Bab 9
Semangat aku hari ni bangun pagi sebab cuti. Ain pula belum bangun lagi. Aku biarkan saja dia berehat. Mungkin dia penat dan ku ke dapur untuk sediakan sarapan pagi. Siap sarapan aku tengok Ain masih lagi tidur dan aku sambung kemaskan rumah.
Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan pintu itu membuat aku berhenti menyapu dan menyandarkan penyapu di dinding dan aku membuka pintu.
“Adam.”
“Mama? Masuk mama. Mana mama tahu Adam tinggal dekat sini?”
Mama masuk dan melihat sekeliling rumah. Pasti dia akan ketawakan aku yang hidup serba kekurangan di sini.
“Berhabuknya rumah. Bini kesayangan Adam mana?”
“Ain tak berapa sihat. Mama dah sarapan? Adam kebetulan ada buat sarapan. Jom, kita sarapan bersama.”
Aku sebenarnya rindu dengan mama aku. Bohonglah kalau aku tak rindu. Selama 32 tahun aku hidup dengan mama. Bukan mudah berjauhan dari mama sendiri.
“Mama tanya, bini kamu mana?”
“Ain masih tidur mama. Dia tak sihat.” Kata ku cuba membela Ain
“Habis tak cukupkah Adam jadi cleaner dekat syarikat bapak dia? Sampai ke rumah pun Adam yang buat semua?”
“Mama please, kalau mama datang nak cakap pasal Ain macam ni, baik mama tak payah datang. Adam baik-baik je.”
Aku tak mahu sampai Ain terdengar apa yang mama katakan. Aku tak mahu mulakan pergaduhan lagi. Baru je berbaik semalam, takkan nak bergaduh lagi hari ni.
“Sampai hati Adam cakap mama macam ni? Salahkah mama bila mama tak sanggup anak mama dibuat macam ni? Salahkah? Adam tak pernah tau hidup susah macam ni.?”
“Adam tak susah manapun mama. Adam masih hidup.”
“Mama nak kamu balik rumah. Tinggalkan perempuan tu Adam!”
“Tak mama! Adam dah pilih Ain. Dan selamanya akan tetap Ain pilihan Adam. Susah atau senang, Adam terima.”
“Adam dengar sini, mama yang mengandungkan Adam tau! Perempuan tu bukan siapa-siapa untuk Adam patuh!”
“Dia isteri Adam.”
Mama mendengus kasar. Aku tahu aku melukai hati mama. Tapi aku tak mungkin akan tinggalkan Ain.permintaan mama memang berat untuk aku tunaikan.
“Kau akan menyesal juga nanti sebab tak dengar cakap mama, Adam. Ingat, mama dengan papa takkan maafkan Adam!”
Lepas sahaja mama bercakap dia terus keluar tinggalkan aku berdiri sendiri . aku tak dapat berfikir saat ini. Apa yang aku tahu, aku tersepit di tengah-tengah.
‘Ceraikan aku! Jangan sebab aku, hubungan kau dengan keluarga kau hancur."
Entah bila lagi Ain berdiri di sana aku pun tak sedar. Yang pasti dia sudah dengar semuanya
"Siapa yang nak kahwin sangat? Nak sangat kahwin dengan akukan? Duduk dalam hati aku sampai tua! Kau ingat senang-senang nak kahwin senang-senang nak cerai?”
“Mama kau takkan restui hubungan kita ni, Adam. Hubungan kita takkan ke mana-mana pun.”
“Diamlah! Mulut kau busuk! Sebab tu cakap benda busuk juga. Pergi mandi, aku dah siapkan sarapan.” Kataku melemparkan tuala pada Ain
Aku tak mahu layan kata-kata Ain tu. Aku tetap akan bersama dia apa pun yang terjadi. Ain mencebik kemudian menjeling aku. Apa dia sangka dia comelkah buat muka macam tu?
“Buruknya muka!”
“Buruk pun bini kau juga!”
Aku senyum bila Ain balas macam tu. Biarlah aku dapat bini gila, asalkan dia takkan tinggalkan aku. Aku dah serik!
