Bab 21

1.5K 193 22
                                    

Melangkah sahaja ke dalam rumah baru, Zaim dan Khalyla hanya beriak biasa. Well seni bina dan bentuk rumah ni sama aje macam rumah mama dan mummy mereka.

Masing - masing bergerak menuju ke bilik untuk memilih bilik.

Rumah ini disediakan dengan 4 bilik. 2 bilik besar dan 2 bilik sederhana. Zaim memulas tombol bilik pertama. Buka - buka sahaja kelihatan suasana bilik yang agak cantik. Bertemakan biru dan purle. Serious nampak cantik gila. Ni mesti papa dah suruh deco kan siap - siap.

" Khal..aku amik bilik ni tau.." kata Zaim buat keputusan.

Khalyla hanya memandang sekilas. Seketika tiba giliran Khalyla memulas satu lagi tombol bilik. Berkunci !

" Zaim ... nak kunci bilik ni.." pinta Khalyla.

Zaim jelas menunjukkan riak terpinga.

" Hah ? Kunci bilik ? Mana ada. Papa just bagi aku kunci pintu utama ni aje...Kenapa ? Bilik tu tak boleh buka ke ? Bilik yang aku buka ni tak terkunci pun.." kata Zaim.

Pelik. Kenapa pulak bilik ni berkunci ? Seketika Khalyla baru perasan akan satu kad yang tertulis " Open " di hadapannya tergantung di tombol pintu bilik tersebut.

Khalyla mengambil kad tersebut lalu dibukanya. Dia sedikit terlopong ! What ? Apa ni ?

" Kau baca apa tu Khal ? " tanya Zaim seraya mendekati dan merebut kad tersebut dari tangan Khalyla.

Information.

Hanya satu bilik aje yang boleh digunakan. Kunci pintu yang lain papa dah simpan ! So please jangan nak buat perangai pulak nak pakai bilik sorang satu. Korang tu dah kahwin. Mana boleh tidur asing.

Dear papa.

Hahahahaha papa macam tahu - tahu aje yang kitaorang nak buat macam tu. Hahaha yeahhh means aku still boleh curi-curi tengok muka Zaim lah macam ni.

" Apa ni ? Hish papa ni.." ngomel Zaim.

Khalyla tahu Zaim takkan pernah suka tinggal sebilik dengan dirinya.Hmm Khalyla yang bahagia sendiri. Sadis lah kau ni Khalyla.

" So macam mana ? " tanya Khalyla.

" Hmm macam mana lagi ? Kita still sebilik macam biasa lah.." kata Zaim acuh tak acuh.

Khalyla sedikit terasa hati dengan percakapan Zaim.

" Hm tak apa lah..kau ambil aje la bilik tu.." putus Khalyla tiba- tiba.

Lantas Khalyla hendak melangkah pergi turun ke bawah bersama beg bajunya.

Zaim cepat - cepat menarik pergelangan tangan Khalyla.

" Kau nak pergi mana ? "

Khalyla menoleh memandang ke arah Zaim.

" Aku tidur dekat ruang tamu...Kau ambik lah bilik tu.. Kau kan tak sudi nak kongsi bilik dengan aku.." kata Khalyla serious. Benar hatinya sedikit terguris dengan nada percakapan Zaim tadi.

Saranghae Miss Food Lover ! Where stories live. Discover now