#ADBY48

143 30 6
                                    

Sementara itu Hwall sedang teruja meneroka setiap ruang dalam rumah itu. Dia kini berada di sebuah bilik.

"Wah... kemasnya bilik ni. Macam tak ada orang duduk. Agaknya inilah bilik dia (Kevin)."

Hwall merebahkan diri di atas katil. Matanya melilau-lilau meneroka sekitar ruang sederhana luas itu.

"Tapi bilik ni sempitlah. Tak sama macam bilik aku." Sempat lagi dia memberi komen tentang bilik tersebut.

Tiba-tiba ada sesuatu yang telah menarik perhatiannya. Dia bangun dari katil lalu menuju ke meja yang berada di sebelah barat. Sekeping potret di bingkai kemas dalam sebuah frame. Dia kenal gadis di dalam gambar yang sedang merangkul seorang wanita di sebelahnya itu. Wendy... dan pemuda yang tersenyum ceria di sisi seorang lelaki pertengahan usia itu.

Ia sebuah potret keluarga. Hwall merenung lama potret tersebut. Senyumannya bergayut tanpa sedar. Potret tersebut menggambarkan sebuah keluarga yang bahagia. Dia melihat senyuman setiap insan di dalam potret tersebut. Terutama sekali senyuman Kevin. Biarpun dia tahu bahawa orang dalam potret tersebut bukan dirinya namun dia seperti merasakan bahawa dirinyalah yang hidup dalam potret tersebut. Dan dia berasa seperti sedang dikelilingi oleh insan-insan yang menyayangi... aku cemburukan Kevin... bisik hatinya.

"Alamak, apa yang aku buat ni. Mati aku kalau si kaki pukul tu tahu aku masuk sini tanpa kebenarannya. Baik aku blah cepat." Tiba-tiba Hwall sedar yang sudah terlalu lama berada di situ lantas kembali meletakkan semula potret tersebut di atas meja. Dia berpusing untuk meninggalkan situ setelah sedar yang dirinya tidak ubah seperti penceroboh masuk ke bilik orang. Namun akibat tingkahnya yang tergesa-gesa, potret tadi tidak terletak betul di tempatnya lalu terjatuh ke bawah.

Prang!

"Oh, gosh...!" Hwall gagal menyelamatkan bingkai potret itu daripada terhempas di lantai. Menggelabah habis the devil waktu ini. Nak kata takut tu tak lah tapi bila bayangkan si kaki pukul a.k.a makcik jual ikan kat pasar tu, cuak jugak lah. Habislah dia kali ni sebab dah langgar arahan Wendy supaya duduk diam-diam di dalam kereta.

Hwall tergopoh-gopoh cuba mengutip potret yang sudah bercerai dari bingkainya. Sedang dia sibuk mengemaskan barang yang telah dirosakkannya itu, tanpa sedar dia kini sedang diperhatikan oleh Wendy sekeluarga yang baru muncul setelah terdengar bunyi kuat yang mencurigakan.

Wajah Wendy berkerut. Agak pelik, bagaimana Hwall boleh terlepas sampai ke dalam bilik tersebut. David dan Rosallie terus memerhatikan gelagat Hwall yang sedang memasangkan potret tadi ke dalam bingkainya semula. Wajah pemuda yang didakwa seiras dengan mendiang anak mereka itu masih tidak dapat dilihat dengan jelas. Hanya wajah sisi Hwall sahaja yang mereka nampak waktu ini.

David dan Rosallie saling berpandangan. Ada kerut kejutan riak wajah masing-masing. Rosallie memberanikan diri untuk pergi lebih dekat kepada anak muda tersebut.

"Yes! Aku berjaya!" Potret tadi berjaya dipasang ke bingkainya semula dengan sempurna. Mujur tiada sebarang kerosakkan. Tersenyum lebar Hwall setelah berjaya dalam misi kecil tersebut.

Rosallie yang melihat senyum ceria itu sudah nampak dengan jelas wajah Hwall. Tersentak hatinya apabila melihat dengan mata sendiri siapa dihadapannya kini. Tanpa sedar air mata kerinduan melimpah keluar dari tubir mata seorang ibu.

Senyuman Hwall mati tatkala terasa diperhatikan oleh banyak mata. Perlahan-lahan dia menoleh ke sebelah kiri. Wajah air mata Rosallie menyapanya kini. Selain wanita tersebut, ekor matanya dapat menangkap susuk tubuh Wendy dan David yang sedang berdiri di lawang pintu.

"Kevin!" Serta-merta tubuh Hwall dirangkul Rosallie. 

Hwall terkesima. Terdiam kaku dalam rangkulan Rosallie. Matanya mengerling kepada Wendy. Wajah tanda soalnya cuba mendapatkan penjelasan Wendy. Namun Wendy tidak memberikan sebarang reaksi yang diharapkan. Gadis tersebut sekadar mengelak daripada panahan anak mata Hwall.

"Kevin... mama rindukan Kevin."

"Errr... saya buka Kevin," kata Hwall.

Rosallie memegang bahu Hwall. Wajah anak muda itu direnungnya. Air mata yang mengaburi pandangan mata diusap di hujung jari.

"Mama tau..." Rosallie mengangguk. Dia sedar yang dihadapannya kini buka Kevin. Penjelasan Wendy tadi cukup jelas dan dia msih waras   untuk menerima kenyataan bahawa anak lelakinya sudah tiada lagi. "Tapi boleh tak untuk lima minit ni, Hwall jadi Kevin mama."

Hwall tak dapat berkata-kata. Mulutnya seakan terkunci mendengarkan permintaan wanita itu. Tiba-tiba hatinya jadi lemah melihat air mata seorang ibu. Lantas tanpa sedar kepalanya mengangguk.

Sekali lagi tubuhnya dirangkul oleh Rosallie. Kali ini dengan lebih erat. Kasih seorang ibu mengalir tumpah dalam dakapan tersebut. Hwall dapat merasakan dakapan hangat wanita bergelar ibu itu. Itu dakapannn yang dirinduinya. Sudah lama dia tidak merasainya. Rindunya terhadap seorang mummy kian menular. Rosallie membawa semula perasaan Hwall dikasihi oleh mummynya.

Dan untuk lima minit ini boleh tak benarkan Hwall anggap mama sebagai mummy? Hwall membalas rangkulan Rosallie dengan erat jua. Membenarkan Rosallie menganggapnya sebagai Kevin adalah pertukaran yang adil bagi seorang Hwall yang rindukan belaian cinta seorang ibu.

Suasana dalam bilik tersebut berubah sayu. melihat Hwall dalam dakapn Rosallie membuatkan hati David sebak. Sementara Wendy pula sudah terlebih dahulu mengalirkan air mata. Dia terharu dan sayu melihat situasi tersebut. Bagaikan Kevin benar-benar telah kembali ke rumahnya.

Wendy berundur untuk meninggalkan ruang bilik tersebut. Dia tidak sanggup untuk terus menyaksikan adegan tersebut. Sukar untuk meyakini kebenaran yang telah dijelaskan oleh kedua-dua ibu bapanya tadi. Ia buka suatu kebenaran yang diharapkannya selama ini. Namun dia terpaksa akur dengan kenyataan tersebut.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now