Bab 22

1.5K 184 11
                                    

Kelihatan kereta yang dipandu Yusof sampai di hadapan rumah baru Khalyla. Yusof menoleh ke sisinya. Khalyla masih tertidur. Berat hati Yusof dibuatnya untuk mengejutkan Khalyla yang tertidur lesu itu. Lama juga dia memandang ke arah Khalyla.

" Haish macam mana nak kejutkan kak Khal ni ? " getus hati Yusof.

Tetiba Khalyla bergerak kecil seraya terjaga dari tidurnya. Dia menggosok matanya perlahan. Seketika dia melihat sekeliling. Yusof hanya diam menjadi pemerhati.

" Ermm kita dah sampai ke ? " tanya Khalyla.

" Haah kak Khal kita dah sampai.." kata Yusof.

" Hmm okay..thanks ea baby..sebab tolong kak Khal..susahkan baby aje..." kata Khalyla.

" No hal lah kak Khal..." kata Yusof sambil tersenyum manis.

Khalyla juga membalas senyuman Yusof itu. Seketika Khalyla keluar dari kereta Yusof. Namun baru sahaja beberapa langkah tiba - tiba Yusof juga turun dan memanggil namanya.

" Kak Khal.." panggil Yusof.

Khalyla menoleh. Seketika Yusof menghampiri Khalyla...

" Nah..kak Khal terlupa ni.." kata Yusof lalu menghulurkan bungkusan makanan dan bungkusan ubat.

" Alahaii terlupa pulak..Thanks ea baby.." kata Khalyla sambil tersengeh kecil.

Yusof hanya ketawa kecil.

" Kak Khal rest ea ? Kalau ada apa - apa urgent ke call aje baby..Baby akan sampai on time...I always with you.." ucap Yusof.

Khalyla mengangguk kecil. Ya Allah baiknya Yusof. Hmmmm kan bagus kalau suami aku sendiri yang cakap macam ni. .

Khalyla menolak pintu tombol rumah barunya perlahan - lahan. Dia tahu saat ini Zaim dah balik. Sebab dia nampak kereta Zaim dekat depan tadi.

Hmm sampai hati kau Zaim. Kau balik lambat ! Disebabkan kau lah gastrik aku datang balik ! Nasib aku tak mati tau ! Penipu ! Cakap nak balik awal konon ! Sampai ke malam baru jumpa jalan balik kot ?

Khalyla melangkah perlahan. Kelihatan Zaim sedang menonton televisyen. Khalyla hanya ingin buat tak endah sahaja dengan Zaim. Nak buat seperti dia tak wujud dekat situ. Namun baru beberapa langkah sahaja tiba - tiba...

" Seronok keluar dengan boyfriend sampai malam - malam? " kata Zaim sinis.

Khalyla tersentak !

" Tak sabar - sabar nak makan sangat ke ? Sampai tak boleh nak tunggu aku balik ? " kata Zaim lagi sinis.

Ya Allah apa ni ? Sakitnya hati aku dengar ! Zaim dah kenapa ? Dia nak salahkan aku pulak sebab tak tunggu dia ? Khalyla masih sabar di situ. Dia takut kalau dia mula derhaka pada Zaim pulak. Walau macam mana pun Zaim masih suaminya. Even hanya atas kertas sahaja.

" Membazir aje aku beli makanan tapi kau keluar dengan boyfriend kau pergi makan ? " kata Zaim kini dia mula bangun dari duduk di atas sofa.Dia memandang tajam ke arah figura Khalyla yang membelakangi dirinya.

Khalyla masih mendiamkan diri. Sikit pun dia tak menoleh ke arah Zaim. Dia tak sanggup nak pandang Zaim saat ini. Sakit hatinya bila teringatkan waktu dia tengah sakit teruk petang tadi. Callnya di reject Zaim ? Kejam weyhhh....

" Kenapa kau diam ? Aku tanya kau kan ? " kata Zaim dan suaranya mula meninggi..

Terhinggut bahu Khalyla mendengar suara tinggi Zaim. Kenapa dengan Zaim malam ni ? Kenapa dia nak marah - marahkan aku sangat ?

Khalyla dah tak tahan berdiri dekat situ. Matanya juga sudah mula berkaca. Dia penat. Dia sakit. Perutnya juga belum di isi. Hanya tadi dekat hospital nurse bagi makan roti dengan air macam tu aje. Tetiba balik rumah kena sindir sampai macam ni pulak.

Saranghae Miss Food Lover ! Where stories live. Discover now