Part 13

1.2K 153 16
                                    

Bab 13

“Can I get your ticket, please?”

Aku hanya tersenyum bila melihat lelaki tersebut. Mungkin aku terlalu rindukan Adam. Aku tak tahu kenapa aku masih tegar menanti Adam?

Aku memberikan tiketku kemudian aku duduk sambil menikmati pemandangan sepanjang jalan. Aku berharap, aku dapat lupakan Adam, sama seperti dia dah lupakan aku. Sepanjang aku bercuti di sini, aku harap, semangat yang telah hilang akan kembali seperti dulu.

LANGKAH kaki ku laju meninggalkan pusat beli belah itu bila Adam mengadu sakit kepala. Aku boleh lihat wajah merahnya seperti merasakan kesakitan Adam. Aku segera mengambil panadol dan segelas air lalu aku berikan kepada Adam.

“Are you okay?” kataku
“Much better sayang. Sayang rehatlah. Saya mungkin penat seharian berjalan.”
“I’m okay. You don’t worry. Nak baring tak?” tanyaku kepada Adam
“No, I’m fine, Ain.” Kata Adam buat aku ternganga

Kenapa dia boleh tersebut nama Ain?? Dalam banyak orang yang patut dia ingat,kenapa mesti Ain?

“Ain? Siapa Ain?” tanya ku cuba mendunga sesuatu yang bermain di kepalanya saat itu
“Ain? I don’t know.  Sayang can you please leave me alone? Saya rasa nak rehat.” Kata Adam
“Okay. If you say so, saya dekat ruang tamu kalau awak nak apa-apa.”

Aku melangkah keluar dari bilik. Sikap dan perubahan Adam hari ni membuat aku takut, kalaulah dia ingat sesuatu, matilah aku.aku kena mengandung sebelum dia ingat tentang Ain.

AIN? Siapa Ain? Kenapa aku rasa ada sesuatu yang tak beres? Apa yang berlaku sebenarnya? Aku sihat dan bukan sedang berhalusinasi tentang sosok seorang wanita yang aku sendiri tak pernah kenal sebelum ini.

Apa yang dah berlaku pada kau Adam? Aku bertanya pada diri sendiri. Aku melihat Tamara keluar dari bilik dan aku tahu aku dah menyakiti perasaannya kerana tersalah sebut namanya.

Aku tertanya kenapa Tamara bawa aku pergi sejauh ini? Sedangkan aku boleh je buat rawatan di Malaysia. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan dari aku. Atau aku yang terlalu banyak berfikir.

Keesokkannya, aku keluar awal tanpa disedari oleh Tamara. Kerana dia tak pernah biarkan aku bersendirian. Sentiasa ada dekat aku dan itu buat aku rimas. Aku memakai hoodie dan face mask untuk mengelakkan hawa sejuk menusuk hidungku.

Langkahku terasa bebas dan aku hanya berjalan ke mana sahaja kaki aku melangkah. Matahari jingga yang kian naik terlihat sangat indah pagi itu. Aku duduk dan menikmati pemandangan matahari terbit.

Saat itu, mataku menangkap tubuh seorang wanita yang sedang berkhayal tidak jauh dari bangku yang aku duduki. Kedua lututnya menjadi tempat dahinya berpaut. Mataku tak lari dari memandangnya. Aku terpaku meski aku tak mengenalinya.

“Ehem! Are you alone? Hi!” tegurku ketika dia mengangkat wajahnya melihat aku

Seketika aku terpana dan dia juga terdiam memerhatikan aku. Tak lama kemudian wanita itu berdiri dan pergi dari sana. Aku hanya mengangkat bahu.

“Agaknya orang Malaysia bila dekat luar negara akan jadi sombong.  Tapi kenapa aku macam kenal dengan dia?”

Malas berfikir panjang, akhirnya aku terus kembali ke hotel. Sampai sahaja, Tamara terus sembur aku dengan bebvelan panjang.

“huby ke mana? Kenapa keluar tak bagitahu? Tahu tak saya risau?” kata Tamara
“Huby ambil angin je dekat luar. Lagipun huby bukan budak kecil lagi. Tahulah nak jaga diri.” Balasku
“Yes you are! Tapi huby kan sakit. Kalau ada apa-apa dekat luar sana macam mana?”
“Dahlah, janganlah membebel. Huby dah balikkan?”

Tamara diam dan terus baring semula di katil. Aku mandi dan segarkan diri. Wanita tadi seperti melekat di fikiranku.

SEMINGGU di Amsterdam, tak ada apa yang aku lakukan selain mengenang Adam. Mungkin aku takkan pernah dapat lupakan Adam. Aku memejamkan mataku beberapa minit. Kepala aku sandarkan pada sebatang pokok.

“Hi! Are you Malaysian?” tegur seorang lelaki yang setiap pagi aku temui di sini
“Awak nak apa?” kataku berbahasa melayu
“Kan! Saya dah agak awak melayu.” Katanya lagi
“saya tak ada cakap pun saya ni cina atau india, jauh sekali arabian.”
“Hahaha! Eh, saya Adam. Awak?”

Adam? Betulkah lelaki berhoodie ni bernama Adam atau aku salah dengar.

“Sorry aku tak berminat nak berkenalan.”

Aku terus sahaja pergi tanpa berkenalan dengannya. Nak berkenalan pun takkan nak pakai facemask tu? Tapi aku tak nafikan, suaranya buat jantung aku bergetar. Aku menoleh dan melihat dia melambaikan tangan. Aku menjelirkan lidahku sebelum  aku meneruskan perjalanan ke hotel. Dia ketawa besar bila aku buat macam tu. Kenapa aku rasa seperti Adam sedang mentertawakan aku?


