Bab 20

1.5K 176 20
                                    

Khalyla tidak henti-henti menyedut air cokenya sejak dari tadi. Air coke yang disedutnya merupakan air coke yang ke 4 ! Hahahaha tu pun still terasa haus lagi.

" Oiii kau dah kenapa pulak Khal ? Sampai 4 cawan air coke kau minum ni ? " tanya Delisha yang sedang menguyah ayam kfcnya.

" Hmm you know what ? Aku tengah ada masalah sekarang ni.."

" Hah ? What is your problem ? "

" Zaim Asfar..."

" Kenapa dengan Zaim Asfar ? " tanya Delisha.

" Hmmm dia berubah pelik sejak malam reunion tu..dia berubah pelik sejak adik kau baby berlakon jadi boyfriend aku malam tu...entah lah dia jadi pelik semacam...you know what malam yang aku balik tu...dia macam perli - perli aku kau tahu ? Then tetiba dia boleh pulak peluk aku lepas tu...mau tak terkejut aku ? Dah tu pagi esok tu pulak aku dapat tau yang dia balik tidur rumah mummy dia"

Delisha berfikir sejenak. Seketika dia tersenyum kecil.

" Hah i think i can smell something about this situation..." kata Delisha.

Khalyla memandang Delisha dengan penuh tanda tanya. Delisha pula tersenyum dengan seribu satu makna.

" Aku rasa Zaim dah mula jatuh cinta dengan kau lah Khal...Kau tak nampak ke yang dia cemburu bila kau dengan baby ? Sampai kan perli - perli pastu siap lari balik rumah mummy dia lagi... apa lagi kalau bukan jatuh cinta ? " jelas Delisha.

Khalyla terdiam sejenak. Zaim jatuh cinta dekat aku ?

" Wah finally ! Cinta kau tak bertepuk sebelah tangan lah Khal..." kata Delisha teruja.

Khalyla tiba-tiba ketawa besar.

" Hahahaha this not funny Del .... Zaim takkan jatuh cinta dekat aku...Sampai bila-bila pun.. Please la aku tak nak terlalu lama berharap pada dia..." kata Khalyla serious.

Terdiam pulak Delisha jadinya.

" Pasal apa yang jadi ni maybe sebab Zaim sengaja nak bergurau dengan aku kot malam tu...Dah la aku tak nak fikir dan bahas pasal ni lagi.." kata Khalyla menafikan segalanya.

Apabila Khalyla Najwa sudah bersuara seperti itu, Delisha tidak mahu membahaskan apa-apa lagi. Tak berani dia nak berdebat pula dengan Khalyla. Dia tahu, Khalyla juga tengah serabut nak hadap semua ni. Apa yang mampu dia lakukan hanyalah berdoa agar sahabatnya dibantu oleh Allah S.W.T untuk hadap semua ujian ini.

" Ehem – ehem... Hi girls..."

Tegur seseorang mengejutkan Khalyla dan Delisha ketika itu apabila mereka berpaling ke empunya suara.

" Naufal ? " desis hati Khalyla.

************

Sesampainya Khalyla di perkarangan rumahnya kebetulan kereta Zaim juga sampai pada masa yang sama. Khalyla hanya membuat tidak peduli dengan keberadaan Zaim di situ juga. Dia terus melangkah hendak masuk ke dalam rumah.

" Khal !" panggil Zaim tiba – tiba.

Langkah Khalyla terhenti seketika. Namun dia tidak menoleh kea rah Zaim.

" Err aku minta maaf pasal malam tu....aku tak sengaja terpeluk kau...Lepastu pasal aku lari balik tidur rumah mummy pun aku minta maaf...Ermm aku tak dapat nak tidur malam tu...sebab tu aku balik rumah mummy....aku pun tak tahu apa kena dengan aku malam tu....Aku minta maaf ye Khal ? Aku harap kita takkan mengelak terus menerus macam ni...." Jelas Zaim satu persatu.

Khalyla menghembus nafas beratnya sebelum dia menoleh kea rah Zaim sambil menghadiahkan senyuman kecil.

" Its okay lah Im...Aku no hal lah....Aku dah lupakan semuanya pasal apa yang jadi malam tu..." jawab Khalyla.

Saranghae Miss Food Lover ! Where stories live. Discover now