Hari-hari berikutnya...
Kelas berjalan seperti biasa.
Fae happy sebab si Hwall The devil tu tak buli dia lagi. Barangkali Hwall takut dan masih dibayangi peristiwa hari tu. HAHAHA... kalaulah boleh aku nak gelak guling-guling je sekarang!
Sesekali Fae menjeling ke sebelah, memandang Hwall yang tak habis-habis dengan gaya Superman dia tu. Sensei memekak kat depan sampai nak terkeluar anak tekak, mamat ni sedap buat peta. Lena lagi.
{Fae pov}
Kau jangan fikir kau dekat zon selesa sekarang Fae. Si setan tu bukan tak berani nak buli aku, just dia tak de masa nak kenakan aku.
Semalam punya semalam mamat tu tak datang kolej. Aku pon tak tahu apa masalah dia. Siapa pulak yang berani nak tanya si Taiko tu.
Semalam pulak masa kitaorang banyak terbuang dengan aktiviti luar kelas. Ntah ceramah pasal dadah ngarut tu.
Hari ni dalam kelas, si setan tu asyik membuta je.
Peliklah Hwall ni. Selalu kutuk aku perempuan pelik... padehal dia lagi pelik!
Boleh pulak dia membongkang masa Mika Sensei tengah mengarut kat depan.
Cikgu Mika, tak boleh ke cikgu sergah si setan sebelah aku ni soh bangun!
Huh! cikgu-cikgu kat sekolah ni semua prob jugak. Anak murid tidur dalam kelas diaorang boleh buat dek je.
"Woi, budak pelik." terkejut aku mamat setan tu bangun pulak.
Apa pulak bala kali ni?!
Janganlah buat aku kecuts lagi.
"Kau ambik buku ni."
"Kau salin semua nota yang cikgu bagi untuk aku. Oh yer... termasuk apa yang orang tua tu cakap sekali. catat point penting je. Kau jangan lurus sangat nak salin semua bulat-bulat!" arah Hwall. Suaranya dikawal perlahan tapi tegas seakan mengugut.
"Whattt? pehal aku pulak yang kena? "Tapi..."
"Tak de tapi-tapi, asal? tak puas hati?" ujar Hwall keras.
Aku tertunduk diam dan akur dengan arahan Hwall.
{End pov}
Si Taiko tu bangun dari tempat duduknya. Kerusinya ditolak dengan kasar sehingga jatuh terbongkang ke belakang. Sian kerusi tu tak bersalah.
Semua mata pandang ke arah Hwall. Cikgu Mika turut berhenti memberi penerangan tentang subjek ekonominya.
Hwall buat bodoh. Dia mencapai beg sandangnya dan mula mengatur untuk meninggalkan kelas.
"HWALL!" jerit cikgu Mika sebaik Hwall sampai di muka pintu.
Ishhh... Hwall mengeluh. Tidak senang dipanggil oleh guru tersebut. Namun dia tetap berpaling pada gurunya.
"Kamu nak pergi mana tu? Duduk balik kat tempat kamu." Cikgu Mika memberi arahan dengan berani berani walaupun jelas yang riak wajahnya nampak takut-takut.
"Tak nak!" jawab Hwall selamba.
"Hwall... duduk!" arahnya sekali lagi.
"Jangan anggap saya macam budak kecik... HUH! cikgu gemok yang membosankan."
{Cikgu Mika pov}
Cikgu gemok yang membosankan? Erk... aku baru je kena kritik dengan student aku. Kuang asam punya anak murid!
YOU ARE READING
[C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|
FanfictionThey same but different person. Start: 190113 End: 191017