Bab 11
Tak sia-sia aku sampai di sini. Apalagi bila aku lihat bagaimana pertengkaran Adam dengan perempuan tu tadi. Nasib kau memang malangkan, perempuan. Dulu ditinggalkan tunang, sekarang bakal ditinggalkan suami. Hahaha this is what I want!
“Adam, kau memang ditakdirkan untuk aku!”
Aku dah cakap, aku takkan lepaskan kau semudah tu. Sekali aku suka, kau harus jadi milik aku. Sengaja aku hantar gambar Ain dengan lelaki tu pada Adam. Tak sangka yang Adam akan datang ke sini.
RAMBUT kubiarkan terurai. Aku memandang jam ditanganku. Sudah hampir tengah malam. Di manalah Adam bermalam. Tapi bila ingat balik kata-kata Adam tadi, sakit juga hati aku. Takkan semudah itu dia percaya Nizam?
Ting tong!
Pasti Nizam yang datang! Ku tutup telinga aku. Malas mahu dengar ayat dustanya. Sekali dia berdusta, sampai mati aku takkanh percaya.
“Ain…”
Kejap! Suara Adam! Aku bingkas duduk dan menunggu dia bersuara sekali lagi.
“Ain… it’s me, Adam!”
Kan aku dah kata, Adam. Aku berdiri dan berlari ke arah pintu, tak semena-mena, kakiku tersandung hujung karpet dan…
Buk!!
“Ain! Bunyi apa tu? Kau dengan siapa dekat dalam tu? Buka pintu ni, Ain!”
Dah punggung aku sakit, Adam lagi menyakitkan hati. Aduh! Punya sakit! Aku berdiri terus buka pintu dengan muka menahan sakit. Terbuka saja pintu, Adam terus meluru masuk dan memeriksa setiap sudut bilik.
“Apa? Kau nak tuduh aku bawa jantankah pula?”
“Habis tu, tadi bunyi apa?”
“Aku jatuh!” balasku menjeling Adam
“Jatuh? Sedap?”
“Kau buat apa datang sini? Tadi bukan main lagi laju kau jalan tinggalkan aku.”
“Aku lupa…”
“Apa?”
“Lupa makanan aku tinggal.”
Makanan? Sebab makanan dia sanggup datang balik ke sini? Ingatkan nak pujuk aku! Sakitnya hati! Dia ni memang tak ada hatikah? Dah jelas-jelas dia salah, msih tak nak pujuk aku.
Adam duduk di katil sambil menikmati makanan yang sudahpun sejuk. Aku hanya memerhatikan Adam. Dia dah tak marahkah? Sebenarnya aku pun salah juga, tapi tak patutlah dia cakap aku macam tadi.
“Kenapa pandang aku macam tu?”
“Kau tak nak pujuk akukah?”
“Aku pula kena pujuk kau? Kau yang patut pujuk aku tau! Aku terkecil hati ni sebab ada lelaki lain yang jaga kau dekat sini. Ikutkan hati aku tak nak balik sini dah, tapi sebab aku tak ada duit tambang terpaksa aku datang sini.”
“What? Adam, kau memang menyakitkan hati!”
“Tengok bibir aku, ada aku kisah?”
Aku berdiri dan hempas tubuhku ke tilam. Adam pula tak beri apa-apa respon walaupun rajuk aku semakin tebal.
“Kata romantis, ayat manis, tapi pujuk bini tak pandai! Pondan!”
“Kau cakap apa? Kau ulang lagi sekali!”
“Pondan!”
Adam dengan pantas naik atas badan aku dan tahan kedua tanganku hingga aku tak dapat melawan. Tubuhku kini berada di antara kedua kaki Adam.
“Kau rasa, kalau aku tanam benih malam ni, bulan depan tumbuh tak?”
Mataku membulat bila Adam cakap macam tu. Tanam benih, bermaksud dia nak ehem ehem kan aku! Ain, kau memang menempah bala, siap sedialah kenyang 9bulan!
Tengah aku mengelamun, terasa tanganku di lepaskan dan Adam baring di sebelahku. Aku memerhatikannya yang tiba-tiba terdiam. Tadi bukan main menyakat aku.
“Aku sudah kahwin, Ain.”
Mendengar kata-kata Adam aku terus terdiam. Sudah kahwin? Apa maksudnya? Habis aku ni, bermadu?
