Bab 2
Lepas saja aku pulang ke rumah, aku dihujani dengan bermacam-macam soalan. Aku terlupa aku berkahwin dengan orang ternama. Khabar tentang pernikahan aku dan Ain sudah pun sampai ke telinga mama aku.
Aku tegak berdiri bila melihat wajah mama yang menyinga. Takkan mama nak membebel tengah malam buta ni? Macam-macam doa aku baca dalam hati untuk lembutkan hati mama. Tapi nampaknya tak berkesan.
"Apa yang kamu buat, Adam? Di tv, media sosial, intstagram semua sebut berita tentang kamu. Betulkah kamu dah kahwin?" Tanya mama dengan suara lantang
"Betul, mama. Adam dah kahwin." Jawab ku jujurPandangan ku beralih ke arah papa aku yang masih berdiam. Aku tahu, papa juga kecewa dengan apa yang aku buat.
"Sedar tak apa yang kamu buat ni? Kamu kenalkah perempuan tu? Habis Tamara nak campak mana?" Kata mama lagi
"Mama, berapa kali Adam nak cakap? Adam tak cintakan Tamara. Macam mana Adam nak kahwin dengan dia?"
"Habis tu kamu cintakan perempuan, sampai kamu berkahwin dengan dia? Adam betul-betul dah memalukan keluarga kita! Perempuan tu dah kena tinggal tau! Lelaki tu takkan tinggalkan dia kalau dia perempuan baik!" Bentak mama
"Adam tahu apa Adam buat. Adam penat, naik atas dulu"Makin aku layan makin menjadi leteran mama. Tapi langkah ku terhenti bila dengar suara papa memanggilku.
"Dah besar sekarang? Dah lupa jasa mama dengan papa? Dah cukup hebat? Demi perempuan tu kamu belakangkan mama papa dan buat keputusan sendiri. Happy?" Sindir papa memandangku tajam
"Papa, nama dia Ain. Nak cakap apa pun dah terlambat. Ain dah jadi isteri Adam."
"Ceraikan saja! Mama dah atur masa depan Adam jauh lebih baik dengan Tamara."Kata-kata mama sangat mengejutkan aku. Demi kepuasan hatinya, dia sanggup berkata seperti itu.
"Ain tu ada hati sama macam mama. Mama bermatian nak jaga hati Tamara sebab apa? Sebab dia pewaris Tan Sri Amar kan? Adam tak nak kahwin sebab harta. Adam pilih Ain, sebab dia tak sama macam perempuan lain."
"Habis hati mama ni? Kamu tak fikir? Kalau Adam terus dengan Ain, keluar dari rumah ni dan jangan pernah jejak kaki lagi dalam rumah ni!" Kata mama buat aku terpempanAku tinggalkan mama dengan papa di bawah. Sempat ku dengar butir perbicaraan mereka berdua. Mama sengaja menguji aku. Tapi aku dah tentukan pilihan hidup aku sendiri.
"Kamu ni, Mona. Kalau Adam betul-betul keluar dari rumah ni, kamu juga yang putih mata." Kata papa
"Saya tahulah anak saya. Dia takkan keluar dari rumah ni." Kata mama dengan yakinAku tersenyum mendengarnya. Ku pandang beg yang ku galas, kemudian menapak turun ke bawah. Apa pun, Ain dah jadi tanggungjawab aku sekarang. Aku kena matang dalam membuat keputusan.
"Adam, ka..kamu nak ke mana ni?"
"Adam ada tanggungjawab sekarang mama. Adam mohon doa restu mama dan papa."
"Apa? Jadi Adam lebih pilih perempuan yang baru Adam kenal daripada mama yang melahirkan Adam?" Soal mama
"Adam minta maaf, mama."
"Pergi! Pergi!" Bentak mama menunjuk ke arah pintuAku begitu nekad hingga aku sanggup lepaskan segala yng aku ada demi Ain. Perempuan yang baru beberapa jam aku kenal. Entah kenapa Ain seperti memberi kesan besar dalm hidup ku walau baru beberapa jam yang lalu.
"Adam! Jangan bawa harta aku keluar dari rumah ni! Kau tak ada hak atasnya lagi. Bagi aku, anak aku dah mati!"
Luruh hatiku mendengar kata-kata papa. Kunci kereta ku letakkan di atas meja lalu keluar. Aku cuba menelefon teksi, tapi sudah terlalu lewat, mana mungkin ada teksi waktu begini. Aku berjalan kaki sejauh beberapa kilometer hingga sampai ke hotel di mana Ain berada.
AKU melihat Adam yang sedang melakukan push up. Butir keringat jatuh membasahi tubuhnya. Aku menelan liur bila melihat six pack yang ada pada abdomennya. Terasa dia sangat seksi saat melakukan senaman.
"Tengok apa?"
"Apa? Tak adalah!" Kata ku cuba menafikan betapa aku terhipnotis melihat tubuh badannya
"Mengaku je lah, kau tengok body aku kan?"
