Masuk - masuk aje dalam kereta , Khalyla terus bersuara cuba bertanya apa yang Zaim lakukan tadi.
" Kenapa kau mengaku - ngaku dekat mak Timah yang kita dah kahwin ? "
" Hah ? Kenapa ? Dah memang betul pun kita dah kahwin. Buat apa nak tipu mak Timah ? " balas Zaim selamba.
Khalyla tayang muka pelik.
" Tapi kau juga yang kata dulu jangan terlalu hebohkan pasal perkahwinan kita..Sebab lagi beberapa minggu aje dah nak cukup 2 bulan kan ? Kita akan berpisah..." kata Khalyla serious. Dia mula rasa geram dengan Zaim.
Zaim terdiam sejenak. Kata - kata Khalyla tentang isu perpisahan telah menjentik sedikit hati kecilnya. Dia baru tersedar akan masa yang makin berkurang dan akan cukup 2 bulan.
" Hmm tak apa lah Khal..buat masa sekarang kita tak payah fikirkan pasal tempoh 2 bulan tu..Kita kena lalui hari - hari kita ni seperti biasa...Kau abaikan aje la apa yang aku cakap dengan mak Timah tadi. Mak Timah aje yang tahu pun.." kata Zaim menamatkan perbualan lalu mula drive kereta semula.
Khalyla akhirnya akur lalu tersandar pada seat pemandu. Hmmm senang untuk Zaim nak lalui semua ni. Tapi tidak pada aku. Semakin hampir tempoh 2 bulan tu buat hati aku terseksa. Lepas ni aku bukan lagi isteri Zaim. Semuanya akan musnah.
Sedang leka Khalyla melihat pemandangan perjalanan mereka melalui tingkap kereta tiba - tiba mereka tiba di sebuah kedai coklat. Khalyla sedikit terpinga.
" Kita buat apa dekat sini ? " tanya Khalyla.
" Kau nampak depan tu kedai apa ? " tanya Zaim.
Khalyla mengangguk. Hah nampak la kedai yang jual semua jenis coklat dan makanan berasaskan coklat.
" Jom pergi beli coklat apa yang kau nak. Aku belanja kau hari ni...." kata Zaim.
Membuntang mata Khalyla dibuatnya ! Serious ke weyhh ? Arghhhh sukanya aku ! Coklat memang favourite aku ! Ni yang buat aku makin happy and makin sayang pada Zaim auchhh 😂😂😂
Tanpa membuang masa, mereka berdua keluar dari kedai lalu menuju ke kedai tersebut.
Masuk - masuk sahaja kedai tersebut, Khalyla mula memilih beberapa coklat seperti kisses, nugget milo, cadbury dan sebagainya.
Zaim hanya mengikut langkah Khalyla ke sana sini. Kekadang dia menggeleng kecil. Alahai kalau bab makan memang nampak sangat Khalyla happy.
Sedang Zaim mengikuti langkah Khalyla tiba - tiba telefon Zaim berbunyi. Zaim mengeluarkan terlefonnya. Terpapar nama Syafa Sayang ❤️
Zaim pada mulanya ingin mengangkat panggilan itu namun tiba - tiba sahaja jarinya swipe ke reject call. Entah dia rasa tak ada hati nak on the phone dengan Syafa hari ni. Malas dia nak terima sebarang call dari Syafa ke apa. Hari ni Zaim cuba nak tumpukan sepenuh perhatian dan meluangkan masa bersama Khalyla sahaja tanpa sebarang gangguan dari sesiapa pun.
Di simpan phonenya semula. Namun apabila dia mengangkat muka sahaja. Figura Khalyla telah hilang dari pandangannya. Eh ? Mana Khal ? Cepatnya menghilang. Zaim mula melangkah untuk mencari Khalyla yang hilang entah ke sudut mana. Dah lah kawasan kedai ni jugak ramai. Pastu orang pun boleh tahan ramai jugak..
Part of Khalyla.
Khalyla terlihat satu coklat yang nampak macam sedap. Namun kedudukan coklat itu tersangat la tinggi. Hmm macam mana aku nak ambik ni ? Dilihat kiri dan kanan. Namun tiada seorang pun pekerja kedai coklat ni. Haish. Zaim pun entah ke mana..Haish tadi dia duduk belakang aku ni tak tau hilang mana. Kalau ada dia kan senang. Boleh mintak tolong dia amik kan.
YOU ARE READING
Saranghae Miss Food Lover !
RomanceSiapa aje yang sanggup hadap budak perempuan yang kuat makan ? Kalau ada , lelaki tu memang gentle habis lah. Kisah ini mengenai seorang gadis yang bernama Khalyla Najwa. Seorang yang tidak gemar makan sebenarnya ! Kalau boleh kerja asyik nak diet...