part 22
Aku tak sangka, dalam masa hampir 2bulan ni baby boleh lekat dekat rahim aku. Macam tak percaya! Tapi alhamdulillah sebab ini adalah anugerah terindah buat aku dan Adam. Layanan Adam juga semakin romantis dan yang paling menggembirakan aku, ibu dan ayah sudah menerima Adam dalam keluarga kami. Tak ada apa lagi yang aku inginkan, semuanya sudah sempurna buat aku.
Pinggang aku dirangkul dan terasa nafas hangat Adam di belakang tengkuk ku. Aku tersenyum bila Adam membelai rambutku. Sejak Adam ambil alih tugas aku di syarikat aku dah tak masuk pejabat lagi. Serta merta aku jadi suri rumah dan aku bahagia kerana aku suka menunggu Adam saat pergi dan balik kerja."Sayang, angin malam ni sejuk sangat, kan?" kataku
"Iya, sedingin cintaku pada mu." balas Adam buat aku tersengih
"Nak mengayat binilah tu."
"Jangan perasan ek, saya bercakap dengan baby tau." balas Adam
"Okay, jangan tidur dengan saya malam ni."
"Okay. Saya tidur dengan baby. Jom baby! Tidur dengan baba." balas Adam lalu mendukung akuTerkekeh aku ketawa bila Adam buat macam tu. Tkutlah tu aku suruh tidur dekat lantai. Takkanlah aku sampai hati nak buat macam tu lagi. Tapi aku rindu nak bergaduh dengan Adam. Sebab sekarang ni Adam asyik jaga aku je. Tak ada dah nak gaduh-gaduh.
"Esok nak check up dekat klinik. Dalam pukul 10pagi macam tu. "
"Okay, saya temankan sayang esok."
"Tak perlu kut, sayang. Awak bukan ada mesyuaratkah esok pagi? Saya boleh je pergi sendiri. Don't worry."
"Sayang, saya dah apply cuti pun dengan ayah."
"What? Laju juga? Asyik nak berkepit je sayang ni tau."
"Saya pun nak tengok perkembangan baby kita, sayang. Saya dengan ayah dah bincang, tiap kali sayang check up, saya akan temankan. Tak ada bantahan, okay?"Aku hanya angguk kepala. Nak lawan nanti salah faham. Baik mengalah. Bapak buyung ni kalau kena bantah nanti jadilah bebelan sampai tak dapat nak tidur. Nampaknya sekarang Adam dah sekongkol dengan ayah. Aku senyum dan bersyukur dalam hati melihat perkembangan hubungan Adam dengan ayah aku.
***
"Cik! Cik tak boleh main sergah masuk macam tu saja. Nak jumpa dengan Tuan Adam cik kena buat appointment. Cik!"
Aku tolak kasar tangan penyambut tetamu yang sejak tadi cuba menghalang aku dari masuk. Tahap kesabaran aku dah habis batas dah. Aku hanya memandang gadis itu tersungkur atas lantai.
"Mana Adam? Mana suami saya?"kata ku bila aku lihat bilik Adam kosonG
"Saya dah cakap, Tuan Adam tak ada."
"Awak cakap dengan dia, saya nak jumpa dia sekarang. Call dia sekarang!"
"Cik ni tak faham bahasakah? Tuan Adam tak masuk office hari ni sebab bawa isteri dia checkup dekat klinik."Aku mendengus kasar bila aku tahu Adam tak ada dekat office. Pasu bunga yang terletak atas meja aku ambil dan campak ke lantai. Serpihan kaca berserakkan di atas lantai dan terkena ke kaki ku.
"Auch!! Shit!!" jeritku
Darah mengalir keluar dari kaki aku dan tak ada seorang pun yang pedulikan aku dekat situ. Menyirap darah aku macam aku rasa aku nak telan seorang-seorang yang hanya memandang aku seperti sedang menonton wayang di cinema.
"Korang pandang apa? Bagi aku tisu!" bentak ku
"Nak? Ambik sendiri." balas setiausaha Adam
"Kau......"
"Apa kecoh-kecoh ni?"Seorang lelaki segak namun agak berumur muncul di ruangan itu dan hairan melihat aku. Seketika kemudian dia tersenyum dan meminta staffnya untuk bersurai. Dari wajahnya jelas aku melihat mirip perempuan perampas tu. Pasti ini ayah Ain.
"Awak buat apa dekat sini, Puan Tamara. Nak cari suami awak? Suami awak sekarang dengan isteri dia. Baik awak balik sebab saya tak terima tamu yang tak diundang. Sila keluar." katanya sambil menunjukkan aku jalan keluar
"Adam hak saya. Suruh anak awak tinggalkan Adam sebab saya takkan tinggalkan Adam."
"Tapi Adam akan tinggalkan awak. Sudahlah, awak dah tahu pilihan Adam. Kamal! Hantar perempuan ni keluar. Kalau dia tak nak juga, seret je!" arah lelaki itu membuatkan aku terus bergerak ke arah pintu
YOU ARE READING
MATA KE HATI
RandomSinopsis Ditinggalkan kekasih dihari pernikahannya lari bersama perempuan lain membuatkan Ain Anasha malu. Apalagi saat itu semua tetamu sudah hadir untuk menyaksikan pernikahan mereka. Tanpa berfikir, Ain menghampiri seorang photographer yang sed...