"Yelah!"Aku berjalan mendekatinya dan duduk di sebelahnya yang sedang meneguk air mineral. Kenapa dengan mata aku ni? Takkanlah dia minum pun aku nampak dia seksi sangat? Aku cuba menahan tanganku, tapi entah kenapa makin aku halang, makin tangan aku ni gatal nak sentuh muscle Adam.
Tanganya aku cucuk pakai jari telunjuk aku. Kenyal dan keras!
"Kenapa?"
"Keras!" Kataku sambil terus mencucuk-cucuk tangan Adam
"Jangan sampai ada benda lain yang keras, Ain." Kata Adam tersengih
"Mulalah tu!"
"Taklah. Kau ni kenapa pegang-pegang muscle aku dari tadi?"
"Seksi kau macam ni. Aku ni benda seksi aku suka sangat."
"Boleh tahan gatal juga kau ni. Kalau kau nak, sekarang pun boleh. Kat sini? Tak ada hal. Benda baru paling syok kalau nak cuba"
"Adam!" Kata ku mencubit lengan Adam.Adam mengelak lalu menarik tubuhku rapat ke dadanya. Tanganku menyentuh dada bidangnya. Aku cuba berlagak tenang walau sebenarnya aku tak boleh rasa kulit mukaku sendiri
"Okay! Dah dah! Nak goda bini sendiri pun tak boleh. Dah tak payah nak cucuk lengan aku."
"Cucuk sikit pun tak boleh!"
"Kau cucuk aku atau kau nak aku cucuk kau? Pilih sekarang!"Adam angkat kedua keningnya sambil membuat muka gatal. Makin lama aku rasa macam panas muka aku. Takkanlah aku blushing pula? Punya berbahang rasa muka aku. Aku terus berdiri dan biarkan Adam seorang di sana. Kedengaran suaranya ketawa terbahak-bahak buat aku semakin sakit hati.
"Tunggu! Tau lah aku nak kenakan kau nanti!"
"Aku tunggu!"
"Diam!!" Menyebalkan sungguh!Dua hari tinggal dekat hotel, aku tengok Adam asyik cuci baju yang sama dan akan pakai semula. Aku perasan juga, dia tak bawa beg pakaian pun. Eh! Bukan dia ada balik ke rumah diakah hari tu? Hmmm...
Malas nak tanya, aku keluar masa dia tengah tidur dan pergi butik pakaian yang berdekatan dengan hotel. Aku angkut beberapa helai baju dan seluar untuk Adam. Aku dah skodeng size dia tadi masa dia tengah lena diulit mimpi. Puas hati dengan pilihan aku, barulah aku kembali ke hotel. Malam ni kena balik rumah. Aku kena ready berdepam dengan ibu.
Sampai bilik aku tengok Adam tak ada atas katil. Aku letakkan beg kertas berisi baju-baju tadi di atas katil dan berjalan ke balkoni. Tiba-tiba terdengar bunyi seperti benda jatuh dari bilik air.
"Adam! Kau okay tak? Jatuhkah? Dah macam bunyi nangka busuk jatuh je tu! Adam!" Tanya ku
Hidup lagikah laki aku ni? Takkan strok sebab jatuh? Eh! Mulut aku capui benar. Aku berlari ke bilik air dan memukas tombol pintu. Bila sahaja terbuka, aku terkejut tengok Adam tersandar pada dinding
"Adam! Kenapa dengn kau ni?"
Aku menampar lembut pipi Adam supaya dia sedar. Dia mengerang kesakitan. Aku tak tahu nak buat apa. Aku paksakan diri memaut tubuh sasa Adam sampai di katil dan aku baringkan Adam.
"Sakit...." erang Adam
Mukanya kemerahan dan aku yakin dia pasti merasa sakit yang amat. Aku menelefon doktor peribadi keluarga kami. Beberapa minit kemudian dia sampai. Rupanya Adam gastrik. Takkanlah dia tak makan sejak pagi?
Aku memesan bubur ayam panas dari cafe hotel. Kemudian aku basahkan tuala untuk mengelap badan Adam. Sementara menunggu bubur sampai, aku tukarkan baju Adam. Dengan segala kudrat yang aku ada, akhirnya aku berjya gantikan pakaian Adam. Baru saja aku mahu berdiri, tiba-tiba Adam menarik tanganku lalu dibawa ke pelukannya. Terkebil-kebil mataku melihat Adam memeluk erat tanganku. Dapat aku rasakan degupan jantungnya.
"Anna... Anna..."
Anna? Siapa Anna? Adam ada kekasihkah? Aku terus tertanya-tanya siapakah gadis bernama Anna. Takkanlah aku dah rampas hak orang lain? Isk! Jangan sampai aku rampas suami orang pula. Perlahan aku tarik tanganku dan sedikit menjauh.
![](https://img.wattpad.com/cover/161751730-288-k957463.jpg)
YOU ARE READING
MATA KE HATI
RandomSinopsis Ditinggalkan kekasih dihari pernikahannya lari bersama perempuan lain membuatkan Ain Anasha malu. Apalagi saat itu semua tetamu sudah hadir untuk menyaksikan pernikahan mereka. Tanpa berfikir, Ain menghampiri seorang photographer yang sed...