MAKIN lama aku rasa aku dah tak ada harapan untuk bersama Adam. Sampai sekarang auntie Mona tak dapat pun pujuk Adam untuk kahwin dengan aku. Malahan dia dan perempuan tu makin rapat.
“Ara, kamu ni kenapa termenung je daripada tadi mama perhatikan”
Bila Puan Sri Aminah sudah bersuara baik aku jawab jujur sebab mama paling pantang bila aku menipu. Biar auntie Mona kena oleh mama!
“Ara rasa, auntie Mona tak dapat tunaikan janji dia jadikan Ara ni isteri Adam.”
“Inikah yang anak mama fikirkan?”
“Ya mama. Ara dah naik bosan dengar janji-janji manis dia.”
“Tak apa, nanti mama bincang dengan auntie Mona, tapi anak mama tak boleh muka masam macam ni. Senyum dulu.” Kata mama lalu aku tersenyum
Bila mama yang masuk campur, bermakna harapan aku untuk bersama Adam akan semakin cerah. Aku bukannya tak laku, tapi sejak dari aku kenal Adam, aku dah sukakan dia. Tapi Anna potong jalan aku. Sekarang perempuan tu pula cantas aku. Aku takkan biarkan macam tu je!
SEMALAMAN Adam tak bercakap dengan aku sebab aku minta cerai. Betul jugalah apa yang Adam cakap, aku yang beria-ia nak sangat kahwin. Sekarang senang-senang je aku nak minta cerai. Ini soal hati katanya.
Aku rasa aku dah semakin sayang dengan Adam. Tapi aku tak pasti sama ada Adam juga rasa seperti aku atau aku hanya bertepuk sebelah tangan. Tapi mama Adam? Bolehkah dia terima aku?
“Ain, ayah panggil.”
Aku pandang abang Arash, entah kenapa lagi ayah nak jumpa aku. Harap-harap bukan kerana hal Adam lagi. Aku dah bosan dengan layanan mereka pada Adam. Aku berdiri dan berjalan ke rungan ayah untuk menemuinya.
“Ayah panggil Ain?”
“Iya. Duduklah.”
Aku duduk di depan ayah sambil melihat ayah sedang meneliti fail. Aku tunggu apa yang ayah mahu katakan. Sementara ayah sedang sibuk dengan fail itu aku menuang air teh yang sudah dingin lalu ku hirup perlahan.
“Ayah nak kamu wakilkan ayah ke melaka untuk seminggu ni.”
“Ayah, abangkan ada. Ain kena tanya Adam dulu tau. Tak boleh terus setuju macam tu saja.”
“Ayah dah tanya, dan dia setuju. Kamu kena wakilkan ayah selama seminggu dan tolong jangan buat hal dekat sana. Ayah tak nak Ain menolak, faham tak?”
“Bagi Ain tanya sendiri dengan Adam. Ain keluar dulu.”
Macam mana ayah boleh buat macam ni dengan kami. Dia tahu kami bermula dengan susah payah. Tindakan ayah ni akan merenggangkan hubungan aku dengan Adam.
Seminggu bukannya lama sangat, tapi takkan nak biarkan Adam seorang? Kalau aku tak pergi, gaji aku pula yang kurang bulan ni. Aku berfikir sampai tak sedar aku sudah berada di depan rumah. aku masuk rumah dan sambung berfikir. adam pulang pun aku dah tak sedar. sedar je hidung aku dicuit oleh Adam.
"Adam, aku nak cakap sikit."
"Apa? rindu?"
"Ihh! Aku seriuslah Adam. ayah minta aku wakilkan dia ke Melaka for a week."
"So?"
"So what? aku nak minta izin dekat kau ni."
"Kalau aku tak izinkan?"
"I must go, Adam."
"Jadi buat apa nak tanya aku kalau jawapan kau tetap pergi?"aku terdiam mendengar jawapan Adam. Nampaknya aku tak boleh pergi. kalau Adam tak izinian, aku tak nak pergi. Adam masuk ke bilik tak lama kemudian dia keluar dan mandi. aku masih duduk dan cuba menghubungi ayah.
