Bab 5
Mula-mula aku tengok, macam tak percaya je itu Ain. Tapi bila aku perhatikan, Ya! Itu memang Ain. Sejak dia sampai ku perhatikan dia datang bersama seorang lelaki. Aku dengar juga berita dia kahwin dengan photographer yang yang uruskan perkahwinan kami tu. Tapi tak sangka pula, mereka muncul di sini.
Aku sengaja sakitkn hati Ain. Apa lagi bila dia nampak Lala dengan aku tadi. Aku yakin, hati di terbakar. Sebenarnya aku sakit hati jugalah bila lihat dia bahagia biarpun tak jadi kahwin dengan aku. Sebelum ni dah dua kali dia gagal. Lapan tahun kami bersama barulah kami putuskan untuk berkahwin.
"Aku ingat kau tak bahagia, Ain."
"Kenapa? Tergugatkah tengok ex awak tadi? Patutlah awak ajak saya ke sini. Rupanya nak tengok bini tak jadi awak tu!" Kata Lala yang tiba-tiba muncul
"Awak ni. Tak ada apalah, saya tak tahupun dia nak datang sini. Janganlah tuduh bukan-bukan."
"Awak jangan main mata kat belakang saya. Kita dah nak kahwin berapa minggu lagi." Kata Lala cuba mengingatkan akuAku lupa yang aku akan berkahwin dengan Lala hujung bulan depan. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh sangkut dengan Lala. Tapi yalah, aku akui, Lala seksi dan lebih menarik dari Ain. Tapi entah kenapa, aku tengok Ain sekarang lebih anggun dan cantik dari Lala. Entah apa masalah dengan mata aku ni.
HABIS mandi je tadi, aku terus masuk khemah berehat. Dapat makanan percuma, tak adalah Ain bazirkan duit belanja makanan dekat sini selama seminggu. Masih terasa lenguh kaki aku ni. Aku cuba mengintai keluar, Ain masih duduk dekat unggun api di depan khemah.
"Sengajalah tu tak nak masuk. Takut nak picit kaki aku. Tunggu kau!"
Aku ambil sweater dan sarungkan ke badan. Kemudian aku keluar dan duduk di sebelah Ain. Bahu kami berlaga kerana aku duduk terlalu rapat dengan Ain. Tapi tak ada tanda yang Ain akan menjauh.
"Tak nak masukkah?"
"Baru pukul 10 malam. Kau dah mengantuk?"
"Ngantuk tu, taklah. Tapi nak tagih janji ni. Kaki aku lenguh sangat"
"Oh, sorry! Aku lupa pula. Meh sini kaki kau!"Ain terus tarik kaki aku dan letakkan atas paha dia. Aku tak tercakap apa-apa dia dah main tarik je. Lembut saja tangan dia picit betis aku. Dalam diam, aku mencuri pandang wajah Ain.
"Bila nak bawa aku jumpa keluarga kau?"
Pertanyaan Ain membuat aku serba salah. Aku pegang tangan Ain dan tarik kaki aku perlahan. Apa aku nak jawab? Sampai sekarang, Ain tak tahu yang sebenarnya aku dah kena halau.
"Bagi sikit masa lagi ya. Perkahwinn kita ni terlalu mengejut. Kita sendiri pun terkejut. Mama merajuk takkan lama. Okay?"
"Okay. Adam..."
"Hmmmm..."Lembutnya suara Ain panggil nama aku. Bergetar tulang rusuk aku!
"Kau kerja dengan ayah aku ya? Ambil hati dorang." Pujuk Ain
"Aku tak ada pengalaman kerja syarikat macam tu, Ain. Aku suka ambil gambar je."
"Aku ajarlah nanti."
"Okay, tapi aku nak minta sesuatu."
"Apa?"Tak best kalau serius je. Aku buat muka mengantuk dan tarik Ain dekat dengan aku. Mukanya jadi pucat dan dia cuba jauhkan jarak mukanya dengan aku.
"Kau nak apa?"
"Mengantuklah sayang. Jom masuk tidur."
"Isk! Jangan peluk-peluklah!"Ain tolak dada aku tapi taklah kuat sangat. Masa tu juga aku nampak Nizam sedang berjalan ke arah kami. Makin kuat aku peluk Ain. Kalau aku tak ingat Ain ni bernyawa, mungkin Ain dah putus nafas.
"Adam!"
"Jangan lawan! Tu suami tak jadi kau sedang perhatikan kita"
"Yakah?"
"Ya!"Tiba-tiba Ain balas pelukan aku dan buat gaya melentok dekat dada aku. Boom! Boleh-boleh pecah jantung aku bila Ain buat macam tu. Gaya manjanya menggoda aku buat aku tergugat.
YOU ARE READING
MATA KE HATI
RandomSinopsis Ditinggalkan kekasih dihari pernikahannya lari bersama perempuan lain membuatkan Ain Anasha malu. Apalagi saat itu semua tetamu sudah hadir untuk menyaksikan pernikahan mereka. Tanpa berfikir, Ain menghampiri seorang photographer yang sed...