Bab 14

1.4K 166 3
                                    

" Seronok tidur bawah katil? " kata Zaim perli.

" Errkkk..."

Seketika Zaim melepaskan tangan Khalyla perlahan - lahan lalu dia mengubah posisi dari baring ke duduk.

" Dah keluar dari katil tu.." kata Zaim.

Seketika Khalyla pun keluar dari katil tersebut. Tetiba dia terasa segan apabila Zaim kini sudah melihat segenap rambut panjangnya yang paras pinggang itu.

Zaim sedikit terpegun melihat Khalyla. Hari tu dia nampak rambut Khalyla hanya sepintas lalu tapi hari ni dia dah boleh tatap lama mana yang dia nak.Alahaiii comel jugak Khal eh bila dia free hair.

Dengan pantas Khalyla memegang rambutnya.

" Kau tengok apa ? Jangan lah tengok rambut aku..." kata Khalyla malu.

Tetiba Zaim terbatuk kecil.Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Dah lah aku nak mandi..pastu nak solat subuh.." kata Zaim lalu dia mula bangun.

Khalyla hanya mendiamkan diri dan melihat setiap tingkah laku Zaim.

Dilihat Zaim mengeluarkan tuala dari beg bajunya yang masih belum dikemas. Diletaknya tuala tersebut di atas bahunya. Selepas itu dia terus melangkah masuk ke bilik air yang memang dah tersedia di dalam bilik Khalyla.

" Aku tak mimpi kan ? Aku memang dah kahwin dengan Zaim kan ? "monolog Khalyla sendiri.

Dia menampar kecil pipinya.Terasa sedikit sakit.Terbit senyuman kecil di wajah Khalyla.

Setelah bersiap pengantin baru itu turun ke bawah. Mereka terus menuju ke ruang makan. Kelihatannya semua ahli keluarga yang lain telah pun duduk di tempat masing - masing.

" Hah turun pun pengantin baru ni..ingatkan sampai tak mahu keluar bilik dah..." usik Fatteh.

Zaim terbatuk kecil apabila diusik sebegitu.Khalyla pulak sudah menunjukkan penumbuk keciknya ke arah Fatteh.

" Dah-dah meh duduk makan mehh..." kata Radeyah. Pagi ni sarapan dengan menantu la nampaknya.

Seketika Khalyla dan Zaim mengambil tempat duduk yang bersebelahan.

" Zaim nak makan roti sapu dengan peanut butter ke ? Mama tolong sapukan..." tawar Radeyah.

" Ehh tak apa lah maaaa...biar Khal yang buat...lagipun Zaim tak suka jem peanut butter..dia suka jem strawberi...betul tak Zaim ? " kata Khalyla lalu menoleh ke arah Zaim di sebelah bersama senyuman.

Zaim juga memandang ke arah Khalyla saat itu. Dia sedikit tersentak.

" Khal still ingat jem favourite aku ? " desis hati Zaim.

" Amboi lamanya Zaim tengok muka Khal.." usik Affan.

Terhenti terus pandangan Zaim.Mama,papa dan abang Fat serentak ketawa. Khalyla pulak yang blushing.

Zaim tersengeh kecil. Alamak kantoi pulak aku tengok Khal...

" Untung lah kahwin dengan bestfriend kan ? Senang semua benda dia tahu pasal kita..." kata Fatteh sambil menuang air teh ke dalam cawannya.

" Ish abang Fat..diam boleh tak. Bising aje la dari tadi.." marah Khalyla.Dia tak suka diusik sebegitu.

Takut Zaim tak selesa pulak.Hmm yelah diaorang kahwin pun bukan sebab suka sama suka.Semuanya sebab terpaksa nak jaga maruah keluarga punya pasal.

Baru beberapa minit saja makan,tetiba isu honeymoon dibangkitkan.

" Hah Zaim, Khal...nak honeymoon ke mana ? Nak papa sponser ke ? " tanya Affan.

Saranghae Miss Food Lover ! Where stories live. Discover now