"Ayah, Ain tak dapat pergi Melaka. Adam tak izinkan."
"Ayah dah bagitahu, ayah tak nak dengar jawapan dari Ain."Panggilan diputuskan dan aku hanya ternganga. Aku dah tak ada pilihan lain selain pergi dan ingkar arahan Adam. nanti raya aku minta maaflah! lepas mandi aku baring sebelah Adam sambil main telefon. tak lama tangan ADam menyelit dekat tengkuk aku dan tarik kepala aku berbaring di dadanya.
"Bila nak bertolak?"
"Kau izinkankah?"Adam angguk dan belai rambut aku. aku pun happy sebab aku tak perlu nak pujuk Adam atau lebih teruk rasa bersalah pada Adam.
"Tunggu arahan ayah je. thank you, Adam sebab izinkan aku!"
"Jaga diri dekat sana. jangan nak menggatal pula. ingat sikit kau tu bini ku!"
"Amboi, mulut! Tak adanya aku nak menggatal. kau pun, aku tak ada nanti, jangan nak gatal jumpa perempuan tu pula."
"Tak janji. mana tahu dia goda aku kan? aku ni cepat cair tau"
"Kau nakj jadi dudakah?"
"Kau takkan snggup berpisah dengan aku. Mana nak dapat suami romantis macam aku ni? satu dalam sejuta tau!"
"tengok bibir aku! PERASAN!"Adam memerhatikan aku. Aku pula yang rimas bila Adam tengok aku macam tu.
"Kau buat apa?"
"Tengok bibir kaulah!"
"Ihhh!"Aku mencebik dan terus membelakangkan Adam. tak lama tangannya melingkar dekat pinggang aku macam ular sawa sedang melilit mangsanya. aku hanya memejamkan mata dan cuba untuk tidur.
Esoknya aku dapat arahan dari ayah untuk bertolak terus ke Melaka. Aku cuba mencari Adam tapi aku tak melihatnya. Mahu tak mahu, aku terpaksa bertolak tanpa menemui Adam. Sampai di Melaka, aku terus sahaja check in hotel yang suda ayah tempah untuk aku. selepas itu aku terus laksanakan tugas aku di sini. sempat aku mesej Adam bagitahu yang aku sudah sampai.
"Dah sampai Melaka.kau jangan tak makan. Nanti gastrik, aku tak ada kat sana tau nak jaga kau." pesan aku
ting!
"Sayang juga kau dengan laki kau ni kan? kau jangan risau. update selalu dekat aku tau keadaan kau dekat sana."
"Okay. bye!"
"Bye, wife!"eh! mengada betullah Adam ni. aku senyum sambil terus tengok telefon. tiba-tiba aku terlanggar seseorang tanpa sengaja. Entah aku yang salah atau dia yang main terjah saja tak tengok jalan.
"Hey! awak ni butakah? mata letak dekat mana?" tengking wanita itu
Aku cuba mengingati wajah perempuan tu tapi aku tak dapat ingat dengan jelas. tiba-tiba dia senyum sinis melihat aku.
"Wow! Perampas in the house!" katanya sinis
Oh! Aku baru ingat siapa perempuan ni. Dialah perempuan yang bersama Adam hari tu. Ya, aku ingat sekarang.
"Perampas? Let me tell you something. Perampas tu biasanya simpanan tau, bukan isteri. So i think di sini, perampas is you sebab try to goda-goda laki i. L.A.K.I tau! Excuse me!"
Aku hanya dengar dengusannya dan aku puas hati. Walaupun hubungan aku dan Adam tak macam suami isteri malah lebih kepada tom and jerry tapi bagi aku Adam hak aku!
YOU ARE READING
MATA KE HATI
RastgeleSinopsis Ditinggalkan kekasih dihari pernikahannya lari bersama perempuan lain membuatkan Ain Anasha malu. Apalagi saat itu semua tetamu sudah hadir untuk menyaksikan pernikahan mereka. Tanpa berfikir, Ain menghampiri seorang photographer yang sed...