#ADBY51

168 31 10
                                    

Rosallie berjalan mundar-mandir di sekitar ruang tamu. Sekejap-sekejap matanya mengintai ke luar rumah. Menanti kepulangan seseorang. Sesaat dia mengalih pandang ke jam dinding yang entah berapa kali diteleknya sejak tadi. Baru jam enam lima puluh lapan minit petang. Jauh lagi hendak sampai ke jam lapan malam. Bermakna lama lagi dia perlu menunggu kepulangan Wendy.

Mata Rosallie beralih pandang ke telefon di penjuru dinding di antara ruang yang satu lagi. Muak dia hendak bersemuka dengan alat telekomunikasi itu. Menyakitkan hati betul. Sudah berkali-kali dia cuba menghubungi suaminya, namun gagal. Sekejap mensyuarat dengan pelanggan. Sekejap bersama dengan Tuan Seo, majikannya. Sekejap sibuk dengan kerja itu. Sekejap sibuk dengan tugas ini. Akhirnya setiausaha suaminya, Reena itu yang menjadi mangsa lepasan geramnya. kesian...

Rosallie semakin tidak senang duduk. Sekejap di sofa. Sekejap di kerusi rotan di luar rumah. Sekejap berjalan ke hulu ke hilir. Dan dia kembali memandang ke luar rumah. Bukan kelibat Wendy mahupun suaminya, Davidyang dinanti-nantikannya. Tapi dia berharap benar agar hwall akan muncul dari pintu pagar rumahnya itu.

Hatinya benar-benar resah. Kehilangan Hwall sejak tengah hari tadi bagaikan kehilangan anak secara mengejut. Terasa bagai jantung direntap hebat sehingga menyebabkan nyawa hampir terputus. Kesakitan itu tidak mahu diingatinya lagi. Bagaikan suatu trauma yang terus menghantui hidupnya. Rosallie mengundurkan kakinya masuk ke ruang rumah semula.

"Mama...." Cuping telinga menangkap suara lemah itu sebaik seluruh tubuhnya berada di ruang dalam rumah.

Pantas Rosallie memusing tubuh. Menjejaki suara yang menyapanya itu. 

Hwall yang baru melepasi anak tangga terakhir itu kelihatan sedang memisat-misat matanya. Langkahnya tidak teratur menuju ke arah Rosallie di ruang tamu tersebut. Rosallie terkesima melihat anak remaja yang sedang melangkah menghampirinya itu. Dari mana sebenarnya Hwall? Persoalan tersebut masih menjadi tanda tanya wanita yang sudah hampir separuh usia itu.

"Mama buat apa?" soal Hwall setelah berdiri dekat dengan Rosallie.

Rosallie diam kerana masih terkejut dengan kemunculan Hwall yang sebenarnya bukan ke mana-mana itu.

"Kenapa?" Hwall rasa sedikit pelik apabila Rosallie memandangnya penuh tidak berkelip. Bagaikan dirinya itu makhluk asing yang cute dan sangat menarik perhatian. Apa cerita mama tenung aku  macam ni?

Rosallie mendudukkan Hwall di sofa tanpa mempedulikan soalan anak muda itu. Wajah Hwall dibelai lembut. Direnung sepuasnya. Perasaan seorang ibu yang tidak dapat dirasai oleh seorang anak seperti Hwall. Sungguh the devil tidak faham dengan sikap Rosallie.

"Hwall pergi mana? Mama risau Hwall dh hilang tadi."

"Ha? Aku hilang? Lawak antarabangsa atau lawak antara benua ni? Hak hak hak hak... kelakarlah mama ni. "Errr... Hwall tak pergi mana-mana. Ada dalam rumahlah dari tad, mama.

"Habis tu kenapa tak menyahut bila mama panggil dari tadi?"

"Errr... tu sebab..." Hwall garu kepala  yang tidak gatal. Mukanya jelas mempamerkan riak bersalah. Sorry, mama. Hwall tertidur dalam bilik air tadi. Semuanya gara-gara nak lupaka perut jahat yang asyik menjerit kelaparan ni. Teruk betul selera makan aku. Semuanya tak betul. Tak pasal-pasal menyeksa diri sendiri sampai macam ni.

Hwall tundukkan kepala. Mengaku bersalah kerana membuatkan Rosallie kerisauan. Dan tundukkan kepalanya itu juga adalah kerana dia tidak mahu menjelaskan perkara sebenar yang dilakukannya tadi... kalau mama tahu aku tidur dalam bilik air, sure dia akan tanya kenapa aku buat macam tu. Lepas tu terpaksa pula aku kena berterus-terang pasal kes aku tengah lapar gila tahap nak pengsan... atau dengan lebih tepat sebenarnya aku nak makan, yang biasa disediakan oleh lelaki tuan kedai. Bukannya mama masak tak sedap... tapi cuma tak kena dengan selera aku je. Errr... sama jelah tu. Kira tak sedaplah. Senang kata kalau mama ni tukang masak kat rumah aku, confirm dah kena pecat.

