Akhir
Entah kenapa fikiranku asyik teringatkan Ain di rumah. Kalau boleh, aku nak cepat balik tapi aku terpaksa siapkan kerja yang perlu aku siapkan sebelum Ain bersalin.
"Tak apalah, siap kerja aku boleh terus bercuti untuk temankan Ain." fikirku sambil tekun membuat kerja
Aku menyiapkan kerja hingga tak sedar hari sudah gelap. Sudah hampir pukul 8malam. Nasib baik kerja aku siap awal. Aku terus bereskan barang-barang di atas meja dan bersiap untuk pulang. Sempat aku mengerling ke arah telefon ku. Seharian aku tak whatsapp Ain. Aku terus mencapai telefonku dan membuka kekunci skrin.
Aku melihat ada beberapa panggilan dari mama. Entah kenapa dia menghubungi aku. Aku lihat icon mesej ada satu pesanan belum di baca. Aku terus klik icon mesej dan ada pesanan dari mama.
'Adam, mama ada urusan penting. Mama tinggalkan Ain dekat rumah. Mama call dia tak jawab. Mungkin dia tengah tidur. Balik awal sikit.' bunyi pesanan ringkas mama
Aku bergegas pulang kerana risaukan keadaan Ain di rumah. Aku memecut laju keretaku dan tak sampai beberapa minit, aku pun sampai di rumah. Aku melihat keadaan rumah yang gelap. Mungkin Ain dah tidur. Aku membuka pintu dan menyalakan lampu. Alangkah terkejutnya aku bila melihat darah berserakanatas lantai dengan tubuh Ain yang tersadai atas lantai tak sedarkan diri.
“Ain!! Sayang, kenapa ni? Jangan takutkan saya, Please! Sayang, bangun!”
Ain langsung tak respon aku masa tu. Aku tak dapat fikir apa-apa masa tu. Aku terus angkat tubuh Ain dan bawa dia ke hospital terdekat. Mata aku sesekali memandang Ain di tempat duduk belakang. Sampai sahaja hospital, aku terus mencempung tubuh Ain masuk ke dalam dan para petugas mula merawat Ain. Tubuhku di tolak keluar kerana aku berada di zon larangan saat itu. Aku meraup wajah beberapa kali. Kalau ada apa-apa yang jadi dekat anak isteri aku, aku takkan maafkan diri aku sendiri. Aku terlalu pentingkan kerja hingga aku terlupa Ain perlukan aku.
“Adam, Ain macam mana?” tanya ibu Ain
“Belum tahu lagi, ibu. Doktor tak keluar lagi.” Balasku lemah
“Sabar, Dam. inshaAllah semuanya baik-baik je. Banyakkan berdoa. Ain perlukan kamu saat ni. Jangan jadi lemah.” Kata ayah Ain pula
“Saya takkan maafkan diri saya, ayah. Semua ni salah saya.”
“Kamu tak salah apa-apa, Adam. Ini takdir. Jalani saja apayang Allah dah atur untuk kita. Ini adalah yang terbaik. Ada hikmah apa yang berlaku, percayalah.”
Barulah aku merasa sedikit bersemangat bila ayah mertua ku menasihati ku tanpa menyalahkan aku walau sedikit pun. Hampir satu jam Ain di bilik rawatan, sebelum doktor memutuskan untuk membedah Ain kerana dia dalam keadaan kritikal dan kekurangan banyak darah. Aku hanya mampu bersabar dan berdoa. Semoga Allah menyelamatkan nyawa Ain dan juga anak kami.
Suara azan subuh mengejutkan aku yang sedang berkhayal. Ibu dan ayah Ain sudah ku suruh pulang kerana aku melihat mereka juga keletihan. Ku lihat lampu bilik pembedahan masih lagi menyala. Dengan langkah longlai, aku berjalan menuju surau yang berada di hospital itu. Aku basahkan wajahku dengan wudhuk dan mula menunaikan solat subuh.
Airmata ku basahkan sejadah. Tanganku angkat tinggi dengan harapan yang menggunung semoga Allah dengarkan rintihanku. Hanya pada Allah sahaja harapan aku sandarkan. Keluar dari surau aku kembali ke ruang menunggu dan aku lihat katil Ain sudah berada di luar.
Saat itu hanya Allah yang tahu betapa aku bersyukur kerana Allah mendengarkan doaku. Aku mendekati mereka dan mendengar tangisan zuriatku memecah kesunyian kala itu.
“Encik Adam, boleh azankan anak encik sekarang.” Kata jururawat itu
“Anak lelaki atau perempuan?”
“Lelaki encik.”
Aku mendukung tubuh si kecil yang masih menangis dan tiba-tiba dia berdiam sambil lidahnya membasahi bibir merahnya yang sangat comel.
