#ADBY54

139 35 11
                                    


Four Season Hotel, Tokyo

Penat bermain di taman air tadi menyebabkan Hyunjoon tertidur lena di atas katil sambil ditemani oleh mummynya.

Jeonita menepuk-nepuk belakang anaknya sambil mendodoikan Hyunjoon dengan lagu 'Anakku' yang berlagu hanya di hujung bibir tanpa menuturkan patah liriknya. Rambut anaknya dibelai-belai penuh kasih. Wajah si kecil asyil dalam renungannya. Tiada istilah bosan menatap wajah kecintaannya itu.

Andai ada sesuatu yang bakal memisahkan mereka pasti halangan itu akan ditempuhnya dengan gagah. Tiada siapa bisa merampas cinta hatinya yang satu ini. Hyunjoon adalah  miliknya seorang. Hak milik kekalnya!

Ding!Dong!

Bunyi loceng memecah sunyi bilik. Serentak kepala Jeonita memandang ke ruang pintu. Perlahan-lahan senyumannya bergayut di bibir. Dia bangkit meninggalkan anaknya yang sudah lena. Orang yang dinanti-nanti sejak semalam sudah tiba. Dan dia mahu pergi menyambutnya.

Sebelum menyambut sang tetamu, dia berhenti sebentar di meja solek. Mengemaskan penampilannya. Rambut panjangnya yang sengaja dilepas bebas itu disisir rapi. Jubah mandi yang membalut tubuhnya ditanggalkan. Hanya tube warna putih dan tight pant yang membalut. tubuhnya kini. Dia mencapai gaun jarang berwarna merah dari dalam almari pakaian lalu menyarungkannya ke tubuh. Tubuhnya yang terdedah tadi agak tertutup sedikit kini. Dia segera menyembur pewangi di pergelangan tangan kanan lalu melagakan kedua-dua belah tangannya itu. Tidak lupa turut menyapu haruman ke tengkuk dan belakang telinga.

Ding! Dong!

Sekali lagi loceng berdenting. Si tetamu sudah jemu menunggu di luar barangkali. Jeonita menjeling sekali ke muka pintu. Dibiarkan terus tetamunya menunggu di luar. Sementara itu dia memeriksa sekali lagi dirinya di cermin. Bibirnya agak pucat akibat berendam lama di dalam air bersama Hyunjoon tadi.

Jeonita mencapai gincu bibir lalu meratakan pewarna merah darah itu ke bibir. Dia mengetap-ngetap bibirnya supaya warna gincunya sekata ke seluruh bibir.

Setelah berpuas hati barulah dia bergegas ke muka pintu untuk menyambut sang tetamu. Senyuman penuh diukir di wajah dan pintu pun dibuka.

Seorang lelaki segak dengan suit pejabat yang masih kemas membalut tubuh berdiri di muka pintu. Senyumannya segera terukir sebaik Jeonita membukakan pintu untuknya. 

Jeonita menghulurkan tangan dan si dia menyambutnya. Kakinya dilangkah masuk ke bilik hotel yang didiami wanita bergelar ibu itu.

Pintu ditolak rapat ke lawangnya oleh Jeonita selepas itu. Tangannya masih bertaut dengan lelaki tersebut. Dan sebentar kemudian tubuhnya ditawan lelaki itu. Dia rapat ke dinding. Jari-jemari lelaki itu menjalar ke segenap tubuhnya. Dia turut hanyut dalam sentuhan ghairah sang kekasih gelapnya itu.

"I miss you... really really miss you, honey," ucap pemuda itu dan bibirnya singgah pula ke leher Jeonita. Haruman yang menyelubungi wanita itu tambah merangsang jiwa lelakinya.

"Hahaha!" Tiba-tiba kedengaran tawa halus Jeonita yang seolah-olah mengejek lelaki itu.

Sang kekasih gelap mengangkat kepala terus menatap tepat ke wajah Jeonita. Renungannya ada tanda persoalan.

"Kata-kata awak boleh dijadikan bukti kesalahan di mahkamah suatu hari nanti jika suami awak saya dapat tau tentang hubungan kita."

Lelaki itu tersenyum sinis setelah mengetahui niat tawa Jeonita tadi. "Gurauan awak sangat melampau, Jeonita. Sang kekasih gelap mengepung wajah Jeonita dengan kedua-dua belah tangannya. "Awak boleh pilih untuk tarik balik gurauan tadi atau awak akan selamanya jadi tawanan saya, sayang." Matanya merenung tepat ke dasar mata wanita tersebut.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now