Berpusing - pusing Khalyla dengan kerusi berodanya. Entah apa yang tak kena pun tak tahu. Diperhatikan segala ruang bilik officenya. Hmmm masuk kerja hari ni , asyik terperap aje dalam officenya.
Seketika Khalyla bangun dari kerusinya. Dia mula bergerak keluar untuk melihat apa yang berlaku dekat luar. Pekerjanya buat kerja atau tak ? Goyang kaki aje ke ? Mengulat ke kerja diorang ?
Keluar Khalyla ke hadapan kelihatannya semua pekerja sedang membuat kerja masing - masing. Hah bagus - bagus nasib semua buat kerja. Hahahaha pandai aku cari pekerja.
Khalyla mula bergerak mendekati seorang pekerjanya yang agak dipercayai jugak.
" Min...macam mana sale hari ni ? " tanya Khalyla.
" Okay aje...ramai juga beli bunga hari ni..." kata Jasmin.
" Wah bagus - bagus..."
Alahaiii kedai bunga " The Florist " selalu menjadi pilihan semua pelanggan. Tawaran yang diberikan semuanya terbaik. Banyak juga diskaun yang diberikan. Pelbagai jenis bunga yang dijual dekat sini. Sebab tu kedai bunga Khalyla ni popular dekat bandar Kuala Lumpur ni.
" Cik Khal..." panggil Jasmin.
" Ya ?" sahut Khalyla.
" Cik nak tahu tak tadikan...Ada orang buat tempahan bunga rose...lepastu dia ada suruh buatkan kad sekali..." kata Jasmin.
" So ? Biasa lah tu..." kata Khalyla.
" Hahaha tak biasa Cik...sebab nama yang dia suruh tulis dalam tu...Khalyla Najwa....sama macam nama cik kan ? " kata Jasmin.
Khalyla sedikit terdiam. Eh nama aku tu...Tapi alahhh macam kau sorang aje nama Khalyla Najwa...mana nak tahu ada orang lain juga pakai nama tu...
" Entah - entah Cik yang dapat bunga tu apa...Heee lelaki yang beli tadi tu pun handsome Cik...sesuai dengan Cik..." kata Jasmin lagi.
" Ish kamu ni..merepek aje..Kalau orang tu nak bagi dekat saya...tak payah lah beli dekat kedai saya sendiri...Apa kelas dapat bunga dari kedai sendiri..." kata Khalyla seraya berlalu untuk pergi check bunga - bunga yang lain.
**********
Pintu kedai The Florist telah ditutup. Khalyla dah check semuanya. Pekerja - pekerja yang lain dah pun mula beredar balik. Alahaiii penat rasa tubuh badan Khalyla. Seharian duduk di kedai setelah bercuti untuk beberapa hari memang rasa macam penat ya amat.Jam ditangan dilirih Khalyla. Jam menunjukkan pukul 5:30 petang. Khalyla dah start enjin kereta untuk mula bergerak pulang. Hmm tiba - tiba perutnya terasa lapar pulak. Alahai Khal baru tadi kau makan dekat kedai... Kau dah suruh pekerja kau beli makanan sampai 2 bungkus. Kau lapar lagi ?
Bukan aku yang lapar tapi perut ni hah yang tak tahu nak duduk diam. Tanpa membuang masa lagi Khalyla terus menuju ke MCD..Drive thru le jawabnya hehe.
Khalyla memesan beberapa makanan. Setelah selesai di MCD dia terus menuju balik ke rumahnya.
Kereta diparkir masuk ke dalam perkarangan rumah. Setelah itu Khalyla mengeluarkan semua barang - barangnya. Plastik bekas makanan MCD juga dikeluarkannya. Eh ? Dah habis makan ? Bukan beli drive thru ke ? Hahaha Khalyla bukan boleh kalau beli makanan time - time tu juga dia makan. Tadi dalam perjalanan balik , sambil bawa kereta dia makan semuanya hahahaha.
Belum sempat pintu pagar rumah Khalyla tertutup , tiba - tiba datang seseorang..
" Hai Khal.." sapa Zaim.
" Hmmm datang dah dia ni..." desis hati Khalyla.
Seketika dia memandang tajam ke arah Zaim.
" Baru balik kerja ke ? " tanya Zaim.
YOU ARE READING
Saranghae Miss Food Lover !
RomanceSiapa aje yang sanggup hadap budak perempuan yang kuat makan ? Kalau ada , lelaki tu memang gentle habis lah. Kisah ini mengenai seorang gadis yang bernama Khalyla Najwa. Seorang yang tidak gemar makan sebenarnya ! Kalau boleh kerja asyik nak diet...