggu taman tu tersengih sambil menggaru kepalanya bila aku bertanyakan kalau dia mengenaliku.
"Tak, tak kenal." balasnya
"Habis tu, kenapa awak cium tangan saya?"
"Errr... Muka awak nampak tua sangat. Sebab tu saya... Cium tangan awak!" balasnyaApa muka aku nampak tua sangatkah? Aku menyentuh muka sendiri cuba mencari kalau-kalau ada kedutan yang aku tak perasan. Tapi memang tak ada sebab aku masih bergetah kut!
"Saya rasa awak ada masalah mata ni. Kacamata awak mana? Tak pakai?" balasku pula
"Mana awak tahu saya pakai kacamata? Awak dalam diam intai sayakah? Oh! Sebab tu lah awak menang tender ni kan? Sebab awak suka intai orang!!" katanya berseloroh
"Eh, awak ni! Saya menang cara sihat tau. Apa yang jauh sangat imajinasi awak ni?"
"Huh?? Sebab awaklah ni! Duduklah." katanya
"Saya pula yang salah? Dah keras kaki saya baru awak nak pelawa saya duduk?"
"Awak.... Awak datang sini semata-mata nak bergaduh dengan sayakah?" tanyanya sedikit lembutTiba-tiba aku terdiam. Ayat dia seperti biasa aku dengar. Tapi aku tak ingat langsung dimana dan siapa yang cakap macam tu dengan aku.
"Okay, kita mulakan je ya. Saya Adam." kataku memperkenalkan diri
"Ain Anasha binti Tengku Syarif. Awak hafal nama saya tu." balasnya menyebut nama penuhnyaSekali lagi seperti terngiang di telinga ku bila dia sebutkan nama penuhnya. Aku seperti pernah menyebut namanya tapi aku langsung tak ingat. Aku pandang wajahnya dalam. Selepas menandatangani kontrak kerjasama aku terus keluar.
"Adam?"
Seseorang menegurku dan sepertinya mengenali aku. Jelas dia memanggil namaku dengan tepat. Dan dia tak mungkin salah orang.
"Adam, ingatkan awak dah tak nak balik sini" katanya
"Saya......"
"Ayah!"Tak sempat aku bertanya, Ain keluar dan memanggil lelaki tersebut dengan panggilan ayah. Bermakna aku sedang bercakap dengan ayah Ain. Tapi macam mana dia tahu nama aku? Aku tak pernah datang sini pun sebelum ni.
"Encik Adam, awak boleh balik sekarang." kata Ain seolah-olah menghalau aku
Aku angguk tanda hormat kepada ayah Ain dan terus melangkah keluar. Soalan di benakku aku padam kerana sebentar lagi aku harus menemui Tamara sebab aku dah janji untuk makan tengah hari bersama dia hari ni.
***
"Itu Adam, kan?" tanya ayah
Aku menarik tangan ayah masuk ke ruangan kerjaku dan memintanya untuk duduk
"Buat apa dia datang sini? Suka-suka datang suka-suka pergi. Dia nak apa?" tegas ayah
"Ayah, Adam tu sakit. Lepas dia kemalangan hari tu, dia hilang ingatan. Dia tak kenal Ain pun." balasku
"Habis tu, tiba-tiba muncul di sini, buat apa?" tanya ayah lagi
"Dia dapat tender untuk jadi pembekal baru, Ain pun tak tahu mulanya. Be profesional, ayah. Hal peribadi tolak tepi dulu. For me, please." jelasku memujuk hati ayahAyah hanya mengeluh dan kemudian keluar. Aku pula rasa gembira sangat. Aku harap penantian aku selama beberapa bulan ni tak sia-sia. Lepas ni, aku harus cari banyak alasan untuk bertemu Adam. Sambil tu otak aku ligat berfikir.
YOU ARE READING
MATA KE HATI
RandomSinopsis Ditinggalkan kekasih dihari pernikahannya lari bersama perempuan lain membuatkan Ain Anasha malu. Apalagi saat itu semua tetamu sudah hadir untuk menyaksikan pernikahan mereka. Tanpa berfikir, Ain menghampiri seorang photographer yang sed...