“Anna, wanita yang aku sayang dan aku cinta. Aku lamar dia saat usia aku 26tahun. Macam kita, hubungan aku denganAnna pun tak direstui. Tapi aku tetap bertahan.”
“Habis tu, mana Anna sekarang?”
“Dia meninggal dalam kemalangan jalan raya masa dia mengandung 5bulan.”
“I’m sorry…”
“Tapi itu bukan anak aku. Dia ada hubungan sulit dengan bekas kekasihnya. Sebab tu aku tak dapat kawal perasaan aku tadi. Aku rasa tertipu bila nampak Nizam depan bilik ni.”
Sekarang aku dah tahu, kenapa Adam bersikap seperti itu. Dan aku juga tahu, Adam tak mungkin lupakan Anna. Mungkin aku takkan dapat memiliki hatinya.
“Aku dan Nizam antara kami sudah tamat. Dia dah jadi masa lalu aku.”
Aku berduduk dan pandanganku tertuju ke arah Adam. Adam tak perlu tahu tentang perasaan aku. Cukuplah dia ada dengan aku. Aku lebih sanggup hidup macam Tom and Jerry daripada harus kehilangan Adam.
“Biarkan je masa lalu terus berlalu. Apa yang penting masa ke depan. Kau jangan putus asa sekarang. Nanti kau malas nak kerja. Siapa nak bayar hutang kau ambil duit tabung aku?”
“Isk! Aku baru nak sendu-sendu sikit kau dah potong!”
Aku ketawa bila Adam tarik muka merajuk. Aku tak tahu hidup aku tanpa Adam. Mungkin aku akan lupa macam mana nak ketawa macam sekarang.
PENAT aku mundar mandir menunggu Ain turun. Dahlah aku cuti tak bagitahu Tengku. Ini semua pasal Nizam keparat tu sampai aku datang sini. Tak pasal-pasal aku sakit hati sendiri whatsapp tak reply, mesej tak respon, mana Ain ni!
Tengah aku membebel tiba-tiba aku nampak Nizam sedang menuju ke bilik seminar di mana Ain sedang berada.
“Ni yang aku malas ni. Kau masuk je sana, berdarah hidung kau Nizam!” bebel aku sambil mengekori langkah Nizam
Sampai depan pintu tiba-tiba nama aku kena panggil. Tamara berlari anak ke arah ku. Malapetaka datang lagi. Belum sepat Tamara sampai, Ain pun keluar. Matanya melihat aku dan Nizam bergilir.
“Adam” panggil Tamara tapi aku terus berdiri di sebelah Ain
“Sayang ni dari mana je? Di telefon nggak di angkat, sms nggak di balas, aku jadi curiga!”
Aku nampak Ain sedang tahan ketawanya. Aku sengaja lagi paut bahu Ain dan cium kepala Ain depan Nizam dan Tamara.
“Adam, saya nak cakap sikit.”
“Cakaplah.”
“Boleh tak kita cakap berdua je?”
“Cup! Mrs. Adam ada dekat sini tau. Nak cakap dengan suami orang tu, cakaplah depan isteri dia.” Cantas Ain
Nizam jadi pemerhati. Dia silap sikit je memang penumbuk sulung aku hinggap dekat bibir dia yang tak berapa nak cerah tu.
“Aku nak cakap dengan Adam bukan dengan monyet!”
“Aduhai, kera mengutuk monyet! Hahaha!”
Aku dan Ain ketawa serentak sebelum aku tarik tangan Ain sebab aku boleh rasa aura panas di sini. Risau juga aku kalau tudung Ain terbang sebab bertarik rambut dengan Tamara.
“Ain, kau takkan bahagia dengan lelaki tu, Ain! Dengar cakap aku. Kita mulakan dari awal.”
Langkah aku dan Ain terhenti. Aku pandang Ain dan dia pandang aku. Sementara Nizam menanti jawapan Ain.
“Can i?” tanya Ain pada aku
Takkan Ain nak balik dengan si keparat ni? Ain lepaskan tangan aku dan menoleh ke arah Nizam. Tamara pula sudah berada di sebelah aku sambil berbisik
“saya dah kata, dia takkan pilih awak, Adam.”
“Diamlah!”kataku menolak dahi Tamara
Ain berdiri depan Nizam dan aku pula tak mampu gerakkan kaki ku. Aku takut! Takut gagal sekali lagi.
