Kelopak matanya dibuka sedaya upaya. Perlahan-lahan pemandangan sekitar yang kabur mula jelas dan memenuhi ruang penglihatannya. Semuanya serba putih dan biru. Putih suci dan biru lembut yang menyejukkan mata.
"Aku kat mana ni?" Soalan pertama yang bermain di minda Hwall waktu ini.
Pemuda itu bangkit bangun dari pembaringannya di katil bertilam empuk itu. Dia pandang lagi panorama dalam bilik wad kelas pertama itu. Ruang yang agak luas serta dilengkapi dengan kemudahan serba mewah. Tentulah keluarganya yang menyediakan tempat itu khas buatnya.
"Tapi kenapa?" Hwall masih keliru dan tidak ingat akan kejadian yang telah menimpanya sebelum ini.
"Hwall...." Suara seseorang menyoalnya dari belakang.
Hwall mengangkat kaki dan berpusing ke belakang untuk melihat siapakah empunya suara itu.
"K... kau???" Jari telunjuk Hwall disuakan pada pemuda yang menyapanya itu. Riak wajahnya jelas terkejut dengan kemunculan pemuda tersebut.
Hwall diam terpaku sambil terus merenung pemuda yang bagaikan pantulan imejnya di cermin itu. Lelaki tersebut turut berbuat perkara yang sama. Merenung terus kepadanya dengan wajah senyumnya... senyuman The Angel.
"Kevin, macam mana kau boleh muncul kat depan aku? Bukan ke kau dah mati?" soal Hwall teragak-agak.
Kevin tertawa kecil. Tanpa menjawab soalan Hwall, kepalanya ditolehkan ke katil Hwall. Serentak dengan itu kepala Hwall turut membawa memandang ke katil. Kejutan kedua dirasai oleh Hwall kali ini. Jasadnya masih terbaring kaku di atas katil tersebut dengan segala wayar di tubuh dan alat bantuan pernafasan di muka. Kaki dan tangannya pula dilihat bersimen.
Hwall terpinga-pinga sambil mendekati jasadnya yang masih dalam keadaan lemah itu.
"Kenapa dengan aku? Apa yang dah berlaku dekat aku?" soal Hwall sambil matanya tertancap pada jasad lemahnya. Sesekali dia memandang dirinya sendiri yang kini dalam bentuk roh yang samar-samar di pandangan mata kasar. Pemuda itu nenar-benar tidak percaya dengan apa yang dialaminya kini.
" Bertenang, Hwall..." Suara Kevin ynag lembut menyapa, ditoleh sekali lagi oleh Hwall. "Jangan risau, kau belum mati lagi."
"Mati?" Terkejut besar The Devil mendengar kata-kata The Angel. Kali ini pandangan Hwall tepat menikam tenang Kevin.
"Jadi, sebab itukah aku dapat lihat engkau?" Pandangan tajam Hwall berubah redup. Mernung The Angel membuatkan kecelaruan yang dialami Hwall perlahan-lahan lesap. "Kevin... akhirnya di alam lain ini kita disatukan."
"Tak. Kau belum mati... dan kita bukannya sedang bersatu." Suara Kevin lembut namun tetap bernada tegas menafikan dakwaan Hwall. "Cuba imbas semula apa sebenarnya yang telah kau lalui sebelum kau berada di sini."
Hwall diam. Cuba bertenang dan berfikir secara waras tentang kemalangan serta kenyataan di diari Kevin yang ditemuinya, terimbas semula di kotak fikiran. Satu per satu muncul di ruang ingatan. Bagaikan wayang gambar yang bergerak mengikut adegan serta plotnya. Hwall telah mendapatkan semula jawapannya.
"Kevin, kau tak patut bertindak begini. Kau tak patut sembunyikan rahsia tu. Kau memang tak guna! Kau pentingkan diri sendiri!" bentak Hwall meluahkan perasaannya dalam nada keras.
"Hwall... aku buat macam tu sebab nak melindungi semua orang." Ringkas saja penjelasan pemuda bernama Kevin itu. Tetap tenang menghadapi Hwall yang agak baran.
