Bab 2

2K 233 9
                                    

Kakinya melangkah mendekati pusara yang posisinya di tengah-tengah tanah perkuburan. Dia mengambil tempat bersebelahan dengan satu pusara. Seketika dikeluarkan olehnya senaskah buku yasin untuk dibaca. Bacaan yasin di baca untuk dihadiahkan kepada arwah seseorang yang amat berharga untuk dirinya. Setelah selesai membaca yasin, dia membaca sedikit doa.

Tanpa disedari, sebak yang tidak dapat ditahan sejak tadi telah membuatkan dia menitiskan air matanya. Dia kalah dengan air mata lelakinya tika ini.

" Daddy...." panggil Zaim. Diusap batu nisan yang tertulis nama KameelZ Zaindra.

" Maafkan Zaim.....maafkan Zaim sebab lambat balik...Maafkan Zaim sebab tak dapat datang masa hari daddy dikebumikan....Zaim rindukan daddy...Kenapa daddy pergi secepat ni ? Kenapa daddy tak tunggu Zaim balik dulu ? " rintih Zaim.

Zaim menangis tersedu – sedu seorang diri di hadapan pusara daddynya itu. Hmm kalau dilihat orang ni boleh jatuh saham dibuatnya. Seketika Zaim menyeka air matanya.

" Daddy...semoga daddy tenang di sananya. In shaa Allah suatu hari nanti mesti kita akan jumpa lagi ya..Mungkin tak ada rezeki nak jumpa dekat atas bumi Allah ni lagi... In shaa Allah kita jumpa di syurga Allah nanti ya....Zaim balik dulu ya daddy....Assalamualaikum..." kata Zaim seraya mengusap perlahan batu nisan daddynya lalu beredar dari situ.

***************

Akhirnya kaki comel Khalyla tahu juga nak balik ke rumah hahahahahah setelah berjam jam dia melepak dekat rumah mummy Sakina hehe. Masuk – masuk aje rumah, terus dengar mamanya membebel ! Hahaha well macam biasa kena bebel sebab lepak rumah mummy la. Ish mama ni , mummy Sakina suka aje aku lepak rumah dia . Mama pulak yang nak bising – bising.

" Nah ma...Mummy bagi popia cabonara...." Kata Khalyla seraya meletakkan bekas makanan yang berisi popia cabonara tersebut lalu dia cepat naik ke atas.

Seketika setelah dia menutup pintu biliknya sahaja tiba – tiba dia mengira sendiri.

" 1....2...3..."

" Khalyla Najwa ! " teriak Radeyah nyaring.

Khalyla menekup kedua telinganya dengan tangan. Hahaha dah agak dah mesti mama akan menjerit punya lah hahahahaa. Mana taknya, popia cabonara tinggal 3 biji aje sedangkan mummy bagi 10 biji ! Mana hilangnya lagi 7 biji ? Hahaha tanya lagi ? Ni hah dah selamat masuk dalam perut Khalyla dah pun hehe. Sedap dhooo ! Gila perjalanan balik dari rumah mummy Sakina aje Khalyla boleh habiskan sebanyak 7 biji popia cabonara ! Dasyat – dasyat dia ni makan tahap dewa dah !

Seketika Khalyla memandang kearah tingkap biliknya yang bersebelahan tingkap bilik rumah mummy Sakina. Khalyla melangkah menuju ke arah tingkap tersebut lalu ditolak cermin tingkap sliding biliknya. Dia memegang satu tali yang tersangkut di antara biliknya dan bilik sebelah rumah. Di tali tersebut ada cawan kertas berwarna pink dan satu lagi berwarna biru di bilik sebelah rumah. Biasalah telefon tali yang macam budak – budak main tu. Hee memang dari kecil sampai sekarang telefon tu masih ada di antara bilik Khalyla dan bilik di rumah mummy Sakina.

Seketika Khalyla membawa cawan tersebut dekat dengan mulutnya lalu dia berkata sesuatu.

" Hmm...bila kau nak balik Malaysia weyh ? " kata Khalyla.

*Flashback*

" Tu muka tu dah kenapa ? "

" Hmmm apa kau ni ? " kata Khalyla bercakap di telefon tali.

" Kau marah ea aku nak sambung belajar dekat Korea ? "

" Hmm tak ada lah ! Aku suka gila kau pergi belajar jauh – jauh sana...Memang suka gila ! " perli Khalyla.

Saranghae Miss Food Lover ! Where stories live. Discover now