Bab 8

1.5K 173 8
                                    

Buka - buka sahaja mata Khalyla pagi itu semuanya menjadi gelap gelita. Eh kenapa ? Elektrik tak ada ke ? Ke dah buta mata si Khalyla ni disebabkan tengok girlfriend Zaim semalam ?

Hahahaha tak ada maknanya semua tu. Mau tak gelap kalau dah tidur bawah katil. Sedih + frust menonggeng punya pasal disebabkan semalam. Menangis tak berlagu Khalyla dibuatnya. Satu familynya tidak tahu pasal ni langsung.

" Hmmm kenapa la kau ni perasan sangat Khal ? Zaim takkan anggap kau lebih dari kawan baik dia lah...Siapa aje yang nak buat kau jadi someone special ? " ngomel Khalyla sendiri di bawah katil..

Khalyla Najwa boleh buat tidur bawah katil dari semalam. Haish orang sedap - sedap tidur atas katil dengan tilam yang empuk ! Dia boleh tidur atas lantai yang sejuk dan keras tu ?

Bila difikir - fikirkan balik, memang macam - macam berlaku di usianya yang umur 22 tahun ni. Hmmm birthday party tahun ni pun memang satu kejutan yang amat terkejut lah untuk Khalyla bila Zaim kenalkan girlfriend dia.

" Hmmm tapi kenapa girlfriend Zaim tu macam familiar ea ? Macam aku pernah nampak .. Siapa dia ea ? " ngomel Khalyla.

Tok ! Tok !

Pintu bilik Khalyla diketuk. Tetiba kedengaran suara Radeyah.

"  Khal bangun ! Dah pukul berapa dah ni...tahu lah cuti pun...tapi jangan lah bangun lewat..."

Ya. Disebabkan semalam birthday Khalyla so dia bagi cuti untuk semua pekerja kedai bunganya hari ini. Baikkan Khalyla dengan pekerja - pekerjanya.

Khalyla diam. Tiada respon. Sengaja dia mendiamkan diri.

Tetiba kedengaran pintu bilik Khalyla dibuka. Tapak kaki Radeyah menjejak masuk ke dalam bilik anak perempuannya.

" Eh ? Mana budak ni pergi pulak ? Pagi - pagi dah keluar ke ? " ngomel Radeyah. Hahaha mak anak kerja nak mengomel aje.

Khalyla hanya mendiamkan diri di bawah katil. Haish umur bru semalam masuk 22 tahun sekarang dah buat perangai macam budak 2 tahun.

Beberapa minit selepas itu, kedengaran pintu bilik di tutup. Khalyla berfikir yang mamanya telah keluar dari bilik maka dia pun keluar lah dari bawah katil. Dia duduk di atas lantai di sisi katilnya. Lutut dirapat hingga ke dada.

Seketika Khalyla melirih ke gelang tangan yang sejak malam tadi dipakainya. Tengok sahaja akan gelang padora itu , semuanya terimbas kembali. Hmmm kenapa Zaim kena ada girlfriend ? Kenapa aku nak kena suka Zaim ?

Lepas sahaja Khalyla beredar meninggalkan Zaim dan girlfriendnya yang bernama Syafa Aqeera itu , dia terus mencari kawan baiknya si Delisha sebab kebetulan Del tengah memandangnya dari jauh. Khalyla cuba menghapus air matanya lalu masuk ke dalam rumah dengan Delisha menuju ke tingkat atas. Nasib masa tu semua family Khalyla tengah sibuk melayan tetamu masing- masing. Tak ada sesiapa lah yang sedar akan keadaan Khalyla tika itu.

Masa tu hanya Delisha yang mampu tenangkan dirinya. Delisha sahaja yang memahami dirinya.

" Aku baru aje buka hati aku setelah sekian lama tertutup di sebabkan Naufal...tapi kenapa semua jadi macam ni pulak ? Sakit sangat hati ni rasanya...arghhhh aku benci perasaan jatuh cinta ni ! " gumam Khalyla di dalam hatinya.

************
Sejak dari itu , Khalyla seakan mengelakkan dirinya sedikit dari bertemu dengan Zaim. Bermacam - macam alasan yang diberikan jika Zaim ajak berbual or apa - apa aje.

Khalyla nak move on dari Zaim. Kalau dia masih rapat dengan Zaim pasti susah buatnya. Mencintai Zaim dalam diam membuatkan hati Khalyla sakit sangat. Hmmm. Dia nak lupakan Zaim tapi macam mana ? Kalau dah duduk rumah pun sebelah - sebelah.

Saranghae Miss Food Lover ! Where stories live. Discover now