part 26

1.5K 124 11
                                    

Part 26

Macam mana Adam boleh cakap macam tu dengan aku? Dia langsung tak kisah pun tentang aku. Aku akan berdepan dengan hukuman berat tapi dia langsung tak ambil kisah. Aku ni tak ada makna dekat dia. Habis tu untuk apa aku korbankan hidup aku demi dia?semua yang aku buat semata-mata demi dia. Tapi langsung tak ada harga depan mata Adam. Sia-sia aku berkorban selama ni. Langsung tak nampak di mata Adam.

"Tamara! Kamu ada pelawat!" kata warden yang menjaga

Aku segera berdiri dan menuju ke pintu sel besi aku. Aku berharapkan berita gembira dari peguam atau dari sesiapa sahaja yang datang melawat aku. Tanganku digari kemudian aku di bawa keluar menuju ruang untuk menemui pelawat. Dari pintu aku melihat papa aku sedang terduduk dengan wajah lesu. Aku malu bertemu dengan papa. Kalau boleh aku tak mahu berjumpa dengannya. Aku dah banyak mengecewakan dia. Aku tak layak jadi anak papa. Aku malu!

"Papa..."

Aku memanggil papaku perlahan. Dia menoleh kemudian terus mendakap tubuhku.  Aku tak mampu berkata-kata saat mendengar esakkan kecil seorang ayah yang sangat kecewa dengan anaknya. Apa yang aku buat selama ni? Aku hanya tahu menbantah dan memberontak jika tak tak dapat apa yang aku mahukan.

"Ara, kamu apa khabar?"
"Sihat papa. Pa, tolong Ara.. Keluarkan Ara dari sini. Ara tak sanggup tinggal dalam sini, pa.." rayuku meminta belas kasihan
"Papa dah cuba sedaya upaya,nak. Tapi ini akibatnya atas apa yang kamu sendiri buat. Papa dah tak boleh tolong apa-apa. Maafkan papa, sayang. Papa tak mampu didik anak papa dengan baik. Semua ni salah papa."
"Papa, papa tak salah apa pun. Selama ni papa tak pernah berhenti beri Ara nasihat. Ara yang salah arah. Ara yang pilih semua ni. Ara memang patut dihukum. Ara minta maaf, papa.." kata ku

Papa kembali merangkul tubuhku dan mengesat pipiku yang lencun dengan airmata penyesalan. Aku menyesal atas segala perbuatanku selama ini. Kini aku sedar, aku tak sepatutnya bermimpi untuk ke bulan bila bumi sudah cukup indah untuk aku hidup bahagia. Aku dah hancurkan kebahagiaan orang lain hingga aku tak sedar aku hancurkan diri aku sendiri.

"Ara, apa pun yang berlaku, papa akan tunggu Ara. Biar pun satu dunia menolak Ara selepas ni. Percayalah, mama dengan papa tetap sayang Ara dunia akhirat. Lepaskanlah Adam."

Aku mengangguk dan memeluk tubuh papa sebelum aku masuk semula ke dalam sel tahanan ku. Aku dah bersedia untuk terima segalanya yang ditakdirkan untuk aku. Kalau ini pengakhirannya,aku akan terima. Beberapa hari kemudian  aku di bawah ke mahkamah untuk dibacakan hukuman di hadapan Hakim. Aku akhirnya dijatuhkan hukuman 15tahun penjara termasuk masa tahanan dengan 6sebatan. Aku hanya mampu untuk tersenyum saat itu. Tiada rayuan atau apa pun yang keluar dari bibirku.

Aku kemudian di bawa ke penjara yang lain untuk menjalani hukuman di sana. Aku akan menghabiskan separuh umurku di dalam kurungan.  Aku akan tinggalkan segalanya di luar sana.

"Ara..."

Aku menghentikan langkah kaki ku saat melihat Adam di depan aku. Aku menatap dalam wajah lelaki yang aku sangat cintai. Lelaki yang tak mampu aku miliki seutuhnya.

"Maafkan aku, Adam. Aku tahu aku tak layak untuk di maafkan. Tapi aku..."
"Aku dah lupakan semuanya.aku datang nak bagitahu yang aku sayangkan kau. Aku tak mahu hidup kau hancur. Aku buat semua ni demi mendidik diri kau. Aku kenal kau dari kecil, Ara. Aku dah anggap kau macam adik aku sendiri. Bina hidup baru yang lebih baik lepas ni." kata Adam kemudian mengucup lembut dahiku

Aku tak tahu kenapa aku rasa sakit sangat. Mungkin kerana hati aku sudah cukup hancur denngan harapan yang terlalu tinggi selama ini. Aku kemudian melangkah tanpa menoleh ke belakang.

***

Perut yang memboyot ku pandang  dan kuusap lembut. Kejadian 9bulan lalu aku terawang kembali dan aku bersyukur sekarang hidup aku cukup bahagia. Nizam dah tak pernah muncul selepas kejadian itu. Aku pun tak berharap dia untuk kembali dalam hidup aku. Bagi aku Adam adalah sosok lelaki yang sempurna. Terasa tubuhku di peluk lalu leher ku di kucup lembut. Aroma tubuh Adam menusuk ke dalam hidungku membuat aku memejamkan mata.

MATA KE HATIWhere stories live. Discover now