Hwall duduk melepak di dalam bilik air. Wajah blurnya sedang merenung cermin. Sudah hampir lima belas minit dia terperap di dalam bilik dingin itu. Sudah puas merenung pantulan imejnya, dia berjalan ke tab mandi pula. Kakinya melangkah masuk ke dalam ruang yang muat-muat tubuhnya itu. Dia duduk berselunjur sambil merenung siling.
Kruuk!
Perut kosongnya berbunyi.
"Aku lapar. Nak makan," katanya seakan merengek sendirian di situ.
Bukannya tidak disediakan makanan oleh keluarga Wendy, malah dia mendapat layanan istimewa bagaikan anak raja di dalam rumah tersebut. Cuma anak tunggal madam Jeonita itu punya selera yang agak cerewet. Selain masakan lelaki tuan kedai, Hwall biasanya mudah tidak berpuas hati.
Sudah beribu kali madam Jeonita menukar tukang masak keluarga disebabkan sikap cerewet Hwall. Semua tukang masak yang bekerja di rumahnya tidak tahan dengan sikap Hwall. hwall bukan setakat mengejami mereka, malah turut mengejami masakan yang mereka sediakan.
Setiap hari the devil akan menjerit tidak puas hati dengan semua masakan yang disediakan. Amukan dan bentakan anak muda itu terpaksa mereka santap setiap hari. Bila the devil mahukan sesuatu makanan, mereka terpaksa menyediakan lima enam kali masakan yang sama walaupun kemahuan anak madam Jeonita itu cuma sepotong sandwich.
Tapi kali ini Hwall tidak mampu mempamerkan sikap tersebut di hadapan keluarga Wendy biarpun masakan Rosallie tidak kena dengan seleranya. Dia terpaksa berdiam diri dan makan perlaha-lahan dalam keterpaksaan.
Tengah hari tadi Rosallie menyediakan Rustic Marmalade Ball sebagai hidangan pencuci mulut selepas makan tengah hari. Walaupun itu makanan kegemaran Hwall namun pemuda itu langsung tidak menjamahnya. Walaupun ia lebih menarik berbanding yang disediakan oleh lelaki tuan kedai, namun Hwall langsung tiada nafsu hendak menjamahnya.
"Hwall, rasalah. Mama buat khas sempena kesudian Hwall datang bercuti di rumah kami."
"Ermmm... tak apalah, mama. Hwall dah kenyang sangat ni. Dah banyak dah Hwall makan hari ni," katanya dengan wajah senyum memberi penghargaan kepada wanita tersebut.
"Mama tengok sikit je Hwall maka tadi. Betul ke dah kenyang atau... mama masak tak sedap? duga Rosallie.
"Eh, mana ada. Mama masak sedaplah. First class tau. Lagi hebat daripada chef dekat hotel." Hwall menafikan kata-kata Rosallie biarpun sebenarnya memang dia tak boleh masuk dengan semua hidangan yang disediakan Rosallie.
Mengingatkan peristiwa di meja makan tadi, membuatkan Hwall rasa bersalah kerana membohongi Rosallie dan David. Mama masak lauk ikan tapi aku tak suka ikan. Aku lagi suka kan ayam. Mama sediakan jus oren, tapi aku tak suka jus. Mama kata Kevin suka Rustic Marmalade Ball. Aku pun sukakannya tapi aku benci Marmalade. Aku lagi sukakan coklat. Tak mengapalah sebab mama tak tau tu semua. Dia cuma tahu apa kesukaan anak lelakinya. Aku bukan Kevin dan aku tak boleh terlalu mengambil hati dengan sikapnya yang menganggap aku dan Kevin adalah sama.
Tapi disebabkan berdiam diri perut aku lapar gila sekarang! Argh, tok... Hwall nak makan. Tolonglah... Hwall melipat tubuhnya. Perut yang kosong ditekan dengan tangan. Matanya dipejam... oh, lapar. Tolonglah kau pergi dari fikiranku. Jangan mengganggu ketenteraman hidup aku. Tolonglah!
🥞🥞🥞
"Apalah tok ni. Orang datang ni bukan sebab Hwall lah. Orang datang sebab nak jenguk Bunny."
Lelaki tuan kedai mencebik di belakang Fae. Tahu yang anak gadis itu sedang berpura-pura. Tak berani menunjukkan perasaan sebenarnya di hadapan orang tua sepertinys.
"Tak kisahlah apa pun niat kamu, Fae... tapi tok nak bagi tau yang Hwall tak pernah datang ke sini sejak hari tu," jelas lelaki tuan kedai.
"What?" Kening Fae berkerut memandang lelaki tuan kedai. "Mana dia pergi, tok?" soalnya. Ingin sekali tahu tentang the devil yang tiba-tiba menghilang.
YOU ARE READING
[C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|
Fiksi PenggemarThey same but different person. Start: 190113 End: 191017