Beberapa minit selepas Khalyla masuk ke dalam rumahnya, selepas itu Zaim baru sampai jugak. Maka bertemu lah dia dengan mummynya.
" Eh Zaim baru balik? " tegur Sakina.
" Haah mummy.."
" Oh kenapa kamu tak ambil Khal ? Kamu busy sangat ke sampai tak sempat nak jemput dia ? Bukan pagi tadi kamu hantar dia ke? " kata Sakina.
Zaim sedikit tersentak! Ya Allah hampir dia terlupa. Haah lah aku tak jemput Khal tadi sebab keluar makan dengan Naufal dengan Syafa.Aduh macam mana aku boleh terlupa yang aku kena ambik Khal ni? Mesti dia tunggu lama ni.
Seketika dia terus berlari masuk dan mengendahkan soalan Sakina.Terpinga -pinga Sakina dibuatnya.Alahai.
Sepantas kilat Zaim naik ke tingkat atas untuk mencari Khalyla. Hendak tahu juga bagaimana keadaan Khal. Mesti dia marah akan dirinya.
Zaim memulas tombol pintu lalu meloloskan diri masuk ke dalam bilik.Kelihatannya Khalyla tiada. Eh ? Mana Khal ?
Baru beberapa minit lepas itu Khalyla keluar dari toilet.Zaim terus menoleh ke arah Khalyla.Kelihatannya Khalyla seperti baru sahaja habis mandi.
" Khal.." panggil Zaim.
" Eh? Kau dah balik ? " kata Khalyla.
" Aku..aku minta maaf sebab tak jemput kau...Tadi aku..."
" Eh tak apa..aku tahu kau busy.." pintas Khalyla.Dia tidak perlu dengar penjelasan Zaim.Hanya menambah rasa sakit hati saja nanti.
Zaim pula terdiam.
" Dah kau pergi lah mandi..aku nak rest sekejap..penat lah..." kata Khalyla lalu bergerak menuju ke meja solek untuk menyikat rambut panjangnya.
Zaim berasa sedikit bersalah.Hmmm Khal kelihatannya tenang sahaja dan memikirkannya busy dengan kerja. Andai sahaja perkahwinan ni di atas dasar suka sama suka..pastinya Khal kecewakan kalau dia dapat tahu yang aku tak ambik dia sebab keluar dengan perempuan lain.
Akhirnya Zaim mula bergerak mencapai tuala dan masuk ke dalam toilet.
Khalyla memandang akan dirinya di hadapan cermin. Dia menghembus nafas berat.
" Sabar Khal...ni ujian untuk kau.." desis hati Khalyla lalu dia tersenyum hambar.
Sejak dari tadi Zaim hanya termenung jauh sahaja. Lama Khalyla perhatikan tingkah laku Zaim yang sebegitu. Kini hanya tinggal mereka berdua di ruang tamu. Papa , mama dan abang Fatteh dah masuk bilik masing-masing.
" Im..." panggil Khalyla.
Tiada respon. Zaim masih sebegitu. Kelihatan Zaim memandang ke arah tv di hadapan sampai macam nak tembus dah.
" Zaim Asfar.." panggil Khalyla nama penuh Zaim.
Namun tetap sama. Tiada juga respon. Khalyla mulai rasa geram maka dia mula menjenguk kan kepalanya di hadapan Zaim. Kini mukanya dengan muka Zaim terlalu dekat dan berhadapan.
" Zaim Asfar ! I'm talking to you ! " kata Khalyla sedikit kuat.
Zaim terus tersentak ! Dia juga terkejut apabila wajahnya begitu dekat dengan Khalyla. Dengan spontan Zaim terus melagakan kepalanya dengan kepala Khalyla.
" Aduh.." mengaduh Khalyla.
Khalyla terus kembali ke tempatnya. Zaim juga mengaduh kecil.
" Sakit lah Im..apa kau buat ni ! " ngomel Khalyla sambil menggosok-gosok kepalanya.
" Dah kau kenapa jenguk kepala betul-betul depan aku ? " kata Zaim.
" Dah kau aku panggil buat derkk aje ! " balas Khalyla geram.
YOU ARE READING
Saranghae Miss Food Lover !
RomanceSiapa aje yang sanggup hadap budak perempuan yang kuat makan ? Kalau ada , lelaki tu memang gentle habis lah. Kisah ini mengenai seorang gadis yang bernama Khalyla Najwa. Seorang yang tidak gemar makan sebenarnya ! Kalau boleh kerja asyik nak diet...