"Aku tak percaya. Kau penipu." Wajah Kevin hanya dikerling dengan ekor matanya. Perasaan marahnya kembali bergelora setelah mengingati isi kandungan diari Kevin yang telah dibacanya.
"Kalau aku cakap aku takutkan kuasa madam Jeonita, adakah kau still lagi percayakan aku?" soal Kevin
"Apa maksud kau? Kau kenal mummy?"
Kevin tidak menjawab soalan Hwall. Pemuda itu hanya merenung Hwall dengan air muka yang sukar untuk ditafsirkan. Tindakannya seolah-olah mahu menguji kepercayaan Hwall terhadapnya.
"If you think something right just because everyone else believe it... you're not thingking."
Hwall terpinga-pinga dengan ungkapan baru disebut oleh Kevin. Apa kaitannya dengan madam Jeonita, mummynya itu?
"Kau dah tahu kenyataannya, tapi kau still berpegang pada pendirian kau untuk mempercayainya. Aku kagum dengan kau, Hwall."
"Whatever!" Hwall jengkel dengan kata-kata Kevin yang bernada sarkastik. "Daripada ada perempuan macam tu jadi mummy aku, lebih baik aku mati je, lagi bagus. Aku nak ikut kau, Kevin." Hwall melangkah mendekati Kevin. Menjauhi jasadnya yang sedang berperang dengan nyawa di atas katil hospital. Dia tidak peduli lagi dengan kenyataan hidup yang telah diketahuinya. Di mahu mati. Itu jalan yang terbaikyang difikirnya kini.
"Tidak. Aku tak benarkan, Hwall." Kevin menahan tubuh Hwall dengan telapak tangannya.
"Ha? Kenapa?" Wajah Hwall berkerut. Tidak puas hati.
"Kalau kita sayangkan seseorang, kita kena berusaha untuk hidup demi melindungi mereka. Kalau kita bencikan seseorang, kita kena hidup untuk mencegah sikapnya yang boleh menghancurkan kehidupan orang-orang yang kita sayangi."
"Kevin, kau nak aku buat apa?"
"Hidup dan lindungi orang yang kau dan aku sayang."
Hwall diam sejenak memikirkan kata-kata Kevin.
"Kita adalah satu biarpun kita tak pernah bersatu... selamat tinggal, Hwall. "
Perlahan-lahan jasad Kevin kabur. Menghilang secara berperingkat. Bermula dari kaki sehingga membawa ke kepala.
"KEVIN, TUNGGU!" Hwall cuba menahan Kevin daripada lesap. Namun dia gagal. Jasad Kevin gagal disentuhnya. "KEVIN... KEVIN..." Hanya nama itu yang mampu diserunya berulang kali. Namun apa yang berjaya ditangkap, hanyalah senyuman selamat tinggal yang dihadiahi oleh pemuda tersebut.
Hwall akur dengan hakikat tersebut. Menerima kata-kata terakhir Kevin sebagai satu amanahyang bakal digalasnya kelak.
Perlahan-lahan rohnya masuk semula ke dalam jasad yang masih terbujur lemah di atas katil. Serentak dengan itu denyutan jantungnya kembali normal. Mesin osiloskop yang mempamerkan ritma jantung kembali normal.
Perlahan-lahan jemari Hwall bertindak balas.
Setengah jam kemudian...
Perlahan-lahan Hwall mencelikkan mataya. Orang pertama yang dilihatnya ialah madam Jeonita yang setia di sisinya sejak beberapa hari ini. Di sisi wanita itu berdiri seorang lelaki. Dia seorang lelaki bergelar ayah, namun Hwall seakan lupa bila kali terakhir dia memanggil lelaki itu dengan gelaran yang sepatutnya. Tuan Heo tersenyum melihat keadaan Hwall yang mula stabil.
"Hwall..." Madam Jeonita meramas penuh kaish telapak tangan anak kesayangannya. Wajah kesyukuran jelasterlakar di wajahnya. "Thank god... you're save, darling."
Hwall tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kata-kata ibunya. Dia cuma berasa kekurangan pelawat yang sepatutnya muncul waktu ini. Mana daddy, mama, kakak Wendy... dan si hodoh?
YOU ARE READING
[C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|
FanfictionThey same but different person. Start: 190113 End: 191017