Bab 17
Balik rumah je sunyi sepi. Entah Tamara ke mana, biasanya dia akan sambut aku depan pintu. Tak seperti selalu, hari ni dia senyap saja. Aku menapak naik ke bilik dan melihat Tamara terbaring di atas katil. Wajahnya pucat lesu. Sakitkah dia? Aku menyentuh dahinya dan terasa hangat.
"Sayang, awak demam ni. Jom ke klinik." kataku mengejutkan Tamara
Tamara menggeliat dan sedikit mengerang halus. Matanya dibuka perlahan dan melihat aku yang duduk di sebelahnya.
"Huby dah balik?" katanya menggenggam jemariku
"Ya, baru je sampai. Jom, huby hantar ke klinik. Panas sangat badan sayang ni." sekali lagi aku mengajaknya
"Tak nak. Sayang dah minum ubat tadi. Kejap lagi kebahlah demam sayang ni." balas Tamara lemah
"Okay, huby nak mandi. Sayang rehat dulu nanti huby masak sesuatu untuk sayang." kataku lalu aku berlalu ke kamar mandiLepas mandi aku terus masak bubur untuk Tamara. Siap sahaja aku terus membawa dulang berisi bubur dan air susu ke bilik. Aku lihat Tamara sudah bersandar dan tersenyum melihat ke arah aku. Bila aku nak suapkan bubur ke mulut Tamara, tiba-tiba tangan aku kaku.
"Huby?"
Tamara memanggilku buat aku tersedar.
"i'm sorry."
Aku terus berdiri dan meninggalkan Tamara. Aku tak tahu apa yang berlaku pada aku. Kenapa aku rasa seperti aku pernah melalui hal tadi? Kepala aku sakit setiap kali aku cuba untu mengingatinya. Aku dapat rasakan ada sesuatu di masa lalu aku yang menyimpan banyak rahsia.
"Huby..." Tamara menyentuh bahuku lalu aku berpaling melihatnya
"Sayang, kenapa saya rasa ada sesuatu yang kamu rahsiakan dari saya."
"Huby, tak ada apa yang sayang sembunyikan. Lagipun untuk apa? Kalau huby tak dapat ingat, jangan paksa. Sebabkan hal tu, hubungan kita hambar sekarang. Please, hargai sayang." balas TamaraBukan hanya Tamara yang rasa hambar. Aku sendiri merasakannya. Sejak kebelakangan ini, hubungan kami agak dingin. Dengan sikap Tamara yang terlalu mengongkong dan memaksa aku untuk ikut setiap kemahuannya buat aku semakin rimas. Aku malah lebih tenang bila aku di luar.
"I'm sorry. Bagi huby masa untuk semua ni. Please jangan terlalu memaksa huby. Sayang buat huby rimas." kataku jujur
"Oh! Jadi sekarang huby dah pandai rimas dengan saya? Saya banyak berkorban untuk huby tau! Saya cuma nak hak saya sebagai isteri. Saya bukan paksa tapi itu tanggungjawab huby tau!" tiba-tiba Tamara meninggikan suara
"I know, tapi tolonglah faham keadaan huby ni. Huby penat, nak rehat."Aku terus masuk ke bilik dan tinggalkan Tamara. Kalau kau terus berdiskusi dengan Tamara, keadaan malah semakin rumit. Perempuan takkan pernah kalah bila berdebat. Jadi baik mengalah.
***
Kerja aku bertumpuk sejak aku banyak habiskan waktu bersama Adam. Harini terpaksalah aku kerja lebih masa. Perut pun dah berkeroncong bila aku melihat jam sudah hampir pukul 10 malam. Aku tutup fail dan ambil beg kemudian keluar. Singgah di restoran sekejap untuk isi perut yang sejak siang tadi minta di isi. Aku masuk dan melihat sekeliling cuba untuk mencari meja yang masih kosong. Mata aku menangkap sosok Datin Mona yang sedang menikmati hidangan yang ada di depannya.
Aku melangkah mendekatinya. Sengaja aku nak menyakitkan hatinya. Aku berdiri di depannya dan dia mendonga melihat aku yang tersenyum. Apa dia sangka aku takut dengan dia? Dengan semua amaran yang dia beri pada aku sebelum ni takkan buat aku berpututs asa.
"Kau nak apa?" tanya Datin Mona
"Nak makan semeja dengan mertua pun salahkah?"Aku duduk kemudian memanggil pelayan. Datin Mona seperti cacing kepanasan bila aku pandang tepat ke dalam matanya.
YOU ARE READING
MATA KE HATI
РазноеSinopsis Ditinggalkan kekasih dihari pernikahannya lari bersama perempuan lain membuatkan Ain Anasha malu. Apalagi saat itu semua tetamu sudah hadir untuk menyaksikan pernikahan mereka. Tanpa berfikir, Ain menghampiri seorang photographer yang sed...