Delisha menangis teresak - esak jadinya. Tak sangka dia bakal menerima berita seperti ini.Dia juga telah menonton akan berita kapal terbang Air Asia yang terhempas di tv3 sebentar tadi.
" Khal ! Kenapa kau tinggalkan aku..." kata Delisha sambil menangis teresak - esak jadinya.
Seketika telefon bimbitnya berbunyi.Delisha hanya mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat nama si pemanggil.
" Hello..." kata Delisha bersuara sedikit serak akibat nangis.
Selepas itu tiba - tiba sahaja Delisha sedikit terlopong.
Semua di dalam keadaan yang sangat menghibakan.Masing - masing menyalahkan diri dan ada juga yang hanya menunding jari ke arah Zaim.
" Disebabkan kau Zaim...Khal pergi macam ni...Abang Fat takkan maafkan kau sampai bila - bila..." kata Fatteh.
Zaim hanya menunduk lemah memandang lantai. Ya dia memang layak tidak dimaafkan. Dia memang layak dibenci. Semua yang terjadi adalah salahnya.
" Sudah lah Fat...ni semua salah mama..Kalau mama halang Khal untuk buat keputusan ke Jepun..Semuanya takkan jadi macam ni. Khal akan tetap ada dengan kita semua.." kata Radeyah yang teresak-esak menangis.
"Stop it maaa..Mama jangan salahkan diri mama. Yang patut disalahkan tu Zaim ! " kata Fatteh masih tidak mengalah.
" Tak...yang patut disalahkan tu mummy..Disebabkan mummy yang plan...semua jadi macam ni..maafkan mummy..." kata Sakina pulak.
" Sudah lah jangan salahkan diri masing-masing. Semua ni dah Allah tetapkan. Benda dah nak jadi. Allah tengah uji kita semua.." kata Affan cuba mengawal kedaan.
Tetiba Zaim bangun dari sofa yang diduduknya.
" Tak..semua ni memang salah Zaim..Khal pergi disebabkan Zaim..Memang semua patut salahkan Zaim. Patut marah dan benci kan Zaim..Zaim minta maaf sangat-sangat. Zaim akan bertanggungjawab untuk semua ni.." ucap Zaim seraya melangkah pergi.
Fikirannya amat kusut tika ini. Dia seperti hanya tinggal jasad namun jiwanya tiada dan melayang entah ke mana. Semua hanya terdiam dan memerhati sahaja langkah longlai Zaim. Zaim balik ke rumahnya.
Di rumahnya Zaim terus menuju naik ke atas, dia masuk ke dalam bilik. Seketika pintu bilik tertutup rapat. Keadaan bilik yang gelap tanpa satu lampu pun tidak dihiraukan Zaim. Zaim tersandar lalu terduduk di belakang pintu.
Baru sahaja beberapa saat, bunyi esakan tangisan Zaim. Hmm hari ni sahaja dah banyak kali air mata Zaim jatuh dengan mudahnya.
" Khal...aku...minta maaf...sebab tak pernah peka dengan perasaan kau sebelum ni...Aku minta maaf Khal....sebab tak pernah nak hargai kau sebelum ni..Aku minta maaf...." Kata Zaim teresak-esak.
Zaim kini benar-benar rasa amat terpukul dengan kepergian Khalyla. Lagi pula keadaan Khalyla juga masih belum diketahui. Semuanya terlalu perit buat Zaim untuk menghadapnya. Perasaan sedih yang amat ini pernah dirasai oleh Zaim ketika kehilangan daddynya dulu. Kini dia kehilangan Khalyla pula.
************
Delisha masih memandang figura di hadapannya atas bawah. Kekadang dia menampar pipinya. Aku tengah mimpi ke ni ? Ke aku memang tengah tengok hantu ?
" Kau jangan lah tengok aku sampai macam tu sekali ! " kata Khalyla.
" Khal !" teriak Delisha tiba-tiba menarik Khalyla ke dalam pelukan.
Khalyla terpinga-pinga jadinya.
" Eh –eh dah kenapa dengan kau ni ?" soal Khalyla pelik.
" Huwaaa aku ingatkan aku dah tak boleh nak jumpa kau lagi Khal !" kata Delisha teruja sambil mengeratkan lagi pelukannya.
YOU ARE READING
Saranghae Miss Food Lover !
RomansSiapa aje yang sanggup hadap budak perempuan yang kuat makan ? Kalau ada , lelaki tu memang gentle habis lah. Kisah ini mengenai seorang gadis yang bernama Khalyla Najwa. Seorang yang tidak gemar makan sebenarnya ! Kalau boleh kerja asyik nak diet...