What ? Apa dia buat kat sini ? Apa semua ni ? Zaim kenal dia ?
" What up bro ? Lama tak jumpa kau..." kata Naufal yang mula mendekati Zaim dan Khalyla..
Khalyla hanya terdiam membisu. Otaknya masih cuba mencerna apa yang tengah berlaku sekarang ni..
" Ya sorry..aku bru aje balik Malaysia. Lupa nak inform kau..." kata Zaim.
Mereka berdua berbual rancak tanpa memikirkan Khalyla hanya diam membisu. Zaim dengan Naufal kawan baik ? Kenapa aku tak pernah tahu pun ?
" Ada apa kau datang rumah aku ni ? " tanya Zaim dengan kedatangan Naufal yang tiba-tiba ni.
" Oh tak ada lah girlfriend kau Syafa yang bagitahu aku kau dah balik..Tu yang aku terfikir nak datang rumah kau...Aku rindu kau siot..." kata Naufal ramah.
Khalyla tersentak !
" Naufal memang kenal Syafa sebagai girlfriend Zaim ? " desis hatinya.
" Oh macam tu..ehh lupa pulak nak kenalkan kau...Hah ni Khalyla Najwa..bff aku..dia stay dekat rumah sebelah ni aje..." kata Zaim memperkenalkan diri Khalyla tiba- tiba.
Naufal terus memandang tepat ke wajah Khalyla. Begitu juga Khalyla. Seketika Naufal mempamerkan senyuman manis sekali. Namun tidak dapat mencairkan hati Khalyla.
" Hah korang kenal - kenal lah dulu kejap...aku nak bawa masuk barang aku jap dalam rumah..." kata Zaim seraya meninggalkan Khalyla berdua dengan Naufal.
Hish Zaim ni ! Tinggalkan aku dengan Naufal dah kenapa ? Hmmm kalau dia nak tahu lelaki kawan baik dia ni lah Ex aku yang aku cerita tu ! Ya allah kenapa dunia ni terlalu kecik ! Kenapa semuanya saling kaitan ?
" How are you Khal ? " tanya Naufal.
Khalyla memandang tajam ke arah Naufal. Cehhh mulut manis ! Tak payah ahh nak ber how are you sangat...
" Alhamdulillah still sihat...bertambah sihat bila I ada life baru tanpa you..." kata Khalyla sinis.
" Oh ya ? Thats good..by the way.. i miss you dear..." kata Naufal bermanis mulut.
" Stop acting Ameer Naufal..."
" No..I tak berlakon...I'm serious that i miss you Khal..." kata Naufal tidak mahu mengalah.
" You miss me ? Habis skandal you si Syafa Aqeera tu nak buat apa ? " kata Khalyla straight to the point.
Naufal tersenyum sinis.
" Oh..jadi betul lah...orang yang I perasan tempoh hari dekat mall tu you ? " kata Naufal.
Ya masa Khalyla sedang mengintai segala pergerakkan Naufal dan Syafa hari tu, Naufal sedar akan hal itu.
" Yes memang I...Enough Naufal...Syafa tu girlfriend Zaim...apa you cuba buat hah ? " kata Khalyla.
Naufal tergelak kecil.
" Iya lah..Syafa tu memang girlfriend Zaim..but dia skandal I..." kata Naufal selamba.
Pedih aje telinga Khalyla mendengarkan kata - kata Naufal. Khalyla sendiri tak habis fikir macam mana lah dia boleh bercinta dengan Naufal dulu ? Hish bodohnya aku !
" You dengar ea sini Naufal...I akan bongkarkan semua kejahatan you dengan Syafa...Zaim kena tahu hal yang sebenar....dia kena tahu macam mana perangai you dengan Syafa bila dekat belakang dia ! You better watch out ! " kata Khalyla berani.
Seketika Khalyla ingin melangkah pergi beredar dari situ. Namun pantas aje Naufal merentap pergelangan tangan Khalyla sehingga Khalyla berhadapan dekat dengan Naufal. Pandangan mereka terus menikam antara satu sama lain.
YOU ARE READING
Saranghae Miss Food Lover !
RomanceSiapa aje yang sanggup hadap budak perempuan yang kuat makan ? Kalau ada , lelaki tu memang gentle habis lah. Kisah ini mengenai seorang gadis yang bernama Khalyla Najwa. Seorang yang tidak gemar makan sebenarnya ! Kalau boleh kerja asyik nak diet...