“Anak ayah lapar ya? Tunggu umi bangun susukan anak ayah, ya.”pujukku sambil bibirku mengucup pipi anakku
Selepas aku mengazankan anak aku, mereka pun di bawa ke wad untuk berEhat. Aku membuatkan susu formula untuk si kecil yang masih meragam kerana lapar dan haus. Ain masih belum sedarkan diri mungkin kerana pengaruh ubat bius semasa pembedahan tadi. Tak sedar aku terlena bersama si kecil yang sudah kenyang.
Sehari berlalu tak terasa bila aku asyik melayan anak kecilku yang sangat mencuit hati. Langsung tak Cerewet yang penting perutnya kenyang. Aku memandang Ain yang masih terbaring dengan wajah yang pucat. Jemarinya ku genggam lalu ku kucup lembut.
“Terima kasih, sayang. Terima kasih untuk hadiah yang tak ternilai ni.” Bisikku ditelinga Ain
“Encik Adam, puan Ain dah sedar?”tanya jururawat
“Belum lagi.” Balasku pendek
Dia melihat jam di tangannya kemudian melihat fail rawatan Ain di atas meja. Dia kemudian berjalan ke kaunter dan menemui doktor yang bertugas di sana dan kembali semula ke katil Ain dengan doktor tersebut.
Aku memberi ruang kepada mereka untuk memeriksa Ain. Wajah doktoer tersebut kelihatan agak serius sambil memeriksa nadi Ain dan juga pernafasan Ain.
“Doktor, ada apa yang tak kenadengan isteri saya?”tanyaku bila doktor tersebut mendekati aku
“Nadinya normal. Sepatutnya isteri encik, dah sedar. Rasanya kesan ubat dah hilang sejak semalam. Kita kena tunggu sampai isteri encik sedarkan diri. Baru saya dapat bagi keputusan keadaan isteri encik. Mungkin tubuhnya terlalu penat.” Kata doktor tersebut
“Terima kasih, doktor.”
Hari ke tiga setelah Ain bersalin,tapi dia langsung tak sedarkan diri. Doktor sendiri tak dapat bagi jawapan sebab Ain jadi begitu. Ini adalah kes yang sangat jarang berlaku. Doktor pakar sangat di perlukan saat ini. Apa lagi ujian yang Allah beri dalam hubungan kami? Aku memandang wajah Aqash yang tertidur pulas. Sejak lahir, dia langsung tak merasa sentuhan ibunya.
“Ya Allah, andai ini adalah balasan dosaku terhadapTamara, kau ampunkanlah aku. Timpakanlah sakit dan siksa mu pada aku, Ya Allah. Bukan anak isteriku.”
Aqash sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Aku terpaksa serahkan Aqash pada neneknya untuk di jaga sementara aku menjaga Ain di hospital. Syukurlah ibu setuju untuk menjaga Aqash. Selepas seminggu barulah doktor pakar buat ujian ke atas Ain dan jawapan yang aku terima sangat menyakitkan.
“Isteri encik mengalami koma. Saya tak dapat pastikan sebabnya,mungkin kerana terlalu lama terbiar sebelum encik bawa dia ke hospital hari tu atau mungkin ada sebab lain yang kita tak tahu.”kata doktor
“Bila isteri saya akan sedar,doktor.”
“Saya tak ada jawapannya. Mungkin esok, mungkin juga setahun lagi. Atau mungkin dia takkan sedar. Hanya Allah yang ada jawapannya.”
“Tak ada rawatan terbaik untuk isteri sayakah, doktor?”
“Buat masa ni, saya hanya mampu beri rawatan dan rawatan terbaik untuk isteri kamu adalah diri kamu sendiri. Dia dengar apa yang awak cakap,dia akan rasa apa yang berlaku di sekelilingnya. Cuma dia tak mampu untuk bergerak atau bercakap. Beri isteri kamu semangat. All the best!” kata doktor tersebut menepuk bahuku
Semuanya berlaku sekelip mata. Walau berat aku harus terima. Inilah saatnya aku harus tunjukkan cinta aku yang sebenar. Aku anggap ini hanya ujian untuk aku yang bila-bila masa sahaja aku akan terima hadiah atas kemenanganku. Aku takkan tinggalkan Aindalam keadaan seperti ini. Ain adalah kesayanganku dan aku akan mencintainya dalam apa jua keadaan. Hidup mahu pun mati. Kerana aku menyayanginya bukan hanya dari mata, tapi juga dari Hati.
BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN
Adam kelihatan sangat sibuk menghadiri seminar. Dia kelihatan segak dan bergaya walau usia sudah semakin meningkat. Selepas seminar itu habis,Adam terus ke meja makan sebelum dia beralih ke meja ayah mertuanya yang saat itu sedang melayan beberapa rakan niaga mereka.
“Ayah, Adam nak balik awal ni. Dah janji dengan Ain.”kata Adam
“Tak habis lagi ni. Adam dah makan?”
“Tak apa, ayah kan ada. Adam dah makan tadi. Lepas ni nak singgah rumah ayah kejap ambil Aqash.”
