Bab 28

1.6K 194 24
                                    

Seketika setelah beberapa minit kepulangan Khalyla dan Delisha, Zaim pula yang baru sampai rumah. Tadi sebenarnya Zaim keluar pergi cari Khalyla.Namun hampa semua tempat dah dia cari tapi tak jumpa. Hmmm nak call cari Khalyla pun tak boleh jugak. Sebab apa ? Sebab Khalyla dah block nombor phone miliknya.

Zaim terduduk di halaman rumahnya sendiri. Dia mengeluh. Seketika dia meraup kasar wajahnya.

" Khal..mana kau pergi ? Please balik...aku rindukan kau...aku nak minta maaf pada kau.." getus Zaim sendiri.

Tetiba Zaim memerhati halaman rumahnya itu serta merta kenangannya bersama Khalyla menerjah ke ingatan. Di mana suatu ketika dahulu dia dengan Khalyla ada menyiram pokok bunga di sini bersama - sama. Lepas tu masing-masing main curah - curah air.

Bahagia aje rasa masa tu. Lepas tu kami ada juga basuh kereta sama - sama dekat sini. Hmm alangkah bahagianya jika waktu dapat diputarkan semula ?

" Aku akan cari kau Khal..aku janji..aku akan tebus balik kesalahan aku. Aku takkan lepaskan kau sampai bila-bila. Aku sayangkan kau.." monolog Zaim sedih.

Sejak dari tadi Khalyla termenung melihat gelang pandora miliknya yang pernah dihadiahkan Zaim pada birthday partynya.Hmmm ni lah satu - satunya hadiah paling berharga yang pernah aku dapat dari Zaim.

Hah satu lagi cincin kahwin ni. Hmmm cincin yang disarungkan masa majlis akad nikah dulu.

Hmmm Ya Allah. Sungguh berat aku nak tinggalkan muka bumi Malaysia ini. Tapi aku terpaksa. Aku kena pergi. Demi kebahgiaan Zaim. Dia nak aku lenyap dari pandangan dia.

Tetiba air mata Khalyla menitis satu persatu. Kenapa ? Kenapa semuanya jadi macam ni ? Aku tak minta pun. Tak apa lah Allah nak uji.Mesti semua ni ada hikmahnya.

" Eh Khal ? " tegur Delisha yang baru sahaja masuk ke dalam bilik.

Khalyla cepat - cepat menyapu air matanya.

" Kau nangis ke babe ? " kata Delisha seraya mendekati Khalyla.

" Hah ? Errr tak ada lah mana ada aku nangis..merepek ahh kau ni.." nafi Khalyla.

" Kau jangan nak tipu aku ea..Aku kawan kau...aku tahu lah kau nangis ke tak...Dah - dah tak payah sedih - sedih. Ni hah kau dah habis kemas barang - barang kau yang mana kau ambik dari rumah kau tadi ? " kata Delisha.

Khalyla mengangguk kecil.

" Dah..aku dah pack semua barang.." kata Khalyla.

" Bagus - bagus. By the way esok flight pukul 2 kan ? " tanya Delisha.

" Haah..."

" Okay lah aku nak kau take care dekat sana..Cari life yang tenang dekat sana ya ? Jangan fikir pasal lelaki tu lagi..Kau berhak untuk bahagia Khal.." kata Delisha.

Khalyla tersenyum hambar lalu mengangguk.
Seketika dia menarik tubuh Delisha ke dalam pelukannya. Entah kenapa dia rasa dia akan merindukan sahabat baiknya ini. Rindu yang sangat panjang dan juga perpisahan yang sangat lama tempohnya. Maybe sebab perjalanan Khalyla agak jauh kali ni. Tak pernah lagi dia pergi sejauh ini.

" Thanks for everything Del...Aku sayang kau...Kau lah sahabat aku dunia dan akhirat..." kata Khalyla sambil memeluk erat tubuh Delisha.

" Ya Khal...aku pun sayang kau.."

Berpelukan lah mereka berdua pada malam itu.

**********

Zaim mengambil cuti lagi hari ini. Entah lah selagi dia tak jumpa Khalyla selagi tu dia tak boleh buat kerja dengan tenang. Dia harus selesaikan masalah rumah tangganya ini terlebih dahulu.Selagi perkara ni belum selesai dia tidak boleh fokus jadinya.

Saranghae Miss Food Lover ! Where stories live. Discover now