Part 21

1.4K 158 30
                                    

Part 21

"isteri encik tak mengalami apa-apa kecederaan. Cuma ada sedikit lebam pada tangannya. Mungkin kerana cengkaman yang agak kuat pada pergelangan tangannya. Yang lain semua okay. Jangan risau. Cuma buat masa ini, isteri encik masih trauma dengan apa yang berlaku." kata doktor kepada Adam

Aku hanya mendengar perbicaraan mereka berdua. Syukur aku tak di apa-apakan oleh lelaki-lelaki tu.  Aku memandang kesan lebam pada tanganku. Masih terasa berdenyut dan sakit. Aku tak tahu macam mana boleh lelaki-lelaki tersebut masuk dalam kereta aku?

"Sayang... Macam mana? Dah okay?" tanya Adam
"Hmm.. Yang, i'm sorry sebab ..."
"Shhh... Dah tak payah bahas lagi hal ni. Lepas ni, jangan balik lewat malam lagi, bahaya sangat dekat luar tu. Apalagi bagi perempuan." balas Adam

Aku mengangguk. Aku sebenarnya ingin katakan sesuatu, tapi mungkin tak penting. Biarkanlah. Aku dengan Adam kemudian balik ke rumah selepas doktor membenarkan aku untuk discaj. Aku berehat sementara Adam menyiapkan air untuk aku mandi.

Aku akhirnya tak jadi menemani Adam ke mahkamah. Hanya Adam yang pergi seorang diri. Aku harap semuanya berjalan lancar.  Sebelum Adam pergi, aku sempat berpesan agar Adam tak termakan rayuan Tamara.

"Yang, sorry tak dapat temankan sayang hari ni."
"Tak apalah, Yang. Yayang rehat dekat rumah. Sayang okay je pergi seorang." balas Adam
"One more thing, jangan termakan pujukan Tamara tu. Kalau sayang mengalah, lebih baik saya yang pergi."
"Yang, jangan cakap macam tu. Sayang janji, takkan termakan rayuan Ara. Okay? I got to go now! Bye, i love you, Yang!" balas Adam mengucup dahiku
"Love you too! Hati-hati, Yang."

Aku memerhatikan Adam berlalu pergi. Aku masih tak habis fikir, siapa lelaki-lelaki semalam? Dari cara mereka bercakap, sepertinya ada seseorang yang membayar mereka untuk buat semua tu. Aku sangat yakin tentang itu. Tapi aku juga berharap yang semua tu hanya perasaan aku je.

***

Sementara menunggu waktu untuk masuk bertemu hakim, aku duduk sambil bermain telefon pintar. Tiba-tiba Tamara duduk di sebelahku dan tersenyum. Melihat dia tersenyum buat aku sedikit lega. Mungkin dia sudah dapat  menerima kenyataan antara kami tidak ada jodoh.

"Hai, Adam." sapa Tamara
"Hai, Ara.  Thanks for coming."
"ya. By the way, saya dengar Ain hampir di perkosa, betulkah?"

Aku hairan, macam mana Tamara boleh tahu sedangkan hal ini hanya aku yang tahu. Dia ada kaitankah dengan apa yang berlaku pada Ain?
..
"Macam mana awak tahu? Atau semua ni angkara awak?"
"Oh, pleaselah Adam. Saya ni masih waras lagi.  Saya dengar dari kawan saya sebab tempat Ain kena bawa tu, hotel milik kawan saya. Lagi pun Ain tu kan keturunan di raja. Berita dalam selimut pun boleh tersebar sekelip mata." balas Tamara
"Ain baik-baik je. Tak ada apa-apa yang jadi dekat dia pun."
"Syukurlah. Awak patut berterima kasih pada Nizam sebab ada di sana waktu tu untuk selamatkan Ain."
"Nizam? Apa maksud awak?"
"Encik Adam! Puan Tamara! Giliran anda untuk jumpa Hakim

Pertanyaan aku tergantung kerana sudah tiba untuk giliran aku dan Tamara untuk bertemu dengan hakim. Sepanjang sesi soal jawab aku hanya fikirkan apa yang Nizam buat dengan Ain di dalam bilik hotel tu sebelum aku sampai? Kalau niat dia nak menolong Ain, kenapa dia tak tunggu sampai aku tiba di sana? Kenapa?

Selepas keluar dari bilik hakim, aku terus berjalan pantas mengejar Tamara. Aku masih tertanya-tanya apa yang Nizam buat di sana bersama Ain. Macam mana dia boleh ada di sana? Bermacam-macam soalan muncul di kepala aku sampai aku rasa sesak dada memikirkannya.

"Ara! tunggu sekejap!"

Tamara berhenti kemudian memandang aku dari jauh.

"Pasal tadi tu, macam mana awak tahu Nizam ada kat sana? Atau awak saja nak buat hubungan saya dengan Ain hancur?"
"Saya ada bukti, Adam. Saya tak cakap suka-suka tau." balas Tamara lalu mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan aku gambar saat-saat Nizam dan Ain sedang berpeluk. Aku mengepal tanganku menahan rasa marah.
"Adam, lapan tahun bukan masa yang singkat tau untuk lupakan kisah cinta yang mereka berdua pernah lalui. Awak pun bukannya dungu sangat tak tahu tentang hal macam ni. Tanya hati awak, pernah tak awak lupakan kenangan awak bersama arwah isteri awak?"

MATA KE HATIWhere stories live. Discover now