Bab 30 ( Final )

2.5K 205 17
                                    

" Khal...andai kau hilang di langit nan biru....Biar aku hilang di dasar tasik nan biru ini..." gumam Zaim lalu dia memejamkan matanya.

Tetiba sepantas kilat tubuh Zaim dipeluk erat daripada belakang. Namanya juga turut diseru.

" Zaim Asfar ! " teriak Khalyla.

Zaim terkejut dan tersentak hebat ! Terus matanya terbuka luas. Dia mula tersedar terus dari tindakan bodohnya ini.

" Apa yang kau cuba buat ni ? Kau nak bunuh diri ke ? " kata Khalyla cemas di belakang Zaim.

" Khal ?" soal Zaim seakan tidak percaya.

" Ya ni aku Khal ! Aku masih hidup lah ! Jangan buat macam ni lagi ! " kata Khalyla tegas.

Tak sangka betul Khalyla yang Zaim akan bertindak seperti ini. Untung saja dia mengikut Zaim daripada rumah lagi. Kalau tak ? Tak tahu lah apa yang akan jadi.

Seketika Khalyla menarik tubuh Zaim ke belakang menjauh pinggir tasik biru.

Selepas itu pelukan dari arah belakang dilepaskan oleh Khalyla. Zaim serta merta menoleh memandang kea rah Khalyla. Dia sedikit tergamam namun bercampur dengan perasaan bahagia.

" Khal ?" soal Zaim lagi.

" Ya aku Khal.." jawab Khalyla.

Dapat dilihat Khalyla akan mata Zaim yang agak bengkak. Barangkali effect daripada menangis yang agak banyak. Tak sangka kepergian dirinya membuatkan Zaim terpukul sekali sampai macam ni. Sampaikan hari ni dia nak bunuh diri pulak ?

Serta merta selepas itu Zaim terus menarik Khalyla ke dalam pelukannya. Khalyla tersentak !

" Khal....kau masih hidup....Jangan tinggalkan aku lagi Khal...Jangan pergi lagi Khal...Aku tak boleh hidup tanpa kau Khal...dan aku tak nak kau lenyap dari pandangan aku Khal....aku tak nak...."luah Zaim sambil air matanya jatuh bercucuran.

Alahai sensitive betul Zaim sekarang ya ? Mengalahkan perempuan.

Dapat dirasakan pelukan Zaim itu adalah pelukan yang erat dan ketakutan. Seketika Khalyla membalas pelukan Zaim sambil diusap perlahan belakang Zaim.

" Ya Im...aku takkan pergi tinggalkan kau lagi....Aku akan selalu ada depan mata kau....Jangan risau yaa..." kata Khalyla menenangkan Zaim.

Seketika Zaim meleraikan pelukan. Dia menatap mata Khalyla dalam-dalam.

" Kau masih sayangkan aku kan Khal ? Kau masih cintakan aku kan ?" tanya Zaim straight to the point.

Khalyla terus mengangguk laju sambil jarinya ligat menghapus sisa-sisa air mata Zaim.

" Aku pun nak kau tahu yang aku sayangkan kau jugak dan aku dah sedar yang aku cintakan kau Khal....Aku nak kau jadi suri hati hidup aku...sampai bila-bila...aku nak kita bina hidup baru..." kata Zaim tulus.

Khalyla tersenyum lebar jadinya sambil mengangguk laju. Seketika Zaim terus menarik Khalyla ke dalam pelukannya semula. Dipeluk erat tubuh Khalyla di situ. Khalyla hanya membiarkan hal itu.
***************

3 bulan kemudian. Semua persiapan telah disediakan. Tidak sabar rasanya hati si pengantin perempuan akan tibanya esok hari. Eh ? Kenduri siapa pulak ni ?

Malam berinai juga agak meriah. Even ni majlis perkahwinan untuk kali keduanya. Yelah dulu masa kahwin mana ada kenduri-kenduri ni. Sekarang baru nak rasa semula bagaimana detik perkahwinan yang sebenar.

" Wah berseri-seri lah wajah pengantin kita malam ni..." puji Delisha.

" Hahahaha thanks wehh.." kata Khalyla.

Saranghae Miss Food Lover ! Where stories live. Discover now