Mentari matahari mula menerjah masuk ke dalam kereta Khalyla. Tidur Khalyla sedikit terganggu akibat sinaran matahari tersebut.Terjaga terus dari tidurnya yang hanya beralaskan seat kereta sahaja.
Ya selepas kejadian semalam, Khalyla terus memecut keretanya tanpa hala tuju dan akhirnya dia sampai di sebuah kawasan rekreasi tasik.
Dia bermalam di situ semalam. Seketika Khalyla tersandar penuh lelah di seat pemandunya. Dia meraup wajahnya kasar.
" Hmmm..betul ke apa yang jadi semalam ? Dia tampar pipi aku ? " desis hati Khalyla seraya mengusap pipinya yang terasa sedikit membengkak itu.
Kuat juga tamparan yang diberi oleh Zaim semalam. Sakit. Pedih.
" Hahaha "
Tetiba Khalyla ketawa sinis sendiri.
" Semuanya dah musnah Khal ! Kau manusia paling bodoh yang takkan dapat memilikki cinta sesiapa sekali pun.. Hidup kau memang untuk alone pun..." ngomel Khalyla sendiri seperti orang gila dah lagaknya.
Seketika suara ketawa bertukar kepada tangisan. Teresak - esak jadinya Khalyla sendiri.
" Ta..pi..kenapa aku juga yang kena hadap semua ni sendiri ? " soal Khalyla sebak.
Seketika Khalyla menghidupkan semula phonenya yang di off semalam. Hidup - hidup sahaja phone milik Khalyla masuk beberapa chatt ws dan missed call bertubi - tubi.
Chatt dan call tersebut semuanya terdiri daripada abang Fat , Del dengan Yusof. Hmm kenapa abang Fat juga mencarinya ? Oh maybe sebab lepas aku keluar dari rumah semalam aku berselisih dengan abang Fat yang juga baru balik rumah kot kan ? Hmm mesti dia pelik kenapa aku keluar sambil nangis - nangis kan ?
Seketika Khalyla tertarik dengan ws dan call dari Yusof. Hmmmm baik betul adik Del ni. Risau betul dia dengan aku. Sedang Khalyla melihat ws dari Yusof tiba - tiba telefonnya berbunyi dan tertera nama Yusof di screen phone utamanya.
Khalyla sedikit tersentak ! Entah perlu dia angkat atau tidak pun dia tak tahu. Akhirnya dia menerima panggilan dari Yusof itu.
" Hello Kak Khal..Kak Khal dekat mana sekarang ? " kata Yusof. Kedengaran suara risaunya di hujung talian.
Khalyla terdiam seketika.
" Kak Khal...please jangan pergi jauh - jauh tau...." kata Yusof lagi.
Khalyla masih sama mendiamkan dirinya. Entah suaranya tak mampu bersuara tika ini.
Tiba - tiba cermin kereta Khalyla diketuk dari luar. Terkejut Khalyla apabila melihat si gerangan yang mengetuk tingkap kereta Khalyla.
" Hah ? Mana dia tahu aku ada dekat sini ? " desis hati Khalyla.
***************
Zaim menilik wajahnya yang ada kesan lebam sedikit di pipinya pada cermin solek di dalam bilik. Kenapa ada kesan lebam pulak ?Yelah semalam lepas aje Khalyla keluar dari rumah tiba - tiba Zaim didatangi oleh abang iparnya iaitu Fatteh.
*Flashback*
Tok ! Tok !
Bunyi ketukan pintu yang agak kuat kedengaran selepas pintu tersebut ditutup oleh Khalyla sebentar tadi.
Buka - buka sahaja Zaim pintu itu dia terus menerima satu tumbukan di pipinya. Zaim terundur ke belakang sedikit jadinya.
" Apa yang kau dah buat dengan Khal hah Zaim ? " teriak Fatteh menahan amarah.
Yelah mana tak marah , tetiba dia sampai aje rumah dia terus terserempak dengan adiknya yang sedang menangis teresak - esak sambil memegang pipi yang kelihatan sedikit merah.
YOU ARE READING
Saranghae Miss Food Lover !
RomanceSiapa aje yang sanggup hadap budak perempuan yang kuat makan ? Kalau ada , lelaki tu memang gentle habis lah. Kisah ini mengenai seorang gadis yang bernama Khalyla Najwa. Seorang yang tidak gemar makan sebenarnya ! Kalau boleh kerja asyik nak diet...