Bab 13

1.4K 173 9
                                    

Kesemua mata sedang memandang ke arah Zaim dan Khalyla tika ini.Zaim dan Khalyla hanya diam menikus.Entah apa yang harus mereka jelaskan lagi. Semuanya telah berlaku.

" Papa tak nak tahu apa-apa kecuali Khal dengan Zaim kena kahwin jugak 3 hari lagi dari sekarang..." kata Affan.

Khalyla dan Zaim tersentak hebat ! What ? Kahwin lagi 3 hari ? Habis macam mana dengan peminangan Zaim untuk Syafa ?

Zaim menoleh ke arah mummynya. Cuba meminta simpati. No ! Dia cuma nak kahwin dengan Syafa bukan orang lain even orang tu kawan baik dia sendiri.

" Tapi...lagi 3 hari Zaim nak.." kata Khalyla cuba membela Zaim.

" Tak! Benda dah jadi macam ni. Mummy takkan pinangkan Syafa untuk Zaim lagi. " kata Sakina.

Zaim tersentak ! Hatinya bagai disiat-siat. Mummy dah tak nak pinangkan Syafa lagi untuk aku ? Zaim mula melirih tajam ke arah Khalyla.

Wajah Khalyla dan juga mesej yang diterimanya di ingat silih berganti.

" Semua ni sebab Khal ! Semua ni sebab mesej bodoh tu ! " marah Zaim di dalam hatinya.

" Sudah...tiga hari akan datang Zaim dan Khal akan diijab kabulkan. Muktamad ! "kata Affan tegas.

3 hari yang tidak sepatutnya terjadi telah pun tiba. Hancur berderai hati Zaim dibuatnya. Hari ni sepatutnya menjadi hari bahagia dia meminang Syafa untuk menjadi suri hatinya. Namun semuanya telah bertukar pulak menjadi hari pernikahannya dengan kawan baik dia sendiri ? Apa semua ni ? Tak pernah terlintas pun difikirannya nak kahwin dengan Khalyla Najwa dengan situasi seperti ini.

Majlis diadakan hanya lah secara kecil-kecilan sahaja. Tiada pelamin tiada bergambar keluarga. Tiada dj kenduri.

Khalyla tidak pernah menyangka diumur 22 tahun ini dia akan menamatkan zaman bujangnya.Tak rasa majlis perkahwinan yang dia impi-impikan semasa zaman belasan tahunnya.

Dengan sekali lafaz, Khalyla dan Zaim telah disatukan sebagai sepasang suami isteri tanpa kerelaan hati mereka. Mungkin bagi Khalyla ada sedikit terselit kebahagiaan dapat berkahwin dengan orang yang dicintainya namun tidak tahu adakah kebahagiaan ini akan tumbuh mekhar lepas ni ? Atau hanya mengundang penderitaan.

Zaim sibuk dengan phonenya. Tak habis-habis dia duk chatt dengan kekasih hati. Zaim telah memberitahu Syafa soal apa yang berlaku. Zaim sedikit lega apabila Syafa masih mahu memahaminya.Hmm dia juga masih berjanji dengan Syafa yang suatu hari nanti dia akan masuk meminang juga Syafa. Perkahwinan ini juga tidak akan bertahan lama cuma mahu menutup malu keluarganya dan keluarga Khalyla.

" Ehem - ehem "

Zaim menoleh ke arah orang yang berdehem itu. Kelihatan abang iparnya iaitu Fatteh di sebelah.

" Chatt siapa tu ? Macam bahagia aje ? Chatt girlfriend lagi ke ? " kata Fatteh.

" Errr.."

Seketika bahu Zaim ditepuk lembut Fatteh.

" Tak apa lah..abang Fat..yakin lepas ni Zaim mesti bahagia lah dengan Khalyla.Lagipun korang dah berkawan baik lama kan ? So mesti dah ada chemistry antara satu sama lain..and one more thing satu aje abang nak pesan...tolong jaga adik abang baik-baik. Khal lah satu-satunya adik abang...tak ada yang lain..." kata Fatteh.

Zaim terdiam jadinya. Maaf abang Fat..Zaim tak berani nak janji sama ada Zaim boleh jaga Khal atau tak. Memang kami ada chemistry tapi hanya sebagai kawan bukan sepasang suami isteri. Semua tu terlalu berbeza.

**********
Dari tadi lagi mummy tak habis-habis membebel dekat Zaim. Mana taknya. Baru aje tadi pagi akad nikah tapi sekarang boleh pulak pergi tinggal isterinya di rumah mak mentua. Yang dia duk berkepit dekat rumah sendiri ni. Tu lah padahnya rumah sebelah menyebelah.

Saranghae Miss Food Lover ! Where stories live. Discover now