Dari jauh Zaim tak lepas memandang Khalyla dengan Yusof. Kelihatannya begitu mesra Khalyla apabila bersama si Yusof tu. Entah kenapa perasaan cemburu Zaim mebuak - buak jadinya malam ni. Dia sendiri pelik. Dia tak pernah pulak rasa seperti ini sebelum ni.
Aneh !
" Dah jom la kita balik Zaim.." ajak Syafa.
Zaim tidak menumpukan perhatian kepada Syafa. Mata dan fikirannya masih tertumpu pada Khalyla.
Seketika Syafa baru perasan akan hal itu. Dia mula berasa menyampah. Ish dah kenapa dengan Zaim ni ? Dah jatuh cinta pulak dengan perempuan tu ke ?
" Zaim Asfar ! Jom la kita balik...you tengok apa lagi tu ? " kata Syafa sedikit kasar.
Terkejut Zaim dibuatnya. Serta merta dia berpaling ke arah Syafa.
" Err hah jom - jom balik.." kata Zaim even hatinya masih berat untuk berganjak dari situ.
Dia memandang ke arah Khalyla seketika semula mula melangkah bersama Syafa untuk balik.
Khalyla menutup pintu kereta. Selepas itu dia menunduk sedikit untuk berterima kasih kepada Yusof melalui cermin kereta.
" Thanks baby..." ucap Khalyla sambil tersenyum lebar.
" Your welcome dear...hahahah " kata Yusof masih di dalam wataknya..
Khalyla ketawa kecil. Hahahaha apa lah Yusof ni. Boleh jadi pelakon terbaru terbaik ni.
Seketika kereta Delisha yang dipandu Yusof mula meninggalkan rumah Khalyla. Khalyla menoleh untuk masuk ke dalam pagar rumah namun tak disangka - sangka ada seseorang sudah menunggu di belakangnya sejak dari tadi tanpa dia sedar.
" Eh Im ? " terkejut Khalyla dibuatnya.
Zaim kelihatan serious memandang tepat ke arah Khalyla.
" Hm ingatkan dah tak jumpa jalan rumah..." perli Zaim.
Eh ? Dah kenapa pulak mamat korea ni ? Macam perli aku aje ?
" Haha lawak lah kau ni...aku tahu lah nak balik rumah...yang kau tu buat apa depan rumah ni ? Dah lama sampai ke ? " kata Khalyla cuba menganggap yang Zaim hanya bergurau sahaja.
" Aku buat apa depan rumah ni ? Aku tengah tunggu isteri aku balik lah.." kata Zaim mendatar. Ada nada kasar sedikit di situ.
Ish dia ni dah kenapa ? Marah semacam ? Jelous ke aku dengan Yusof ? Ke dia baru lepas gaduh dengan girlfriend dia ? Kalau ye pun jangan la lepaskan dekat aku...
Khalyla mulai rasa menyampah dengan kata-kata Zaim. Dia malas nak layan Zaim. Dia terus melangkah melintasi Zaim tanpa berkata apa - apa pun..Kalau dia bercakap lebih lama pun buat sakit hatinya sahaja.
Zapppp !
Tangan Khalyla ditarik Zaim. Tertoleh Khalyla dibuatnya. Tarikan tangan tersebut juga membuatkan dirinya terdorong lebih dekat dengan Zaim. Sehinggalah Khalyla dapat merasa deruan nafas Zaim.
Berdegup jantung Khalyla dibuatnya. Apa kena dengan Zaim malam ni ? Pelik lah ! Buat aku seram semacam aje.
Khalyla menguatkan dirinya untuk mendongak memandang ke arah Zaim. Tidak disangkanya dia yang Zaim memang sedang memandang ke arahnya. Kini pandangan mereka bertaut antara satu sama lain. Alahai malam - malam buat drama korea pulak depan rumah ni..
" Kau ke..na..pa..ni Zaim ? " tanya Khalyla gugup.
Zaim terdiam. Zaim memandang sedalam - dalamnya ke dalam anak mata Khalyla. Aku ni dah kenapa ? Aku dah jatuh cinta dekat Khalyla ke ?
YOU ARE READING
Saranghae Miss Food Lover !
RomanceSiapa aje yang sanggup hadap budak perempuan yang kuat makan ? Kalau ada , lelaki tu memang gentle habis lah. Kisah ini mengenai seorang gadis yang bernama Khalyla Najwa. Seorang yang tidak gemar makan sebenarnya ! Kalau boleh kerja asyik nak diet...