Bab 15

1.4K 166 7
                                    

" We need to talk..."

Khalyla tersentak melihat si gerangan yang tiba-tiba muncul lalu merentap tangannya bagai!

" Naufal!Apa you ni ? Tarik-tarik tangan I ?!" teriak Khalyla.

Ya orang yang menarik tangan Khalyla itu adalah Naufal.

" Kita kena bincang.." kata Naufal dan masih belum melepaskan tangan Khalyla.

" Bincang ? Bincang apa ? Kita bukannya ada apa-apa pun. So tak ada apa yang patut dibincangkan pun.." kata Khalyla lalu merentap tangannya dari pegangan Naufal.

Terlepas terus pegangan tangan Khalyla dari genggaman Naufal.

" You ni kan ! Memang sengaja kan ? You yang plan semua tu kan ? You yang perangkap Zaim supaya dia kahwin dengan you bukan dengan Syafa right ? You tahu tak yang you dah rosakkan semua plan I dengan Syafa? " marah Naufal.

Kelihatannya Naufal betul-betul marah dengan Khalyla.Tiada lagi bahasa mengayat ! By the way mana ada aku perangkap Zaim kalau aku sendiri juga terperangkap! Aku sendiri pun tak tahu hujung pangkal yang terjadi.

" Apa yang you merepek ni Naufal ? I perangkap Zaim ? Mana ada..satu lagi plan you dengan Syafa rosak ? Apa yang korang cuba nak buat pada Zaim hah ? "

" You tak payah nak berdalih lah Khal..You dengar sini ea...I akan pastikan you menderita selama you berkahwin dengan Zaim dan I yakin Zaim akan tetap kahwin juga dengan Syafa...and then I dengan Syafa boleh kikis semua harta dia macam mana I buat dulu pada you ! You better watch out..." kata sinis Naufal seraya berlalu meninggalkan Khalyla.

Khalyla menggeleng kecil.Hmm Ya Allah apa semua ni. Kenapa Naufal dengan Syafa ni jahat sangat pada Zaim ? Kenapa Zaim pulak terlalu naif percayakan sangat girlfriend dan kawan baik dia tu ?

Seketika Khalyla mula berlalu masuk ke dalam kedai bunganya. Masuk-masuk sahaja ke dalam terus pekerja-pekerjanya menyapa.Di tanya mereka tentang siapa dan apa yang lelaki a.k.a Naufal buat pada Khalyla tadi.

Khalyla hanya memberitahu tiada apa-apa. Cuma ada salah faham sikit aje dengan kawannya. Tidak perlulah dia cerita tentang masalah peribadinya kepada orang lain.

*************
Masuk-masuk sahaja kerja hari ni. Zaim mendapat ucapan tahniah daripada kawan-kawan sekerjanya di hotel. Ya ada sesetengah kawan kerjanya tahu akan majlis perkahwinan kecil-kecilan Zaim itu.

Namun tiada siapa yang tahu kenapa Zaim berkahwin secara tiba-tiba itu. Mereka hanya mengusik Zaim kerana berkahwin tiba-tiba sahaja dan tidak terlalu heboh-hebohkan pada orang.

Zaim hanya mengaku yang dia sengaja berkahwin seperti itu. Dia juga tidak bercerita apa yang terjadi. Semua itu hanya akan mengaibkan sahaja.

" Eh Im...kau kahwin juga ea dengan girlfriend kau si Syafa tu..." kata Razif a.k.a chef bahagian dapur utama.

Glurp ! Zaim tertelan liur sendiri. Oh ya tak ya jugak. Memang selama ni orang-orang tahu yang dia tengah bercinta dengan Syafa. Maka orang-orang juga ingatkan yang Zaim berkahwin dengan Syafa.

Tetiba bahu Zaim ditepuk Razif pula.

" Aku harap kau boleh lah jaga isteri kau si Syafa tu. Aku harap kau boleh bimbing dia dan buat dia tetap dengan bertudung.." kata Razif.

Zaim sedikit terpinga. Hah ? Kenapa Razif berbicara seperti itu ?

" Apa maksud kau ni Razif ? " tanya Zaim akhirnya.

" Ermm..maaf la kalau aku menyinggung perasaan kau ke apa..tak lah ada lah beberapa kali aku ternampak girlfriend ehh maksud aku isteri kau dekat mall..free hair..baju pun tak cukup kain...sedangkan dari gambaran yang kau cakap dia ayu orangnya...bertudung dan berbaju kurung...." jelas Razif.

Saranghae Miss Food Lover ! Where stories live. Discover now