ADAM semakin pelik sejak kebelakangan ini. Aku sendiri tak tahu apa yang dia buat selalu keluar awal pagi saat aku sedang lena tidur. Apa yang dia buat di luar sana?

“Jangan terlalu fikirkan pasal tu, Ara. Nanti kamu stress macam mana nak mengandung kalau kamu stress? Mungkin dia Cuma ambil angin dekat luar tu. Jangan terlalu kongkong dia. Sekarang yang penting, kamu harus mengandung.” Kata mama aku
“Ara bukannya nak kongkong. Tapi pelik dengan sikap Adam yang tiba-tiba dingin. Cakap pasal hamil, sampai sekarang pun, Adam tak sentuh Ara lagi. Macam mana nak mengandung?” kata ku
“Ara, godalah sikit laki kamu tu. Takkan mama nak ajar lagi.” Jelas mama
“Nak goda macam mana? Tahu tak, Adam tu memanglah sayangkan Ara ni tapi bila Ara dah nak goda, ada saja alasan dia.”
“Tak apa. Tunggu masa sesuai. Panjangkan lagi cuti dekat sana. Hari tu, tak sempat honeymoon kan?”

Nampaknya aku terpaksa pujuk Adam untuk lebih lama di sini. Harap-harap dia mahulah. Puas berfikir, buat perut aku lapar. Aku turun ke bawah niat nak pergi sarapan pagi. Adam pun tak ada dalam bilik, keluar sahaja dari lif, aku bertembung dengan seseorang yng tak sepatutnya ada di sini. Tapi dia tak melihat aku dan aku bernasib baik kali ini.

            Aku bergegas jalan takut Ain perasan kehadiran aku di situ. Macam manalah perempuan tu boleh ada di sini? Banyak kut tempat dia boleh lawat, kenapa Amsterdam?

            “Aku tak boleh berlama dekat sini. Aku kena bawa Adam balik Malaysia.”

Perut aku yang lapar tiba-tiba kenyang kerana melihat Ain. Dia mungkin takkan cam muka aku, tapi Adam? Aku tak mahu ambil risiko. Aku naik semula ke atas bila aku rasa keadaan sudah sedikit aman. Aku harap ini kali terakhir aku melihat Ain.

             Adam masuk setelah beberapa minit aku sampai di bilik. Aku sudahpun siap berkemas. Apa pun terjadi, aku harus bawa Adam balik

           “Sayang? Berkemas-kemas nak ke mana?” tanya Adam
           “Balik Malaysia. Huby pun bersiaplah. Saya dah book ticket.” Kataku berlagak tenang
           Aku tak tahu apa reaksi Adam kalau terjumpa Ain di sini. Aku takut!
            “Balik? Saya tak puas lagi dekat sini. Lagi pun cuti kita ada lagi seminggukan? Kenapa tiba-tiba nak balik?”

            Aku dah mati akal saat ini. Otak aku tak dapat berfikir dan satu-satu idea yang muncul adalah kami harus balik sebab mama tak sihat. That’s all!

            “Mama tak sihat. Kita kena balik malam ni.”
            “Teruk sangatkah sakit mama tu?” tanya Adam lagi
            “Teruk atau tak, kita kena balik. Next time kita datang lagi. Okay huby? Please, bersiap cepat sikit.”

            Adam kemudian angguk lalu masuk ke bilik air. Nasib baik dia akur juga untuk ikut aku pulang ke Malaysia. Aku menarik nafas lega. Siapa sahaja, aku terus bawa Adam check out. Ya aku kelihatan sangat risau. Bagi Adam aku risaukan mama aku, tapi bagi aku, aku risau kalau Ain tahu Adam ada di sini.

            “Sayang, huby ke toilet sekejap.” Kata Adam
            “Boleh tunggu sampai airport tak, by?”
            “Tak boleh tahan dah. Sekejap je. Tunggu sini!” balas Adam

            Selagi tak keluar dari hotel ni, selagi tu aku takkan tenang. Aku tarik bagasi kami berdua dan ikut langkah Adam ke tandas. Aku berdiri depan tandas sambil bermain dengan jariku sendiri. Lepas dari tandas, aku terus menarik Adam agar berjalan lebih cepat sampai di lobi.

            Teksi sudah sedia menunggu di depan lobi, Adam memasukkan bagasi ke dalam teksi sementara aku masih berdiri menunggu Adam membukakan pintu untukku.

            Adam membukakn aku pintu, lalu aku masuk ke dalam teksi dan Adam juga masuk selepas aku. Jemarinya aku genggam erat. Aku baru ingin bernafas lega tiba-tiba seseorang menjerit memanggil Adam.

            “Adam! Adam!”

            Ain sedang melambai ke arah kami. Adam membuka pintu dan ingin turun, tapi pantas aku tarik tangan Adam dan tutup semula pintu teksi.

            “Driver, go!” kataku
            “Sayang, sekejap!”
            “Adam, perempuan tu bukan sesiapa pun. Tak payah pedulikan. Ingt tau, saya ni isteri Adam!”
            “But I know her!”
            “What? You know her?”

            Jantung aku hampir pecah! Kalau Adam kenal Ain, bermakna hubungan aku dengan Adam takkan lama bertahan. Apa aku nak buat sekarang? Adam tak boleh tinggalkan aku. Aku isteri dia!

MATA KE HATIWhere stories live. Discover now