Rosallie tidak lepas-lepas merenung wajah yang diriduinya itu. Hwall terkebil-kebil macam orang bodoh. Tangan kanannya segera diangkat untuk menutup mulut yang tiba-tiba rasa nak menguap lagi. kemudian tangan kirinya singgah ke mata. Hwall mengenyeh-ngenyeh matanya yang masih merah selepas bangun tidur. Nampak sangat masih mengantuk. Dasar the devil si kaki tidur. Sampai dalam bilik air pun dia boleh layan tidur lena. Memang spesis makhluk luar alam sungguh.

Rosallie mengoyak segaris senyuman melihat gelagat Hwalll. Namun tiada sebarang reaksi daripada anak muda itu. Hwall masih melayan rasa mengantuknya.

"Hatchuuu!!" Tiba-tiba Hwall terbersin. Tak sempat mengelak. Betul-betul di hadapan muka Rosallie. "Srrottt!!!" Hatta selepas itu terasa macam dah terkena demam selesema.

Rosallie yang menjadi mangsa keadaan memejam mata sambil mengipas-ngipas udara. Menyahkan virus yang telah disebarkan oleh Hwall.

"Mama, orang rasa macam nak demam," adu Hwall. Matanya layu merenung wanita di hadapannya.

Wajah Rosallie berkerut risau lagi sebaik mendengar kata-kata Hwall. Pantas tapak tangannya menyentuh dahi Hwall.

"Betul. Memang ada sikit panas. Jom ikut mama." Rosallie pantas menarik Hwall untuk bangun.

"Tak nak. Nak pergi mana?" Hwall menarik semula Rosallie untuk duduk di sebelahnya seperti tadi. "Mama..."

Ya, Hwall." Merenung wajah layu si anak.

Tanpa banyak bicara, Hwall merebahkan kepalanya di ribaan Rosallie. Kakinya dilunjurkan di sofa panjang itu. Tangan Rosallie selamba ditarik ke lehernya.

"Mama... picit," kata the devil bagaikan suatu permintaan kepada Rosallie.

Rosallie senyum melihat tindakan budak lelaki itu. Dia mengikut permintaan Hwall. Tangan kanannya mula memicit sekitar kepala Hwall. Manakala tangan kirinya pula mengusap-usap lengan kiri Hwall yang baring mengiring di ribaannya itu. 

Perlaha-lahan kelopak mata Hwall tertutup. Kembali lena di pangkuan Rosallie. Rosallie merenung sisi wajah anak muda itu. Wajahnya mencarik senyuman bahagia.

Hwall, dia benar-benar mengingatkan aku pada 'dia'. Kalaulah dia tidak mati waktu itu tentu Kevin masih ada harapan untuk terus hidup. Tapi tuhan memang lebih sayangkan dia... dan juga Kevin. Aku terpaksa melepaskan mereka berdua pergi biarpun di luar kerelaanku.

Kehadiran Hwall ke dalam keluarga itu bagaikan satu kurniaan buat Rosallie. Bagaikan kesayangannya telah kembali dari tidur yang panjang. Melihat segalanya tentang Hwall bagaikan melihat keseluruhan diri Kevin dari sisi yang berbeza. Seorangg Hwall yang nakal dan agresif, berbeza dengan Kevin yang baik hati dan sangat bersopan. Kevin lebih lurus dan mudah dijangka setiap tindakannya.

Manakal Hwall, lebih sukar diramal sikap sebenarnya. Pada pandangan mata semua orang, Hwall membenci ibunya, namun jauh di sudut hati anak muda itu masih ada perasaan sayang tehadap wanita itu. Melihat sikap taikonya yang suka membuli dan memerintah, tiada siapa sangka yang dia tetap seorang lelaki yang lemah apabila melihat tangisan seorang perempuan. Dan di sebalik sikap the devil, siapa sangka sebenarnya dia masih berharap dapt bermanja dengan seorang ibu. Masih mahu tidur di bawah ketiak ibu.

"Dia lebih manja berbanding Kevin waktu sakit." Rosallie berbisik sendiri dalam hati. Dia tersenyum bahagia melihat Hwall baring di ribaannya.

Hye guys
Chapter ni bagilah Hwall merasa kasih sayang seorang ibu dulu. Sian the cute devil selama ni kurang kasih sayang🤭😂
Next chap... Minx kasih syg Fae pulak.. Hahah...
Fae otw balik Tokyo tu!!!
Insyaallah paling lmbat esok author update. Ff ni x lama lagi nak habis dah. I'll try my best to complete this ff before 2019 end.
Then I will focus on Jacob ff pulak "What if". Jemputlah baca ff tu jugak. Dah lama tergantung sepi.. Hahahhaha
Tqsm for those yg love and support this story. Sebab uguys lah semangat nak update🥰

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now