“Mula dari awal? Kau takkan tipu aku lagi?” tanya Ain
Aku patut sedar yang Ain takkan mudah untuk lupakan Nizam. Lapan tahu takkan lenyap begitu saja.
“Aku janji, sayang. Aku janji takkan sakiti Ain lagi.”
“Melutut dan rayu aku sekarang!”
Tanpa menunggu lama Nizam berlutut depan Ain tapi belum sempat dia cakap apa-apa, tiba-tiba terdengar bunyi tamparan yang maha hebat. Mata aku membulat bila lihat Ain menghadiahkan Nizam sebuah tamparan.
“Kau ingat dengan kata-kata manis kau ni, aku akan cair? Aku bukan golongan bodoh macam kau! Lelaki macam kau, di bandingkan dengan lutut kau, aku lebih percaya Sajat!”
Apa kena-mengena?
“Ain..”
“Don’t touch me! Aku takkan tinggalkan suami aku hanya kerana lelaki bodoh! Get lost!”
“Ain!”
Aku naikkan thumb up dan Ain senyum dekat aku. Kali ni dia berdiri depan Tamara pula
“Kau pun nak rasa tamparan aku?” tanya Ain
“T…ak!”
“Percuma je ni. Nak tak?” kata Ain sambil goyangkan tangannya macam usop wheelcha dalam hantu kak Limah tu
“Tak!” balas Tamara ketakutan
“Kalau tak nak, jangan kacau laki aku. Kalau kau nak juga, tu jantan bodoh kau boleh ambil. Sebab sama je kamu dua bodoh! Ada otak tak guna pakai. Bye, kera!”
Dengan senyum girang kami berdua keluar dan masuk ke dalam teksi. Hari ni adalah hari kepuasan buat aku dan Ain.
Di rumah, masing-masing buat tugas. Ain masak dan aku cuci kain kotor. Lepas kami makan terus je kami masuk bilik. Nak tengok tv bukannya ada pun. Tengah baring-baring tu, aku teringat pula kata-kata aku semalam pada Ain. Rasa bersalah pula. Aku ambil telefon Ain dan letak tepi tilam.
“Kenapa? Nak bergaduh? Jomlah! Aku pun bosan ni.”
Suka sangatkah bergaduh dengan aku perempuan ni? Isk! Aku genggam tangan Ain dan aku pandang Ain yang sedang melihat aku juga saat tu.
“Ain..”
“Hmm..”
“Isk! Janganlah buat suara macam tu, berdiri bulu roma aku dengar.”
“Hahaha! Okay, kenapa?”
“Aku minta maaf sebab salah faham semalam. Aku dah tercakap yang tak baik dekat kau. Aku minta maaf.”
Ain tarik tangannya kemudian dia hulurkan semula pada aku. Terpinga-pinga aku kehairanan.
“Cium tangan aku kalau nak minta maaf!”
“What? Eh, bukan sepatutnya kau yang cium tangan aku kah? Ni dah terbalik!”
“Nak aku maafkan atau tak?”
“Nak! Nak!”
Aku terus mengucup tangan Ain agak lama. Asalkan Ain maafkan aku, jilat kaki dia pun aku sanggup. Tapi janganlah dia minta macam tu.
“Ain, kalau melayu kata aku cinta kamu, cina kata wo ai ni, kan?”
“Yes, but why?”
“Okay,kalau orang putih kata apa? Ramai perempuan aku tanya dia tak boleh tak jawab.”
“Alaa, kacang je! Orang putih kata I LOVE YOU!”
“Apa?”
“I LOVE YOU, Adam.”
“I LOVE YOU TOO, Ain.”
Mata Ain membulat dan mulut menganga bila aku kata macam tu. Geram melihat Ain, aku rapatkan bibirku ke bibir Ain dengan satu sentuhan pantas. Makin besar mata Ain tapi dia tak dapat berkata-kata. Hanya reaksi sahaja yang buat aku tahu Ain terkejut!
“Mata kau dah kenapa? Nak aku cium lagi?”
“Tak! Aku nak tidur. Goodnight!”
Ain terus tarik selimut dan bobok manis tanpa memandang aku. Malu ler tu!!!
YOU ARE READING
MATA KE HATI
RandomSinopsis Ditinggalkan kekasih dihari pernikahannya lari bersama perempuan lain membuatkan Ain Anasha malu. Apalagi saat itu semua tetamu sudah hadir untuk menyaksikan pernikahan mereka. Tanpa berfikir, Ain menghampiri seorang photographer yang sed...