Khayla sedaya upaya menahan langkah Zaim untuk berlalu pergi bersama Syafa.
" Zaim ! Please jangan tinggalkan aku..Jangan percayakan Syafa..dia cuma nak permainkan kau aje..dia nak kikis semua harta kau..." teriak Khalyla di situ.
Zaim hanya menggeleng , Syafa pula dalam diam sempat tersenyum sinis tanpa pengetahuan Zaim.
Zaim tetap meneruskan langkahnya tanpa percayakan sedikit kata-kata Khalyla.
" Zaim ! "
Khalyla terus tersedar dari mimpinya. Dia terus bangun automatik duduk. Berpeluh-peluh wajah Khalyla dibuatnya. Ya Allah mimpi rupanya.
Seketika Khalyla melihat keadaannya. Eh ? Dia masih berpakaian kerjanya. Pastu diselimutkan pulak ? Oh baru dia teringat dia tertidur rupanya. Seketika dia melirih ke sisi. Tempat yang Zaim tidur tadi kosong ?
" Mesti Zaim dah bangun ...sekarang pukul berapa dah ea ? " kata Khalyla seraya menoleh ke arah jam dinding yang tergantung kemas di dalam biliknya itu.
Jam menunjukkan pukul 8 malam. Aduhh ! Pukul 8 dah. Dah lah aku tak mandi lagi ni..Kejap lagi dah makan malam.
Khalyla terus bangun dengan tergesa-gesa lalu mencapai tualanya dan terus menuju ke toilet. Kelihatannya pintu toilet tertutup saat itu. Tanpa berfikir panjang Khalyla terus menolak pintu toilet dan pada masa yang sama belum sempat Khalyla nak tolak pintu tu tiba-tiba ia dibuka dari dalam.
Khalyla hendak tersembam jadinya dan dia terjatuh di atas bidang dada seseorang yang tak berbaju ! Orang tersebut jugak menyambut Khalyla.
Terbuntang mata Khalyla di buatnya !
" Arghhh ! " Khalyla terjerit kecil.
" Shhh ! Kau jerit kenapa ? " kata Zaim.
Lantas Khalyla memejam mata lalu menjauhkan dirinya daripada Zaim.
" Kau tak pakai baju dah kenapa ?! "
" Aku..terlupa nak bawa masuk baju sekali tadi..." jelas Zaim.
" Sudah lah ! Lain kali jangan lupa lagi...Hish tak malu betul lah kau ni...." bebel Khalyla sambil mata masih terpejam rapat.
" Nak malu apanya ? Kau bukan orang lain pun...isteri aku jugak kan ? " usik Zaim sengaja ingin menduga.
Seketika Zaim melangkah mendekati Khalyla. Sehinggalah jarak dirinya dan Khalyla hanya tinggal seinci.
" Khal...aku dah pakai baju lah..buka lah mata kau tu..."bohong Zaim.
Khalyla membuka matanya perlahan-lahan. Apabila dah buka mata alangkah terkejutnya dia apabila tubuh Zaim tanpa baju betul-betul di hadapan batang hidungnya ! Ya Allah dia kena kan aku !!
" Zaim Asfar ! " teriak Khalyla geram seraya menolak kuat tubuh Zaim sehingga Zaim terundur ke belakang sedikit.
Khalyla lantas berlari masuk ke dalam toilet. Kedengaran suara ketawa Zaim di dalam bilik Khalyla bergema.
Khalyla pulak sudah blushing di dalam bilik mandi. Arghhhh dia yang tak berbaju, aku yang rasa malu !
***********
Malam itu Khalyla menyambung lagi menaip ceritanya. Idea memang suka datang malam-malam macam ni.Sambil-sambil tu dilirih jugak ke arah Zaim yang sedang kusyuk dengan handphonenya. Kadang-kadang Zaim juga tersenyum - senyum sendiri. Entah apa yang dibuatnya pun Khalyla tak tahu.
" Hmm andai saja senyuman Zaim tu disebabkan aku...pasti bahagia kan ? " desis hati Khalyla.
Seketika Khalyla menyambung kerja menaipnya. Keadaan bilik hanya sunyi sahaja ketika itu. Beberapa minit selepas itu tiba- tiba Zaim bersuara.
YOU ARE READING
Saranghae Miss Food Lover !
RomansaSiapa aje yang sanggup hadap budak perempuan yang kuat makan ? Kalau ada , lelaki tu memang gentle habis lah. Kisah ini mengenai seorang gadis yang bernama Khalyla Najwa. Seorang yang tidak gemar makan sebenarnya ! Kalau boleh kerja asyik nak diet...