“Yalah.hati-hati memandu.”
Tengku Syarif hanya menggelengkan kepalanya melihat anak menantunya itu. Dia memandang Dato’ Khair yang menepuk bahunya. Kadang-kadang dia terasa malu untuk berdepan dengan besannya itu. Terasa anak gadisnya menyusahkan anak teruna Dato’Khair.
“Aku malu dengan kau, Khair. Kalau kau ada calon untuk Adam tu, kau kahwinkanlah. Aku kesian dengan Adam. Sampai bila dia nak tunggu Ain tu. Entah sedarkah tidak anak aku tu. Ikutkan aku, dah lama aku tamatkan saja siksaan Ain tu.”
“Itu urusan anak-anak kita. Allah rencanakan sesuatu yang baik untuk kita semua. Aku dengan Mona tak kisah pun pasal ni. Adam tu tahu apa yang dia buat.”
“Semoga penantian Adam akan indah pada waktunya.”
AQASH berlari apabila melihat ayahnya di depan pintu. Selepas meminta izin untuk pulang mereka pun terus pulang ke rumah di mana Ain sedang menunggu kepulangan mereka. Aqash kini sudah berusia 9tahun.sudah 9tahu Aqash tak merasa sentuhan ibunya. Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya perasaan seseorangyang ingin menyentuh tapi tak mampu berbuat apa-apa.
Ain mendengar keriuhan dari ruangtamu. Dalam diam dia mengukir senyuman apalagi saat dia merasa kucupan dari suami dan anak tercinta. Ingin saja dia membalas dengan pelukan mesra. Apakan daya, Ainhanya mampu berdiam.
“Sayang, hari ni macam mana? Ada perubahan tak?”
‘Aku baik-baik saja,Adam.’
“Umi, Aqash dapat anugerah hari ni. Sayangnya umi tak dapat tengok. Tapi Aqash dengan nenek ada tangkap gambar. Umi cepatlah bangun. Aqash rindukan umi. Semua kawan-kawan Aqash ada mama diaorang peluk. Aqash pun nak juga macam diaorang…”
Tanpa sedar Ain menitiskan airmata. Adam menarik tangan Aqash lalu mengesat airmata Ain menggunakan tangan Aqash.
“Aqash,umi tak dapat peluk. Tapi Aqash kan boleh peluk umi? Peluk umi tiap hari supaya umi cepat bangun. Aqash sayang umi, kan?”
“Sayang sangat,ayah.” Balas Aqash mengucup pipi Ain lalu memeluknya erat
‘Umi sayang anak , Umi. Maafkan umi, sayang. Adam, maafkan aku. Aku tak mampu membahagiakan kamu. Saat-saat aku sepatutnya ada dengan kamu, tapi aku hanya menjadi beban pada kamu. Lepaskan aku, adam. Cari kebahagiaan mu bersama wanita lain.’
Ya Allah! Sakitnya perasaan Ain saat itu. Hidup tapi terasa mati. Itulah yang Ain rasakan. Entah sampai bila dia akan terus seperti itu? Mungkin sampai bila-bila pun dia akan kekal seperti itu.
Seperti biasa rutin Adam setiap hari kerja dan balik ke rumah menghabiskan masanya bersama anak isterinya. Tak ada sehari berlalu tanpa dia memikirkan Ain. Sembilan tahun Adam tak pernah bosan melayan Ain. Tak pernah berkurang rasa cintanya malah semakin cinta setiap kali dia melihat kesan parut di perut Ain.
“Takkan pernah ada wanita yang akan menggantikan awak dalam hidup saya, Ain. Apa yang saya korbankan, takkan sebanding dengan pengorbanan yang awak buat untuk saya dan anak kita.”
Kata-kata keramat yang Adam akan bisik ke telinga Ain setiap malam sebelum tidur. Kata-kata yang Ain akan tunggu setiap malam. Betapa dia bertuah memiliki Adam sebagai suami.
‘Aku mahu katakan yang aku sangat mencintai kau, Adam. Tapi aku tak mampu ungkapkan dengan kata-kata. Aku hanya berharap kau tahu.’
Adam menggenggam jemari Ain lalu di letakkan ke dadanya. Ain dapat merasakan degupan jantung Adam saat itu. Degupan yang sama seperti 9tahun yang lalu.
Dup.. Dap.. Dup.. Dap..
“Degupan jantung aku masih sama seperti dulu, sayang. Jangan pernah takut kehilangan aku. Tak perlu ungkapkan cinta, kerana cinta berbicara dari hati, sayang.”
TAMAT
YOU ARE READING
MATA KE HATI
RandomSinopsis Ditinggalkan kekasih dihari pernikahannya lari bersama perempuan lain membuatkan Ain Anasha malu. Apalagi saat itu semua tetamu sudah hadir untuk menyaksikan pernikahan mereka. Tanpa berfikir, Ain menghampiri seorang photographer yang sed...