part 24

1.5K 154 23
                                    

Part 24

"Sayang, minum susu."

Aku duduk bila nampak Adam hulurkan segelas susu untuk aku minum sebelum tidur. Nampak muka lesu Adam malam ni buat aku hairan. Selalunya Adam ceria. Kenapa malam ni nampak kuyu sangat? Aku teguk sedikit air susu kemudian aku letakkan di atas meja dan duduk menyandar di birai katil.

"Yang... Kenapa nampak lemah sangat ni? Ada masalahkah?"
"Rasa tak sedap badanlah, Yang... Kepala berdenyut. Sejak siang tadi saya asyik muntah je. Ayah cakap ni pembawaan budak dalam perut." balas Adam

Lepas dengar apa yang Adam cakap baru aku sedar yang sejak berapa hari ni, aku langsung tak ada loya atau muntah-muntah. Aku lebih cergas dan tak cerewet nak makan apa-apa macam mula-mula tahu aku mengandung. Tiba-tiba aku tersengih bila tahu Adam yang terkena semua alahan masa aku mengandung.

Adam tiba-tiba menekup mulutnya menggunakan tangannya dan berlari masuk ke bilik air. Dari luar aku dapat dengar suara Adam memuntahkan isi perutnya. Aku pun berdiri dan menyapukan minyak angin ke belakang tengkuk Adam. Kesian pula aku tengok suami aku ni.

"Dah okay?"

Adam angguk kepalanya. Cairan jernih bertakung di tubir matanya menandakan Adam sedang merasakan perit saat muntah tadi. Aku memimpin tangan Adam baring di katil. Peluh yang jatuh aku kesat perlahan dan membiarkan Adam lelap seketika.

Adam mula berdengkur halus saat aku duduk di sebelahnya. Allah tu maha adil. Dia kurniakan aku suami dan menghadiahkan kami cahaya mata. Aku memandang Adam. Semoga nikmat alahan yang Allah beri pada dia dapat memberinya pengalaman yang terindah. Aku mencapai telefon lalu menghubungi ayahku.

"Assalamualaikum, ayah."
"Waalaikumsalam. Kenapa call malam-malam macam ni? Ain, okay tak ni?" tanya ayah
"Ain okay, ayah. Adam je yang tak sihat ni. Ain nak tanya, esok Adam ada apa-apa temujanji atau mesyuarat penting tak?"
"Ada. Kenapa?"
"Rasanya, Adam tak boleh masuk office esok, ayah. Biar Ain yang gantikan Adam."
"Okay kalau macam tu. Jangan tak datang pula. Mesyuarat tu penting. Dah Ain pergi rehat. Ayah pun nak tidur dah ni."

Lepas cakap dengan ayah, aku terus baring dan lelapkan mata. Esok aku akan masuk office memandangkan Adam tak sihat. Awal pagi aku dah bangun siapkan makanan untuk Adam sebelum aku keluar untuk menggantikan Adam.

***

Dah lama rasanya Tamara tak datang jumpa aku. Biasanya ada saja muka dia datang nak ini itu. Mungkin dah move on. Baguslah kalau dia dah terima kenyataan. Sekarang ni macam mana aku nak bercakap dengan Adam pula? Dia nakkah maafkan apa yang aku dan Tamara buat dengan dia masa dia hilang ingatan. Aku tak patut buat anak aku macam tu semata-mata nak puaskan hati aku. Aku langsung tak fikir kebahagiaan Adam.  Sebabkan semua ni, hubungan aku denan suami dan anak aku berantakan. Sekarang aku sedar, harta takkan mampu beli kebahagiaan. Perlahan aku mengeluh.

"Abang dah balik?"

Aku berjalan menghampiri suami aku dan menyambut beg dari tangannya.  Perlahan dia melabuhkan punggungnya di sofa dan memandang aku.

"Kenapa abang pandang saya macam tu?"
"Tahu tak, kita bakal jadi atuk dan nenek?" kata suamiku dengan wajah yang ceria

Baru hari ini dia tersenyum memandangku. Dan dia menyampaikan berita gembira buat aku. Aku teruja bila mendengar ceritanya lalu berpindah duduk di sebelahnya.

"Betulkah apa yang abang cakap ni?"
"Iya, siang tadi abang jumpa Tengku Syarif. Katanya Ain dah mengandung. Abang punyalah happy sampai tak sabar nak balik rumah."
"Alhamdulillah. Patutlah abang balik awal. Kalau macam tu, kita kena jumpa anak dan menantu kita, abang. Saya nak minta maaf apa yang saya dah buat. Saya dah menyesal abang."
"Syukurlah kalau awak dah sedar. Memang inilah yang saya harapkan. Kita tak boleh pentingkan diri kita sendiri. Saya sayang awak. Saya sayang anak, menantu dan juga bakal cucu kita."
"Maafkan saya, abang."
"Dah. Saya dah lama maafkan awak. Cuma nak bagi awak sedar je."

Aku dah cukup sedar sekarang. Aku kena betulkan semuanya sebelum terlambat. Aku akan jumpa Tamara dan minta maaf dengan dia. Aku tak patut bagi dia harapan sebelum ni. Kalau bukan sebab aku yang bagi idea, semua ni takkan terjadi. Tamara pun takkan sesakit ini.

MATA KE HATIWhere stories live. Discover now