Bab 1

3.8K 266 25
                                    

Dulu dia sendiri tidak pernah terfikir yang makanan ni akan jadi sahabat baik ! Hahahaha gadis bernama Nur Khalyla Najwa dengan makanan memang tak dapat dipisahkan kini.

Ya lah makanan kot ! Siapa aje yang boleh hidup tanpa makanan ? Mungkin ya dulu memang Khalyla tak suka makan ! Dia tak suka bila badan naik , gemuk , pipi pou ! Oh no itu paling ditakutkan oleh gadis ini , tapi disebabkan satu peristiwa yang menyedarkan Khalyla bahawa makanan itu memang membawa kebahagiaan dari segalanya. Malah bercinta dengan manusia juga kalah , lebih baik bercinta dengan makanan. Hahahaha.

" Enough Khal ! I tak suka you yang terlalu nak jaga badan sangat , sampai semua tempat makan yang I ajak pergi you tak nak makan and tak nak pergi ! " bebel si boyfriend.

" Please lah Naufal....you jangan paksa I boleh tak ? I tak suka lah makan. Makan ni menggemukkan you tahu tak ? " balas Khalyla.

" Okay ! Kalau tu yang you cakap , kita break ! I tak suka perempuan yang keding macam you ! Errr ..... " kata Naufal seraya meninggalkan Khalyla sendiri.

" Naufal ! " teriak Khalyla.

Tidak sangka dia ditinggalkan begitu sahaja dengan boyfriendnya yang sangat dia sayang. Ameer Naufal , lelaki yang lama bertahan dengan kerenahnya. Namun semua hanya terhenti setakat di situ sahaja. Isu tak suka makan pun boleh buat relationship yang hampir 2 tahun terputus ?

Namun semuanya bukan hanya setakat di situ sahaja. Selepas beberapa hari hubungan Khalyla terputus dengan Naufal tetiba dia mendapat tahu bahawa Naufal sudah mempunyai kekasih hati di belakangnya selama ini dan dirinya hanya dimanfaatkan kerana Khalyla merupakan anak orang yang berada jugak ! Means selama ni, si Naufal tu kikis harta Khalyla aje lah...

Sejak itu lah Khalyla dah malas nak bercinta dan hatinya mula terbuka pada makanan ! Dia memang obsess gila dengan makanan sekarang. Tengah malam orang tengah membuta pun dia boleh lagi makan sorang – sorang dekat dapur. Hahahaha gila kan ? Namun Khalyla ni bertuah ! Kenapa bertuah ? Ya lah entah macam mana even dia makan banyak mana pun , badan dia tetap maintain tak naik woo...Still slim gitu.

Hahahaha kalau tahu dia ada badan macam tu lebih baik dari dulu dia suka makan. Tak ada lah ditinggalkan kekasih. But wait ! Ada kebaikkannya juga kalau dulu dia suka makan mesti dia takkan tahu niat dan tingkah laku teruk si Naufal tu.

Saranghae Miss Food Lover ! Where stories live. Discover now