#ADBY18

244 37 6
                                    

Wicked Wardrobe @ Book Man...

Papan tanda di luar kedai tersebut direnung Fae. Selepas keluar dari pet shop tadi, kakinya terus melangkah menyusuri lorong kedai di kawasan tersebut. Sebenarnya dia mahu ke tasik untuk mengambil angin petang, tapi sedar-sedar dia sudah berdiri terpacak di hadapan kedai buku yang telah dikunjunginya secara paksa disebabkan Hwall semalam.

Kenapa aku terpacak dekat sini? Apa aku nak buat dekat depan kedai buku usang ni? Aku ni nak cari nahas ke. Kang kalau terserempak dengan the devil , kan ke dapat masalah.

Mata Fae berkelip-kelip memandang sekeliling. Sebelum kehadirannya dikesan oleh Hwall segera dia melangkahkan kaki meninggalkan Wicked Wardrobe @Book Man.

Baru sahaja Fae melangkah, tiba-tiba Bunny yang lincah itu melompat dari dukungannya lantas berlari menuju ke pintu kedai buku tersebut. Kelam kabut Fae cuba mendapatkan anak kucing itu semula.

"Alamak, Bunny... kenapa kau masuk dalam pulak?" Fae tidak sempat menangkap Bunny yang lincah berlari menyusuri pintu kedai tersebut. Dengan berhati-hati dia menjenguk ke dalam kedai buku yang nampak lama tu. Tak nampak pula kelibat. Lelaki tuan kedai pon tak de.

Perlahan-lahan Fae mengatur langkah masuk dalam Wicked Wardrobe @ Book Man. Sampai di kaunter dia berhenti. Terbongkok-bongkok mengambil sesuatu di bawah kaunter. Sebelum dikesan oleh lelaki tua itu, peluang ini diambilnya  segera untuk menyelinap mendapatkan semula anak kucingnya.

Fae hampir berjaya menangkap Bunny yang sedang buat cat walk di atas timbunan buku di lorong paling hujung kedai. Namun si anak kucing nakal itu lebih pantas bertindak. Sebaik menyedari kemunculan Fae ia segera berlari lagi.

Timbunan buku yang tinggi ituruntuh sebaik Bunny angkat kaki, lantas ia menimpa tubuh Fae.

Argh! Sakitnya! Fae memegang kepala yang sakit akibat ditimpa buku-buku tersebut. Matanya menangkap tubuh kecil Bunny yang duduk diam memandangnya di satu sudut selepas berlari menyelamatkan diri tadi. Wajahnya seperti sedang menyeringai, mengejek Fae.

"Bunny!" bisik Fae keras. Geram sungguh dia apabila anak kucing tersebut seolah-olah sedang mempermainkannya.

Lelaki tuan kedai yang sedang mengutip sesuatu di bawah kaunter tadi bangun memerhati seluruh kedainya apabila terdengar bunyi bising tadi. Kosong dan lengang. Tiada pelanggan mahupun sesiapa di dalam edainya itu. Lantas dia menganggap yang dia hanya berkhayal saja sebelum kembali mencapai buku yang masih belum habis dibacanya tadi.

Sementara itu di sudut tadi, Fae sedang mengalihkan buku-buku yang berselerak menimpa tubuhnya ke tepi   lorong. Dia merangkak perlahan-lahan pergi mendapatkan Bunny di sebelah rak, tidak jauh darinya.

Bunny, kau tahu tak yang tempat ni tak selamat untuk kita? Nahas kita kalau terserempak dengan the devil yang suka memerintah tu kalau tak cepat pergi dari sini. Aku tak nak jadi hamba dia, Bunny. Tolonglah jangan main-main lagi. Jom kita balik, please...

Itulah yang ingin diperkatakan oleh Fae jika dia mampu untuk membuka mulut pada anak kucing yang tak reti bahasa tu.

"Meow...!" Bunny bersuara sebelum angkat punggung dan berlari ke belakang kedai.

Sekali lagi Fae gagal menangkap Bunny. Mahu tak mahu dia bergegas menuju ke belakang kedai untuk menangkap anak kucingnya itu. Malang tidak berbau apabila Bunny sudah masuk ke dalam bilik Hwall.

"Bunny...!" Sambil berbisik geram, Fae hanya mampu menepuk-nepuk dahi apabila melihat Bunny masuk ke dalam bilik the devil.

Masalahnya menjadi semakin rumit. Bukan senang mahu mendapatkan Bunny tanpa berhadapan dengan lelaki tersebut. Dan kalau Hwall nampak dia muncul dekat sini, mesti dia akan dibuli untuk melakukan apa saja oleh lelaki itu. Kalau setakat buat itu dan ini, masih boleh tahan lagi. Tapi kalau bab nak kena siapkan kerja rumah atau nota, itu yang Fae tak suka.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now