Sejak malam itu, hubungan yang terpisah lama antara Zaim dan Khalyla mula akrab semula. Mereka melakukan banyak hal bersama. Bergelak ketawa bersama bagaikan dunia ini hanya milik mereka berdua. Tanpa disedari , ada satu perasaan sekelumit cinta yang tumbuh mekar dalam hati Khalyla. Mungkin perasaan cinta ini bukan perasaan cinta terhadap sahabat tapi perasaan cinta akan seorang lelaki.
Khalyla menghempaskan tubuhnya di atas katil. Dia memandang ke arah syiling biliknya. Seketika dia menyentuh dadanya.
" Aku...dah jatuh cinta dengan dia ke ? " monolog Khalyla sendiri.
Diimbas satu persatu detik dan kenangan yang berlaku di antara dia dengan Zaim. Dari sejak sekolah rendah hinggalah kini. Zaim satu-satunya lelaki yang mampu buat dia tersenyum lebar. Lupakan segala masalahnya. Terima dia seadanya.
Seketika Khalyla mengubah posisinya daripada baring terus duduk di atas katil. Seketika dia mencapai phone Oppo F9 nya. Di bukanya gallery. Ditatap satu persatu gambar yang dia selfie bersama Zaim.
" Kau memang pandai buat aku happy Im....aku....sayang....kau sangat..." getus Khalyla.
Khalyla tersenyum sendiri jadinya. Seketika Khalyla mencapai hoodienya lalu dipakai sehingga menutup kepalanya. Malas dia nak pakai tudung hehe. Selepas itu dia bergerak menuju ke tingkap biliknya. Diselak langsir yang menutupi sejak tadi. Tingkap bilik ditolak perlahan.
Cahaya matahari petang itu menerjah masuk ke dalam bilik Khalyla apabila tingkap biliknya dibuka.
Khalyla memandang ke arah tingkap bilik Zaim.
" Hari ni sehari tak jumpa dia...Dia pergi mana ea ? Dia tak ada cakap apa-apa pulak dengan aku ..."ngomel Khalyla sendiri.
Tetiba Khalyla terfikirkan sesuatu.
" Hah..baru aku perasan sejak akhir-akhir ni Zaim selalu juga menghilangkan diri...Hmm dia kerja ke ? Tapi kerja apa ? Kejap tu dia ada aje dekat rumah tapi boleh pulak tiba-tiba dia tak ada....Dia pergi mana ? Aku terlupa pulak nak tanya dia kerja apa sekarang ni... " desis hati Khalyla.
Seketika Khalyla menutup tingkap biliknya. Dia mula bergerak untuk keluar dari bilik. Hendak turun ke bawah nak tengok apa ahli keluarganya yang lain buat kat bawah tu..
Turun-turun sahaja ke bawah , tempat pertama yang nak dituju Khalyla semestinya ruang makan dan dapur lah.
" Mama..." panggil Khalyla.
Kelihatannya mamanya a.k.a Radeyah sedang sibuk memasak untuk makan malam.
" Hah baru nak turun ? " tegur Radeyah.
Khalyla tersengih seperti kerang wangi hahaha ada ke ?
" Tolong mama jap, panaskan kuah makanan dalam bekas tu.." kata Radeyah lalu menunjuk ke arah bekas makanan yang ada dekat atas meja yang berdekatan dengannya itu.
Seketika Khalyla hanya akur, lalu dia membuat apa yang disuruh mamanya. Mata Khalyla menjadi bersinar-sinar dibuatnya. Gila tak bersinar ? Bila buka-buka sahaja bekas tersebut, dekat dalamnya berisikan kuah cabonara. Pastu baru Khalyla perasan ada juga spaghetti di situ. Wahh tak sabarnya nak makan.
" Mama...beli ke spaghetti ni ? " tanya Khalyla sambil tangan sibuk ingin memanaskan kuah cabonaranya.
" Ada pulak beli....Tak lah...tu hah tadi Zaim hantarkan....dia cakap dia masakkan untuk mummy...pastu dia memang buat banyak sebab nak bagi mama juga..." kata Radeyah.
Pergerakkan Khalyla terhenti seketika lalu dia menoleh ke arah mamanya. Zaim datang rumah tadi ? Asal aku tak tahu ?
" Are you serious ? Zaim yang masakkan semua ni ? " tanya Khalyla tidak percaya.
YOU ARE READING
Saranghae Miss Food Lover !
RomanceSiapa aje yang sanggup hadap budak perempuan yang kuat makan ? Kalau ada , lelaki tu memang gentle habis lah. Kisah ini mengenai seorang gadis yang bernama Khalyla Najwa. Seorang yang tidak gemar makan sebenarnya ! Kalau boleh kerja asyik nak diet...